Monday, January 23, 2017

Sayangi Juga Nyawa Anak Kita

Salam Isnin semua.

Harap semua sehat seadanya. This will be a very quick post okay.

Minggu lepas kami dikejutkan dengan berita kehilangan anak seorang kawan dalam kemalangan jalan raya. Mangsa berusia 4 tahun membonceng motosikal bersama bapanya. Ayah dia pun kritikal selepas kejadian, tapi sekarang dah selamat buat operation. Mereka berdua balik dari ambil buku tadika untuk si anak. Berterabur buku baru di tempat kejadian. T_T

Ya, mati itu pasti bila tiba ajalnya. Kemalangan juga terjadi tak kira kita cuba elak macam mana pun, bila sudah takdirnya.

Tapi kita boleh cuba ambil langkah-langkah pencegahan, keselamatan, bersedia untuk kurangkan risiko kemalangan semampu kita. Bagi yang menunggang motosikal, pakaikanlah anak topi keledar juga. Tolonglah. Saya merayu...

Saya tak dapat nak cakap banyak. Saya bukan di tempat mereka, bukan di tempat anda yang menggunakan motosikal. Saya tak tau apa kekangan semua. Tapi ini juga peringatan buat saya. Azam saya untuk pastikan anak-anak juga pakai tali pinggang keledar dalam kereta. Takkan kita saja nak selamat. Anak-anak bagaimana pula?

Tak kira pemandu kereta atau lori atau bas, penunggang motosikal, semua pengguna jalan raya lah, pastikan patuhi undang-undang jalan raya. Dan bersikap empathy lah. Hadirkan rasa kemanusiaan dalam diri. InshaAllah. InshaAllah..

Dapatkan perlindungan risiko kemalangan/ sakit kritikal/ hilang upaya kekal/ dll.
Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

1 comment:

  1. sekarang ni ramai sangat pengguna jalan raya yang pentingkan diri....

    kadang langsung tak hirau keselamatan orang lain...

    pandu laju...pentingkan diri

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...