Monday, November 6, 2017

Takziah Penang

Assalamualaikum semua,

Macam mana weekend semua? Kami Alhamdulillah, sempatlah pergi satu kenduri. Lepas tu banyak duduk rumah je sebab hujan kan. Ipoh pun hujan hampir tak berhenti..

Yang paling teruk banjir sekarang di Pulau Penang. Selaku dulu bekas pemastautin di Penang, terkesan juga rasanya. Dekat FB pun penuh dengan gambar dan berita update banjir kat sana. Alhamdulillah rumah kami dekat Kepala Batas setakat ni okay. 

Pengalaman saya, saya tak pernah lagi kena banjir. Masa kat kampung dulu, memang air ada naik bila musim tengkujuh tapi Ahamdulillah tak sampai masuk dalam rumah. Tapi depan rumah memang air menderu-menderu. Siap boleh berenang lagi. Selalu kami main je air banjir. Rumah kami tepi jalan. Bila banjir kawasan tu, akan ramai orang datang tengok atau tolong kereta tersadai tengah jalan sebab dimasuki air. Meriah pun ada. Masa duduk rumah tepi bukit, bila banjir saya naik papan congkak buat perahu. Hehe..

Apa pun, saya doakan semoga semuanya dipermudahkan buat warga Penang yang dilanda banjir. Semoga dikurniakan ketabahan dan kekuatan jiwa. Safety first!





Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Monday, October 30, 2017

Kenapa Bukan Doktor?

Salam semua=))

Masa kecik, apa cita-cita awak? Pasti sekali ada yang pernah bercita-cita nak jadi polis kan? Bila sebut je cita-cita, saya rasa yang paling banyak di sebut mesti doktor kan? Doktor, pilot, engineer, cikgu, polis, askar, bomba. Saya rasa masa kecik dulu saya nak jadi juruterbang askar. Taktaulah pengaruh cerita apa. Tapi bila dah besar sikit saya ubah kepada engineer. Walaupun masa tu tak tau pun engineer tu kerja dia buat apa. Tapi dengar sebut engineer pun macam dah cool kan hehe.

Saya tak pernah pula rasa nak jadi doktor. Tak tau lah kenapa. Nak kata takut darah, tak juga. Takut doktor pun tak juga. Memang dari kecik tak minat. Tapi saya ingat dulu, saya memang nak belajar di Jepun. Sebab pengaruh cerita Oshin haha. Jepun nampak cantik sangat dalam TV. Ada sakura, ada salji. Tapi lepas SPM masa dapat tawaran temuduga biasiswa ke luar negara, saya pilih Medic di UK sebagai pilihan pertama. Kedua Engineering di Jepun. Sebab apa? Sebab result SPM ok, Biology dapat A1 jadi, entah terasa macam expectation kebanyakan orang suruh saya pilih doktor. But guess what, mungkin rezeki saya kuat untuk ke Jepun. Saya dapat ke Jepun bawah tajaan MARA. Saya rasa mungkin antara sebab saya tak dapat UK, saya tak speaking English langsung masa interview. Dan saya tukar pilihan negara semasa interview tu. And I am glad I did it. Haha.


Doktor bagi saya satu pekerjaan yang sangat sangat mulia. Dan penuh tekanan. Haha.. Pengaruh tengok cerita Grey's Anatomy. Seorang doktor juga sangat berpengaruh dalam masyarakat, sejak dulu lagi kan.

Apa pun, sudah tertulis saya bukan seorang doktor. Saya cuma engineer biasa, kerja di kilang biasa dengan pendapatan yang biasa biasa. Tapi saya juga boleh tolong orang berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan yang sebaik mungkin.

Sorry this writing didn't come out the way I planned. I lost track. Anyway, take care people!


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Monday, October 16, 2017

PENTING PENGETAHUAN FIRST AID

Salam semua,

Anak kedua saya, Haris sangat suka memasak. Dia memang selalu sangat ada dekat dapur, beria nak tolong orang memasak. Usia 6 tahun, dia dah pandai masak nasi. Sebagai mak, memang rasa berbelah bagi nak bagi dia tolong. Atas faktor keselamatan, dan juga selalunya memasak dalam keadaan nak cepat, sebolehnya tak nak lah ada gangguan kan. Tapi dalam masa yang sama, saya nak menyokong minat seorang anak yang suka sangat nak memasak tu. Cita-cita dia nak jadi Master Chef katanya.

Minggu lepas masa tengah nak menggoreng ayam, tangan Haris terkena kuali panas! Adui. Salah saya lah juga kan sebab benarkan dia ada kat dapur masa tu. Cepat-cepat buka air paip, suruh lalukan air yang mengalir kat tempat terkena panas tu. Alhamdulillah takda jadi gelembung. Lepas beberapa hari baru baik.





Dalam adik beradik bertiga tu, memang Haris yang setakat ni paling lasak. Jadi dia yang paling banyak parut sana sini. Kedua-dua belah kening dah berparut. Sebelah jatuh terlanggar bucu katil, sebelah lagi jatuh terkena palang besi dekat playground. Bawah kening dekat mata pun ada parut luka terjatuh juga. Tangan kaki semua ada lah huhu.. Memang lasak dia. lagipun dia bukan jenis yang kuat menangis. Sakit sekejap je lepas tu boleh main memanjat balik macam biasa.

Sebab tu kat rumah saya memang ada satu beg First Aid yang ada barang-barang keperluan rawatan sementara in case of emergency. Simple je begnya kecik je, saya dapat masa menang pertandingan memadam api kat kilang lama. Setakat ni Alhamdulillah memang sangat berguna. Bila travel pun saya pastikan sentiasa bawa beg ni.




Image result for first aid malaysia
Saya pasti ramai antara kita yang mengamalkan petua orang tua-tua untuk merawat sesetengah kes kecemasan di rumah. Tapi hati-hati! Tak semua petua boleh diguna pakai tau. Contohnya jika terkena panas, jangan sesekali letak ubat gigi ke kicap ke apa, bahaya sebab boleh menyebabkan jangkitan kuman lagi. Lebih baik lalukan pada air yang mengalir. Pelbagai tips lagi boleh diperolehi dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang ni. Salah satu nya boleh install apps First Aid Red Crescent seperti dalam gambar di atas tu. Macam-macam info ada dalam tu. Yang penting ibu bapa sedikit sebanyak kena cari ilmu dan ambil tahu, lebih-lebih lagi yang ramai anak macam saya ni hehe. 3 orang kira ramai la kan?



Kemalangan memang boleh berlaku bila-bila masa tanpa kita jangka. Apa yang boleh kita buat ada bersedia untuk mengurangkan risiko sekiranya terjadi sebarang kejadian yang tak diingini. Takaful dan medical juga salah satu cara untuk mengurangkan risiko dari segi kewangan. Kos rawatan akan ditanggung jadi kemudahan dan peluang untuk dapatkan rawatan dengan lebih cepat tu lebih cerah. Tuntutan untuk kes kemalangan tak perlukan 'waiting period' tau. Kalau semalam sign up polisi dan lulus, perlindungan kemalangan dah starts right away. 

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Friday, October 13, 2017

Tentang Saya

Salam semua..

Hari ni saya rasa nak cerita sedikit sebanyak tentang diri saya. Macam ta'ruf gitu. Maklumlah lama tak update blog kan. Mana-mana yang kenal sikit-sikit tu, bolehlah kita refresh balik sambil merapatkan silaturrahim ewah.

Dari mana saya nak mula ya? Saya buat ringkasan sajalah saya rasa. Saya berasal dari sebuah kampung di Terengganu, dibesarkan di sana sehingga tamat darjah 6. Mula dari tingkatan 1 saya mula berkelana ke Johor Bahru, tinggal di asrama. Tamat sekolah, saya masuk ke Matriks Tangkak sekejap. Alhamdulillah dapat tawaran MARA untuk mengikuti program persediaan ke Jepun di KYPM Bangi selama 2 tahun. 

Tahun 2002, saya berangkat ke Jepun menyambung pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Kimia selama 3 tahun. Setelah grad, saya bekerja pula di sebuah syarikat di Jepun juga selama setahun. Selepas tu sambung lagi pelajaran buat Sarjana dalam kursus yang sama.





Dalam tahun pertama Sarjana, saya mendirikan rumahtangga. Kehidupan di Jepun sebagai pelajar, isteri dan ibu. Selepas anak sulung berusia setahun lebih, kami pulang ke tanah air.

Pekerjaan pertama saya di Malaysia adalah sebagai Jurutera teknikal di sebuah kilang di Penang. Tahun yang sama saya mula bekerja, saya mendaftar sebagai ejen insurans di bawah syarikat Prudential dan Prudential BSN Takaful sebagai ejen takaful separuh masa.

Dalam 2 tahun yang lepas, suami saya pula mengikut jejak sebagai ejen takaful sepenuh masa dan kami berhijrah ke Ipoh. Saya pula mula bekerja di sebuah kilang di Batu Gajah, Perak dan dalam masa yang sama masih juga menjalankan bisnes takaful bersama suami.

Kalau diikutkan perjalanan saya yang boleh dikatakan banyak berhijrah ke sana sini, pengalaman tu sedikit sebanyak ada lah juga. Sepanjang  saya memulakan karier, rasanya berpuluh-puluh sesi temuduga saya pernah hadir. Temuduga biasiswa, kemasukan ke universiti, kerja di syarikat Jepun dan Malaysia, temuduga jawatan pensyarah, temuduga kerja part-time dan macam-macam lagi lah. Mungkin lain kali saya boleh share sikit pengalaman yang tak seberapa ni.

Kini saya ibu kepada 3 orang anak lelaki. Kebanyakan masa selain bekerja dihabiskan dengan memasak untuk keluarga dan biasalah jaga perihal keluarga walaupun dengan serba kekurangan hehe. Saya suka macro photography, membaca dan cuba exercise bila ada masa terluang. Membaca tu, erm kalau baca FB kira membaca juga kan hehe. Taklah, saya memang suka baca buku. Tapi tulah, kena baiki lagi pengurusan masa..
Begitulah sedikit sebanyak tentang diri saya. Saya harap entry ini sebagai titik tolak kepada saya ubtuk aktif berblog semula. Harapan saya juga untuk kongsikan pengalaman yang ada dan meningkatkan kesedaran ramai mengenai takaful dan pengurusan kewangan.

Sekian, terima kasih kerana membaca coretan yang tak seberapa ni!



Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Friday, August 4, 2017

Wang Tidak Dituntut

SEBANYAK RM5.779 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) masih berada dalam simpanan Jabatan Akauntan Negara sebagai pemegang amanah sejak 1977 hingga 30 Jun lalu.
Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Othman Aziz berkata, ia membabitkan lebih 55 juta akaun seperti simpanan, semasa atau perniagaan.
"Sekiranya sesuatu akaun yang tidak aktif melebihi tujuh tahun, baki akaun terbabit menjadi WTD sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Seksyen 8 Akta WTD 1965 dan hendaklah diserahkan kepada Pendaftar WTD.
“Pendaftar WTD sebagai pemegang amanah akan menyimpan dengan selamat wang terbabit mengikut peraturan kewangan berkuatkuasa sehingga ia dituntut oleh empunya yang berhak. WTD adalah akaun amanah kerajaan di bawah Seksyen 10 Akta Acara Kewangan 1957.
"WTD ini akan dibayar kepada empunya tanpa faedah berdasarkan Seksyen 11(3) Akta WTD 1965," katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohd Zaim Abu Hasan (BN-Parit) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan langkah serta strategi kerajaan dalam menyelesaikan permasalahan WTD di Dewan Rakyat, Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata, WTD ialah wang yang perlu dibayar di sisi undang-undang kepada pemilik yang sepatutnya dalam tempoh masa tertentu seperti mana ditetapkan oleh Akta WTD 1965.
Katanya, mengikut Seksyen 8 akta itu, terdapat tiga kategori WTD iaitu wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh melebihi satu tahun, wang di dalam kredit sesuatu akaun yang tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam tempoh masa melebihi tujuh tahun dan wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh melebihi dua tahun.
Beliau berkata, sebagai pemegang amanah, kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas wang berkenaan dan sentiasa memastikan ia selamat dalam pegangan kerajaan sehinggalah ia dituntut.
Menurutnya, orang ramai boleh membuat semakan di 25 kaunter Bahagian WTD disediakan di seluruh negara iaitu 13 di semenanjung, Sarawak (tujuh), Sabah (empat) dan sebuah kaunter baharu akan dibuka di Putrajaya.

Berikut adalah petikan dari Harian Metro berkenaan isu wang yang tidak dituntut yang menjadi tular baru-baru ini. Awak semua dah semak ke? Sampai penuh semua pejabat akauntan negara di seluruh negeri ye semua pakat serbu beramai-ramai.


Pada yang dah semak, dan ada hasil yang baik tu, tahniah saya ucapkan. Pada yang dah semak tapi hasilnya mengecewakan, jangan sedih tau. Sebab tu lah saya tak mau pergi semak. Selain dari tak mahu mengambil cuti dan beratur panjang, takut pulak tak ada duit pun dalam tu nanti! Kes naya jadinya hehe.





Sebenarnya tiada tarikh luput pun untuk kita semak wang tak dituntut ni. Bila-bila boleh pergi. Lebih mudah lagi, Jabatan Akauntan Negara sedang dalam usaha membangunkan portal secara on-line bagi membolehkan kita menyemak dengan lebih mudah, bermula tahun depan. Jadi saya tunggu jelah tahun depan hehehe..




Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Monday, July 24, 2017

Senarai Dividen Tabung Haji, ASB dan KWSP Bagi Penyata Kewangan 2016

Salam Semua,

Hari dah sudah 30 Syawal. Cepat masa berlalu. Ada lagi yang tak boleh move on dengan Raya 2017 ke hehehe. Semalam pun mesti ramai yang menghadiri jemputan 'open house' kan. Saya pun pergi event Hari Raya Kelab Exora Perak semalam, Alhamdulillah penutuplah kiranya untuk Syawal kali ni.

Hari ni saya nak kongsikan senarai dividen bagi pengiraan kewangan 2016, di 3 tempat yang sangat-sangat sinonim dengan rakyat Malaysia kita.


  1. Tabung Haji : 4.25% bagi yang sudah menunaikan haji. 4.25% dividen +1.5% bonus=5.75% bagi yang belum haji.
  2. ASB: 6.75% dividen + 0.5% bonus = 7.25%
  3. KWSP: 5.7%
Pengumuman dividen bagi ketiga-tiga ni sebenarnya dah dikeluarkan lama. Saya je yang baru nak update. Apa pun, pesanan saya cubalah banyakkan menyimpan dan melabur. Kecuali KWSP yang memang wajib bagi setiap rakyat Malaysia yang bekerja, pelaburan di Tabung Haji dan ASB adalah yang paling kurang risikonya. Amat sesuai bagi mereka yang tidak ada masa nak study medium-medium pelaburan yang lain, dan yang kurang mahu mengambil risiko.

Medium pelaburan yang lain banyak lagi pilihan untuk mereka yang risk appetite nya agak tinggi. Contoh seperti Public Mutual, CWA, Kenanga Investment dan macam-macam lagilah. Ada pula skim persaraan persendirian yang diperkenalkan sejak 2-3 tahun sudah. Yang ini bagi saya sesuai sangat untuk mereka yang bekerja sendiri, dan bagi mereka yang nak back up akaun KWSP mereka.





Sebagai pelabur bijaklah dalam menguruskan wang yang kita dah berpenat lelah dapatkan saban hari. Benar duit bukanlah segalanya tapi alangkah baiknya jika kita manfaatkan sebaiknya. Jika tidak tahu, belajarlah. Membacalah. Atau lebih mudah serahkan pada yang lebih arif seperti perunding-perunding yang banyak di pasaran. Yang paling penting, kena tau apa matlamat kita melabur.

Maaf saya rasa post ni semakin mengembang tanpa struktur. Hehe. Di sini saya nak kongsikan juga harga dana terkini dalam PruBSN Takaful. Sebahagian dari wang caruman anda sebenarnya adalah dilaburkan dan sebahagian hasil keuntungan dimasukkan kembali kedalam akaun anda. Okay yang ini bagi sesiapa yang tak familiar, mungkin panjang ceritanya. Bolehlah bertanya kepada ejen masing-masing dengan lebih lanjut. 


Sekian saja dari saya untuk hari ini. Semoga bermanfaat.


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Wednesday, July 19, 2017

Kisah Saya dan Jam Tangan

Salam semua=)

Pertama sekali saya nak kongsikan rasa gembira sebab hari ni permohonan Google Ads saya dah lulus. Selepas bertahun-tahun mencuba. Alhamdulillah. Sebenarnya sebelum ni saya memang main apply je. Baru-baru ni je buat tukar-tukar setting sikit, update info dekat Google, lepas tu cuba apply minggu lepas, minggu ni dah lulus. Harap-harapnya istiqomahlah update blog lepas ni.

2-3 hari ni Zalora asyik hantar e-mail promosi barang-barang yang dijual dengan harga diskaun. Selalunya saya tak tergoda, tapi kali ni jam jenama Casio nampaknya ada yang murah betul. Saya suka jam Casio ni maklumlah peminat Japan brand hehe. Membuatkan saya teringat pada pengalaman pertama memiliki jam masa zaman kanak-kanak dulu.





Seingat saya, arwah abah saya mula mengajar saya melihat jam dengan betul semasa saya darjah 1. Setiap hari akan ada sesi latihan mengenal waktu pada jam. Mula-mula arwah abah saya lukis bulat-bulat banyak-banyak dekat atas kertas putih. Ingatkan nak buat apa. Lepas tu abah tulis nombor-nombor 1 sampai 12 dalam bulatan tu. Ada latihan yang abah saya lukis jarum, saya kena jawab jarum tu menunjukkan pukul berapa. Ada juga sesi sebaliknya saya kena lukis jarum jam. Masa belajar tu seronok sangat rasanya, mencabar diri belajar sesuatu yang baru. Bila dapat jawab bangganya rasa pada diri sendiri haha. Alhamdulillah tak lama lepas mula belajar tu, pandai dah tengok jam. Latihan intensif lah katakan hehe.

Kami dulu bukan orang senang. Ada ketika mama saya turut bekerja jauh untuk membantu menampung perbelanjaan keluarga. Masa tu saya ingat  lagi kebanyakan masa saya tinggal seorang diri. Kadang-kadang tumpang tidur di rumah jiran sebab tiada siapa ada di rumah. Arwah abah pula kerja tentera laut, masa di rumah tak menentu. Begitulah sehari-hari.

Suatu hari ni mama saya balik dari tempat kerja, mama saya bagi hadiah surprise untuk saya. Jam ALBA! Saya punya seronok sangat rasanya masa tu. Hari-hari pakai. Terima kasih sangat rasanya dekat mama. Penat-penat kerja, beli jam untuk saya. Lama saya pakai jam hadiah mama bagi tu. Sempat sampai darjah 3 rasanya. Itulah kisah jam pertama saya.

Jadi apa pengajaran yang saya dapat dari imbasan memori daun pisang saya ni?

  1. Kegigihan arwah abah saya mengajar saya ilmu kehidupan. Selain ajar tengok jam, banyak saya belajar dengan arwah. Cara basuh pinggan, cara iron baju siap uniform tentera laut tu saya iron, cara memasak.
  2. Setiap ibu bapa akan cuba yang terbaik untuk bagi yang terbaik yang mampu buat anak-anak. Walaupun terpaksa berkorban tinggalkan anak seketika demi mencari rezeki.
  3. Ibu bapa selalu cuba sehabis baik untuk menggembirakan hati anak mereka. 
Alhamdulillah. Syukur sangat rasanya. Walaupun setelah besar saya mampu beli macam-macam jam, tapi jam pertama hadiah dari mama yang paling dekat di hati saya. Pengalaman awak semua pula macam mana?





Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Wednesday, July 12, 2017

Deposit Duit Raya di Kaunter atau CDM?

Salam semua,

Belum settle lagi dengan duit raya anak-anak? Sayalah orangnya tu hehe. Yelah raya kan sebulan. Mana tau ada orang nak bagi duit raya lagi kan..

Bagi ibu bapa yang belum lagi mula memproses duit raya anak, bolehla mulakan sekarang. Bagi saya yang bekerja office hour, memang agak sukar nak uruskan deposit kerana kekangan masa untuk pergi ke kaunter-kaunter bank atau Tabung Haji.

Bagi yang ada masalah sama dengan saya, salah satu cara untuk depositkan duit di kaunter Tabung Haji adalah dengan pergi ke UTC. Pada saya UTC memang memudahkan untuk rakyat berurusan di luar waktu pejabat. Salute to semua petugas-petugas yang berkhidmat di UTC lebih-lebih lagi yang terpaksa bekerja pada waktu malam dan hari minggu.





Satu cara lagi adalah dengan menggunakan Cash Deposit Machine. Cuma satu masalah dengan CDM ni, kebanyakannya tidak menerima note RM1, RM5 dan RM20. Sedangkan duit raya RM1 la yang paling banyak! 

Sebagai pelanggan tegar Maybank, saya lebih suka depositkan dulu duit ke dalam akaun Maybank sebelum dipindahkan ke lain-lain tempat. Jadi saya cuba cari lokasi CDM yang boleh terima semua note duit kertas. Bagi yang tinggal di Perak, boleh cuba pergi ke cawangan di bawah.


  • Bagan Serai 
  • Bercham 
  • Bidor 
  • Greentown 
  • Ipoh Garden 
  • Jalan Sultan Idris Shah 
  • Jelapang 
  • Kampar 
  • Kamunting 
  • Kuala Kangsar 
  • Lumut 
  • Menglembu 
  • MIB 
  • Gunung Rapat 
  • Parit Buntar
  • Pasir Putih 
  • Selama 
  • Sitiawan 
  • Sungai Siput 
  • Taiping 
  • Tanjung Malim 

Untuk lokasi selain Perak, boleh klik file di bawah:

Selepas duit dah dimasukkan ke dalam akaun, barulah senang untuk buat transaksi yang seterusnya. Bagi sayalah, sebab saya lebih suka menggunakan online platform. Bolehlah dipindahkan ke akaun Tabung Haji anak-anak yang sudah di link kan dengan akaun Maybank anda. Caj dikenakan RM1.06 bagi setiap transaksi. Bagi saya okaylah kalau nak comparekan dengan kena menunggu di kaunter, dan kena cari parking lagi. Ha saya memang lemah bab-bab parking memarking ni..

Untuk cara link kan akaun dan transfer duit Maybank dan TH, boleh refer di bawah:

Sekian saja dari saya, semoga bermanfaat. Seeloknya simpanlah duit di tempat yang boleh memberikan pulangan seperti Tabung Haji atau ASNB. Boleh juga disimpan dalam dana takaful anak anda. Terpulang pada masing-masing. Semoga bermanfaat.

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Monday, July 3, 2017

Simpan Duit Raya Di Mana?

Salam semua,

Masih beraya lagi ke? Saya dah sedikit sebanyak rasa macam nak habis beraya dah haha..

Hari ni saya nak kongsikan kan sikit cerita tentang duit raya. Masa saya kecik-kecik dulu, kalau dapat duit raya RM1 tu macam Ya Allah besar rahmat sangat dah. 50 sen pun dah happy sangat. Saya kat kampung jarang berjalan kutip duit raya. Selalunya dapat duit raya dari orang yang datang beraya kat rumah. Rasanya paling banyak pernah dapat dalam RM60 macam tu kot.

Image result for duit raya

Awak semua dulu buat apa dengan duit raya? Selalunya saya simpan dalam tabung. Tapi tak sempat masukkan dalam bank pun. Selalu saya guna buat beli barang dapur ke, biskut ke, beras ke. Maklumlah orang susah kan. Daripada membazir beli mainan, baik beli barang makan. Betul tau saya dulu dengan arwah nenek, tahap kesempitan hidup tu memang sampai tak boleh nak makan. Kenangan betul. Alhamdulillah saya membesar juga dengan sihat dan jadi orang hehe.






Bila sendiri dah ada anak pula, awal-awal tu saya yang excited kumpul duit raya anak haha. Sekarang dah cool down dah. Tapi still kebanyakan duit raya diorang saya pegang. Tapi belum kira pun lagi, semua campak masuk handbag. Kami selalunya duit raya anak masukkan dalam akaun Tabung Haji. Ada juga ibu bapa yang masukkan duit raya anak dalam bank. tak kisahlah mana-mana asalkan tak membazir begitu sahaja.

Satu lagi sebenarnya kalau anak anda pemegang polisi takaful dengan PruBSN contohnya, boleh juga simpan dalam dana takaful. Saya nak kongsi mengenai anak saudara saya. Dia ada medical card Prudential sejak kecil lagi, sekarang dah darjah 4. Selain medical card, mak dia letak juga saving RM80 sebulan. Baru-baru ni diorang keluarkan duit simpanan dari dana Prudential tu untuk pindahkan ke tempat lain, ada RM20,000 tau. 

So siapa yang ada polisi tu cuba-cubalah tanya ejen, kalau nak tambah simpanan dengan PruBSN. Minimum RM10 je. Memang nampak sikit, tapi kalau dilaburkan dalam masa 10, 20 tahun at least ada jugak sejumlah wang yang boleh diguna pakai untuk tujuan pendidikan atau selainnya nanti.

Berminat nak tau pasal takaful/insurans untuk anak, boleh hubungi saya. Thanks for reading!

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Saturday, July 1, 2017

Setengah Tahun 2017

Salam semua.

Sedar tak sedar tahun 2017 dah habis setengah tahun. Hari ni permulaan bagi setengah tahun kedua. Sekejap masa berlalu kan?

Bagaimana dengan pencapaian azam tahun anda buat masa sekarang? Separuh tercapai atau masih belum mula? Hehe.. tak apa. Masih belum terlambat. Ada masa lagi ni. Berusaha sehabis baik dan keputusannya nanti kita serah padaNya untuk menentukan. 

Ada yang tak berazam pun masa awal tahun hari tu? Pun tak apa. Sebenarnya apa pun penambahbaikan yang kita nak buat pada diri kita, tak semestinya kena tunggu tahun baru, betul tak?

Bagi saya pula, saya pun tak ingat dah saya ada buat azam baru tak awal tahun hari tu. Macam tak ada je haha. Tapi buat masa sekarang, saya sedang berusaha untuk amalkan gaya hidup lebih sihat. 


Semalam baru je beli yoga mat dekat Watson. Saya perasan sejak saya mula consistently exercise setiap hari, badan lebih cergas nak bangun pagi. Kurus sikit tu adalah hehe. 

Jadi awak semua macam mana? Banyak sudut yang kita boleh tambahbaikkan dalam kehidupan sehari-hari ni sebenarnya.  Pemakanan, penjagaan kesihatan, menambah ilmu pengetahuan, menambah pendapatan, memperbaiki silaturrahim, masa berkualiti dengan keluarga, peningkatan prestasi dalam bekerja, macam-macam lagi lah!




Dan saya amat sarankan kita buat penambahbaikan dalam perancangan kewangan. Elakkan pembaziran, banyakkan pelaburan, simpanan dan sedekah. Mencarum takaful untuk persediaan di masa sakit dan sukar. Boleh hubungi saya untuk info lanjut mengenai takaful nyawa, medikal kad dan lain-lain. Siti Sharini 012-2961984

Sekian terima kasih kerana sudi membaca. Selamat sambung beraya. Pastikan minum banyak air kosong untuk elakkan dehidrasi ya. 

Friday, June 30, 2017

Jaga Pemakanan di Bulan Syawal

Assalamualaikum semua.

Macam mana dengan raya? Balik kampung ke semua? Harapnya semua baik-baik sahaja dan sentiasa di bawah rahmatnya. Pada yang memandu balik ke kampung atau pun kembali ke rumah masing-masing, pandulah dengan cermat jiwa selamat. Semoga selamat pergi dan pulang hendaknya. Pada yang dah mula bekerja, kita serupa hehe. Bekerjalah dengan seikhlas hati. 

Saya pula beraya di Ipoh sahaja. Setakat ni adalah pergu beraya rumah saudara-mara. Tapi rasanya agak kurang meriah dari tahun-tahun yang sebelumnya. Mak saya pula kurang sihat. Rumah saya sendiri pun belum jemput orang datang beraya lagi hehe.

Bercakap tentang raya, tak sah kalau tak masuk bab makan kan hehe. Jemputan raya dan rumah terbuka sana-sini. Pasti ramai yang mengambil peluang mengeratkan silaturrahim sesama saudara mara sambil makan, makan dan makan. I am guilty as charged! Tapi sukalah saya nak ingatkan, pemakanan yang seimbang dan kesihatan masih perlu dan amat penting untuk dijaga lebih-lebih lagi di bulan Syawal ni.

Follow my IG

Tips Pemakanan dan Kesihatan Semasa Musim Perayaan

  1. Minum banyak air kosong. Bangun bagi terus minum air kosong dulu. Dekat rumah paling sendiri senang nak kawal. Cuma bila pergi rumah orang selalunya tuan rumah hidang air manis. Pastikan bawa spare ais kosong untuk diminum selepas itu. Pergi beraya lebih-lebih lagi tengahari cuaca sangat panas sekarang, jadi amat penting minum air kosong untuk elakkan dehidrasi.
  2. Cuba makan banyak buah-buahan dan segala yang berunsur sayur di rumah. Musim raya selalunya orang cenderung menghidang makanan yang fokusnya daging dan daging, jadi kat rumah kita kena balance kan balik.
  3. Bila pergi rumah terbuka lazimnya tuan rumah hidang banyak jenis menu. Sebagai seorang manusia biasa yang excited tengok makanan, memang kita nak rasa semua benda. Saya pun sama hehe. Cubalah ambil dalam jumlah yang sedikit untuk setiap makanan. Elakkan terlampau kenyang. Sebab lepas tu, kita nak pergi beraya rumah lain pula kan? Kena makan lagi nanti hehe.
  4. Bila pergi rumah terbuka saudara-mara dekat, ringan-ringankanlah tulang tolong apa yang patut. Takdalah pergi makan lepas tu duduk menyembang semata-mata. Cari jalan untuk banyakkan pergerakan hehe.
  5. Bersenam. Saya tahu ini yang paling susah sekali nak buat. Waktu biasa pun susah, apatah lagi musim raya kan. Tapi cubalah. InshaAllah tak rugi pun. Sehari dapat bersenam yang ringan-ringan dalam 10 ke 15 minit pun ok dah. Boleh download apps untuk bersenam, macam-macam ada kat Apps dan Google store. Saya guna apps NikeTraining. 
Cukup dulu buat setakat ini. Sangat penting jaga kesihatan ya. Sebab sihat adalah satu nikmat, kita amat takut ia ditarik dan tak dikembalikan lagi pada kita. Dalam masa yang sama, boleh membantu kita lebih cantik juga dari segi penampilan hehe. Walaubagaimanapun sebagai persediaan dari segi kewangan, eloklah kita mencarum takaful. Tak nak apply medical card pun tak apa, sekurang-kurangnya ambil perlindungan sakit kritikal. Bila disahkan sakit kritikal, PruBSN bagi pampasan RM 50,000 (contohnya) untuk cover pelbagai perbelanjaan sewaktu sakit.

Sekian, Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua=))

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Friday, June 16, 2017

Pentingnya Gaya Hidup Sihat

Salam semua,

Ramadhan dah lebih dari separuh dan semakin hampir meninggalkan kita. Sekejap je masa berlalu kan. Sikit sangat amalan yang dibuat rasanya. Apa pun harapnya semua jangan berputus asa dan teruskan beramal di bulan Ramadhan yang mulia ini. Peringatan buat diri sendiri ni terutamanya.

Hari ni saya nak kongsi sesuatu yang sedang saya usahakan. Kalau anda follow IG saya, mungkin anda pun tahu. Saya buat senaman mengikut saranan aplikasi NikeTraining+, durasi pelan selama 6 minggu, saya mula pada awal bulan 6 hari tu. So far Alhamdulillah so good, walaupun ada behind schedule sikit. 

Image result for nike training apps

Progress update, saya rasa badan dah ringan sikit. Baju pun macam ada longgar sikit. Saya tak timbang pun berapa berat badan saya, sebab mengurangkan berat badan bukanlah matlamat utama saya. Saya punya target adalah untuk menjadi lebih sihat, kuat dan fit. Manalah tau tiba-tiba dipanggil untuk berperang, saya pun boleh turun padang sekali. Hehe. 

Image result for nike training apps

Sebenarnya, orang yang sangat dekat dengan saya sekarang sedang menjalani rawatan penyakit kanser. Kanser di kesan sejak 3 bulan lepas, dan minggu lepas Alhamdulillah berjaya dibedah. Tapi ia tidak habis setakat ini sahaja. Rawatan susulan dan follow up bakal menyusul kerana dikhuatiri sel kanser semakin merebak ke tempat lain. 

Macam satu tamparan buat saya. Saya yang selama ni beria-ia mengajak orang buat caruman takaful, medical card, insurans, pampasan penyakit kritikal lah, saya sendiri kurang mengamalkan gaya hidup sihat. Secara tak langsung saya tersedar dari lamunan. Jadi sekarang saya cuba bersenam ikut jadual yang ditetapkan, dan berusaha untuk mengambil makanan yang lebih sihat dengan jumlah yang sederhana. 

Jadi 2 point penting yang saya nak ingatkan pada semua. Yang pertama, jagalah kesihatan. Tolonglah jaga pemakanan. Elakkanlah ambil suplemen-suplemen yang diragui kandungannya. Makan yang lebih sihat. Kurangkan makanan segera. Bersenam selalu.

Yang kedua, siapkanlah diri dengan pelan takaful kesihatan yang baik. Kita memang tak minta untuk sakit, tapi kita tak tau. Sakit tetap datang. Sekurang-kurangnya masa sakit datang, kita tak perlu fikir banyak tentang kos rawatan. Kita boleh fokus untuk rawatan dan proses penyembuhan.

Sekian saja dari saya. Kalau nak join bersenam, boleh download apps NikeTraining+, ada untuk Apple dan Android. Kalau dah install, bolehlah add saya sebagai kawan nanti ye. Saya akan cuba update perkembangan dari masa ke semasa. Okay, thanks for reading!

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Monday, June 5, 2017

MATI ITU PASTI

Assalamualaikum,

Pertama sekali, setinggi-tinggi takziah saya ucapkan buat keluarga sahabat saya di STF yang bernama Dalina. Beliau baru sahaja meninggalkan kita pada jam 3 pagi tadi di Hospital Selayang. Beliau rupanya sudah lama bertarung dengan penyakit SLE, tanpa kami sedari. Beliau juga merupakan adik kepada blogger Daddy Ziyad

Pada usia 33 tahun, beliau pergi menghadap Ilahi pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Sungguhlah ajal maut, jodoh pertemuan semua ketentuan dariNya. Seterusnya mengingatkan saya bahawa akhiratlah matlamat utama kita.

“Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman dan bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu.” (QS. Muhammad 36)

Astaghfirullahal'azim.. betapa lalainya saya selama ini. Moga Allah ampunkan dosa kita semua. Semoga pengakhiran yang baik jadik milik kita semua. 

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Monday, May 29, 2017

Tips Ramadhan 2017

Salam semua,

Sekejap je kan dah bulan Ramadhan balik. Macam mana puasa so far? Harapnya semua baik-baik sahaja. Saya ni bukanlah siapa siapa, tapi sebagai kakak sedikit sebanyak yang saya nak pesan sempena bulan Ramdhan yang mulia ni..


  1. Rebut peluang beribadat, berdoa banyak-banyak dan jadikan Ramadhan kali ni sebagai titik tolak kita ke arah insan yang lebih baik. Mula-mula memang susah tapi kena lawan juga rasa susah tu. Sebenarnya rintangan tu datang dari minda kita sendiri.
  2. Ikhlaskan hati dalam menunaikan tuntutan kewajipan, bukan setakat dalam berpuasa dan solat, malah dalam melakukan kerja-kerja seharian di pejabat dan rumah. InshaAllah manisnya lebih terasa.
  3. Jaga kesihatan diri. Berpada-pada sewaktu berbuka dan makan masa malam hari tu. Biasa kita memang teruja nak berbuka banyak makan kuih dan minuman manis-manis. Beringatlah, walau siang berpuasa, pengambilan makanan masih perlu di kawal.
  4. Hati-hati beli makanan di bazar takut terbeli yang sudah kurang elok. Perlu lebih perhatian dan belek jika nak beli kuih yang bersantan, berinti kelapa, taugeh. Bahan-bahan ni cepat basi. Pastikan rasa dulu makanan sebelum bagi anak kecil makan. Nanti kesian anak sakit perut.
  5. Kawal perbelanjaan. Elakkan pembaziran. Perut kita kecik saja. Jangan borong semua makanan kat bazar.
  6. Minum air masak secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi. Ini lebih-lebih lagi kalau kanak-kanak yang baru nak belajar berpuasa. Pantaulah selalu keadaan mereka. Jangan terlalu memaksa diorang berpuasa di luar kemampuan, takut nanti beri kesan pada kesihatan anak kecil.
  7. Senyum banyak-banyak, semurah sedekah yang tak perlukan duit ringgit. InshaAllah boleh bantu kita lebih tenang dan kurang melatah dalam melalui liku-liku hari kita penat berpuasa.
  8. Sabar. Banyak-banyak sabar.
  9. Jaga keselamatan di jalan raya. Tolonglah jangan sengaja langgar lampu merah atau mencilok atau hon sana sini. Refer no 7, sabar..
  10. Jaga keselamatan di rumah juga. Pastikan gas sentiasa di tutup lepas memasak. Alert pastikan tak lupa lauk pauk yang dipanaskan kat dapur. Banyak kes kebakaran dalam bulan puasa terjadi. Minta dijauhkan.
  11. Jangan main mercun yang berbahaya. Pantau anak-anak sekalian okay. Sayang tau, tangan sekali hancur bukan boleh tumbuh balik dah. 
  12. Eratkan silaturrahim sesama keluarga. Berkumpul jangan ingat makan saja walaupun ya memang makan pun agenda utama he he.
Sekian saja dari saya. Semoga di Ramadhan kali ini kita boleh jadi insan yang lebih baik dari sebelum-sebelum ni. Semua ni peringatan untuk diri saya sendiri terutamanya. Semoga istiqomah okay. Assalamualaikum.


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Monday, May 22, 2017

Giveaway CASH RM1000+ Mei 2017 by Emas Putih

As-Salam




Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Kenapa Saya Jadi Ejen Takaful?

Salam semua,

Dah lama tak cerita pasal takaful kan. Hari ni saya nak share macam mana saya mula melibatkan diri dalam bidang takaful. 

Saya dulu belajar di Jepun, ambik course Chemical Engineering. Di pendekkan cerita 7 tahun saya dekat sana. Sepanjang dekat sana, memang semua orang wajib ada inusrans kesihatan, provided by kerajaan sana. Insurans kesihatan ni memang sangat sangat sangat penting kat sana. Sebab apa? Sebab kos rawatannya mahal. Tak kiralah pergi hospital kerajaan ke swasta ke klinik biasa ke. Memang mahal. Jadi bila kita mendapatkan rawatan dengan guna insurans, 70% insurans cover, cuma 30% saja kita bayar sendiri.

Tahun pertama saya kat sana, saya sakit yang agak teruk, kena apendix. Masuk hospital hampir seminggu. Kos yang saya kena bayar, selepas dah tolak covered by insurans adalah dalam RM 2,500. Cuma rawatan saja, tak buat pembedahan tau. Mahal kan?

Jadi dari situ memang saya sedar kepentingan adanya insurans ni. Kat sana kalau tak ada kad insurans tu, sakit demam macam mana pun tak berani pergi hospital tau.

Jadi sekembalinya saya, suami dan anak ke Malaysia, benda pertama yang kami cari dulu adalah insurans. Masa tu senior saya masa sama-sama belajar kat Jepun dah jadi ejen. So kami terus contact dia, set up appoinment dan terus sign up PruBSN Takaful. 

Setelah hampir setahun balik, saya pun dah kerja sebagai jurutera kat Penang, terdetik hati nak buat business takaful. Sebab apa? Yang pertama, sebab saya percaya, takaful memang penting. Saya percaya semua orang perlukan takaful sebenarnya, cuma ramai yang tak sedar. Yang kedua, sebab nak cuba tambah income lah. Walaupun saya dan suami dua-dua engineer, nak kata tak cukup makan tidaklah tapi kan lebih baik kalau ada pendapatan sampingan. Boleh buat menyimpan untuk masa depan. 

Jadi saya contact senior saya tadi, set up untuk exam, registration dan sebagainya, Alhamdulillah bulan 7 tahun 2012 saya jadi contracted ejen. Memang saya akui agak mencabar, sebab leader saya kat KL, saya pula kat Penang. Jadi untuk training sesekali leader akan datang Penang, atau saya pun turun ke KL. Alhamdulillah suami sangat memahami dan sangat supportive, dia ikutkan je saya.. dan sangat membantu dalam marketing dan promotion business saya he he.

Alhamdulillah income daripada business takaful sangat membantu dalam perbelanjaan bulan-bulan. Maklumlah makin lama keluarga makin besar. Walaupun dua-dua bekerja, hantar anak 3 orang ke taska dah dekat RM 1,000 belanja tu. Tapi bolehlah kami menyimpan dan bantu keluarga sikit-sikit, dan akhirnya tahun 2015 kami berjaya beli rumah. 

Business takaful ni sebenarnya boleh dikatakan pendapatan pasif. Macam duduk saja tapi duit masuk gitu. Tapi taklah semudah itu okay. Kena jumpa orang, bagitau dia apa kepentingan takaful, kenapa dia perlu ambik, apa manfaatnya. Kalau dia setuju dan beli idea dari kita, alhamdulillah kita dapat tolong dia takafulkan diri dan keluarga.

Apa yang paling saya suka bila join bisnes ni, saya dapat upgrade diri saya sendiri. Kalau dulu macam takut-takut dan susah nak bercakap dengan orang, sekarang Alhamdulillah taklah expert sangat tapi adalah sedikit keyakinan untuk bercakap depan orang ramai. Banyak lagi skill dan ilmu saya boleh dapat selain dari semata-mata menjual produk takaful, sebenarnya lebih kepada kita appeal diri kita punya keupayaan dan servis. Dalam bisnes pun biasalah ada up and down, tapi itu semua pengalaman yang berharga buat saya.

Oklah sampai setakat ini saja. Semoga bermanfaat buat semua.

-Siti Sensei-

Berminat dengan business PrudentialBSN Takaful?
Hubungi:
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Tuesday, May 9, 2017

Presiden Perancis Encik Macron

Image result for marron france president


Source
Salam semua,

Lama tak bersiaran. Banyak benda yang berlaku sebenarnya tapi tak sempat saya nak nukilkan satu persatu. Harapnya semua kawan-kawan blogger yang lain baik-baik sahaja.

Tiba-tiba hari ni nak share pasal Presiden Perancis yang baru, Encik Macron nama diberi. Saya memang sah-sah tak tau selok belok politik, dalam negara pun tak tau, luar negara bertambah-tambahlah tak tau. Hehe.

Apa yang menariknya, Encik Macron ni punya isteri adalah cikgu dia masa kat sekolah dulu, lebih tua 25 tahun dari dia. So sekarang Presiden umur 39 (mudanya dah jadi presiden), First Lady dia umur 64 tahun, dah ada 7 orang cucu pun. Tapi diorang baru kahwin 10 tahun yang lepas masa Presiden umur 29 tahun.

Itu lah rahsia jodoh pertemuan kan. Tak siapa tau, tak siapa boleh sangkal bila dah jodoh. Jadi mana yang belum ada jodoh tu, janganlah berputus harapan okay. InsyaAllah pasti ada sinar buat semua.

(cc: Pha Is, Zumal, Yana dan semua geng blogger utara hehe)


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...