Tuesday, January 31, 2017

Pertama Kali Pakai Palazo

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and outdoor
Maafkan muka sememeh saya he he. Tepi saya tu tuan kedainya,

Salam semua.

Hari ni tetiba jadi fashion blogger haha. Takdelah..

Saya selama ni tengok orang pakai palazo cantik je. Tapi tak pernah yakin nak beli dan pakai, rasa macam tak sesuai tak cantik je kalau saya pakai.. Maklumlah saya ni bukan tinggi sangat orangnya. Sedang-sedang saja..

Tapi tiba rasa teringin juga nak beli. Saya pergi kedai kawan merangkap client saya kat RTC Gopeng, Ayzara Collection nama kedainya. Pilih punya pilih punya belek. Last-last saya beli jugak seluar palazo, blouse dengan selendang serba satu. Kira lengkaplah satu persalinan he he. Harga pun just nice tak sampai seratus pun. Ikutkan hati nak beli banyak lagi haha.

Sebelum ni memang saya tak pakai sangat blouse blouse ni semua. Rasa macam tak sesuai dan nampak tua haha. Saya je ni tau bukan kata kat orang. Tapi memandangkan memanglah usia pun dah menginjak dewasa (eh..) sampai bila nak pakai jeans dengan t-shirt je kan. Sekali-sekala nak lawa-lawa sikit apa salahnya ihiks!

Okeh siapa yang ada lalu sana bolehlah singgah ye mana tau ada yang berkenan di hati. Boleh juga check out their FB https://www.facebook.com/ayzaracollection/. Thanks for reading!

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

1 comment:

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...