Wednesday, April 26, 2017

Selamat Datang Rakan Blogger

Assalamualaikum semua,

Lama saya tak bersiaran. Harap semua sihat adanya dan terima kasih buat yang terus berkunjung dan menyokong blog adaubiadabatas ini.

Sejak beberapa bulan lepas, saya dapati banyak betul friend request dari rakan-rakan blogger di Facebook. Terima kasih semua yang sudi add saya. Walaupun sejak beberapa lama ni saya tak aktif ber-blog apatah lagi nak melawat blog kawan-kawan sekalian. InsyaAllah saya cuba lebih baik ya.

Buat rakan-rakan baru ni, perlu ke saya perkenalkan diri? Tak perlu lah kot hehe. Saya sekarang memang sibuk dengan tugas-tugas harian di tempat kerja. Walaupun awalnya saya masuk kilang ni sebagai translator bahasa Jepun, sekarang saya dalam team Engineering. Mencabar kebolehan dan masa, sebab banyak benda baru nak kena belajar sampai tak tau nak mula dari mana. Apa pun, semoga Allah mudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat nanti. 

Saya juga penasihat takaful atau pun senang cerita ejen insurans nama diberi. Seronok kerja dapat tolong orang. Suami saya juga ejen takaful sepenuh masa. Kami ada je di sekitar Ipoh ni. Hari tu group agency kami buat talk berkenaan wasiat, takaful dan hibah di Dewan Rukun Tetangga Kampung Sri Kinta. Kalau ada yang nak invite kami buat talk, bolehlah contact ye.

Apa pun sekali lagi, terima kasih dan selamat datang buat rakan-rakan blogger yang baru add saya. Ramai blogger yang hebat-hebat dan bersungguh-sungguh dalam ber-blogging. Syabas dan tahniah. Semoga kita semua beroleh kejayaan yang diberkati dalam apa jua bidang yang kita usahakan. Amin.

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...