Tuesday, November 29, 2016

Cerita Bayaran Insurans/Takaful

Salam semua,

Sejak jadi penasihat takaful, macam-macam pengalaman yang saya dapat. Suka, duka, kelakar semua ada. Alkisahnya semalam, saya cek akaun Maybank tiba-tiba ada duit orang transfer melalui cash deposit. Memang ada beberapa client saya yang transfer duit masuk akaun untuk bayar caruman. Kebetulan jumlah yang dimasukkan tu sama dengan client saya kat Penang. Tapi bila tanya dia, dia kata tak masukkan pun. Jadi jenuh satu  hari memikirkan duit siapa lah pula ni.

Sampai terpaksa buat iklan kat FB lah punya pening taktau duit siapa. Habis saya minta suami pun tanya client dia. Akhirnya dah dekat tengah malam baru dapat tau, betullah kawan suami saya yang transfer duit. Tapi patutnya lain amaun, yang masuk ni tak cukup RM10. Rupa-rupanya cash deposit machine tu reject duit RM10 dia lagi sekeping. Adududu. Penat tapi legalah dah tau siapa yang empunya.

Duit orang ni jangan dibuat main. Lagi-lagi duit untuk bayar bulanan takaful. Buatnya payment tersangkut lepas tu apa-apa jadi nanti tak dapat claim ke apa. Bahaya tau. Saya pun tak berapa gemar sebenarnya client transfer duit dalam akaun peribadi saya, takut terlepas pandang.

Jadi marilah saya cerita, ada beberapa cara untuk buat bayaran takaful/insurans PruBSN sebenarnya.

  1. Bayaran melalui kad kredit/debit. Ini cara paling mudah dan berkesan. Cuma perlu isi borang bersama details kad, sign, ejen hantar pada Prudential dan mereka akan proses. Client perlu call bank untuk authorizekan PruBSN untuk debit akaun. Jadi setiap bulan dia akan tarik dari akaun. Selalunya awal bulan, tapi kalau tak berjaya (baki dalam akaun tak mencukupi), cubaan kedua pada tengah bulan dan cubaan ketiga pada akhir bulan. Kena take note ye, kalau tukar kad mesti inform pada ejen untuk isi borang baru. Sebab bila tukar kad, bermakna nombor kredit/debit kad pun tukar. 
  2. Bayaran melalui potongan auto debit. Cara ini pun baik juga. Lebih kurang sama macam cara 1 di atas. Beza dia yang ni dia guna nombor akaun bank. Macam bank seperti Maybank, client cuma perlu isi borang dan ejen terus hantar pada PruBSN untuk diproses. Tapi akaun CIMB dan BSN, client perlu bawa borang pergi kaunter bank untuk dapatkan cop pengesahan, lepas tu baru ejen hantar ke PruBSN. Yang kalau tukar kad atm baru pun tiada masalah, tak perlu isi borang baru sebab nombor akaun masih sama kan.
  3. Bayaran tunai/cek. Ok ini yang tricky sikit bagi ejen ni. Bayaran tunai pula ada beberapa cara lagi.
    • Duit tunai di bayar di kaunter Prudential. Boleh bayar sendiri atau serah pada ejen. Tapi sangat tak digalakkanlah cara ni ya. 
    • Bayaran melalui online banking bill payment, Maybank2u atau CIMB Clicks contohnya.
    • PruBSN Touch. Ini cara bayaran paling baru dan mudah dibuat oleh client sendiri pun. Cuma perlu masuk website https://www.prubsn.com.my/ dekat atas belah kanan ada butang PruBSN Touch. Cuma perlu masukkan nombor polisi, jumlah bayaran dan bayaran akan diproses melalui sistem FPX (macam online shopping). 
  4. Bayaran melalui Biro Angkasa bagi kakitangan kerajaan. Potongan gajilah kiranya.
Jadi anda berhak memilih cara bayaran yang paling sesuai ikut pilihan masing-masing. Kami sangat galakkan bayaran secara automated melalui kredit/debit/auto debit. Sebab apa? Untuk elakkan lupa bayar, tu je. Tapi ada orang nak lebih fleksibel, pon tak kisah.

Cuma ingat satu je. Sebaik-baik plan insurans/takaful adalah yang dibayar carumannya hehe. Bercakap panjang pasal bayaran pun tiada guna, sekiranya anda tiada pelan takaful. Nak buat satu? Boleh je contact saya. Okay terima kasih kerana membaca!

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Monday, November 28, 2016

Percubaan Membuat Roti


Salam semua,

Tiba-tiba hari ni nak kongsi pengalaman buat roti. 32 hidup, inilah pertama kali cuba buat roti hehe. Sebenarnya memang sejak kebelakangan ni, banyak juga yang saya cuba-cuba buat sendiri. Menyahut seruan kerajaan untuk mengubah cara hidup jadi kita DIY kan je semua. Tahun ni juga pertama kali dalam sejarah saya buat kuih raya sendiri, walaupun hanya 2 jenis dan tak sempat raya dah habis. Yes, exactly itu yang sebenarnya. Anak-anak bujang saya semua kuat makan. Jadi satu kepuasan bagi saya walaupun bertangan bangku, bila masak dan tengok anak-anak bersungguh makan walau rasanya tak seberapa. Rupa lagi toksah cakaplah haha.

Resepi roti saya dapat dari http://www.sumarz.com/2015/04/resepi-roti-manis-gebu-lembut-dan-sedap.html. Terima kasih banyak-banyak sebab kongsi resepi. Saya copy je balik ye.

Bahan-bahan:
1 Cawan air suam
1 Peket yis
4 Sudu gula
2 Sudu susu pekat
2 sudu planta
3 1/2 cawan tepung
1 biji telur

Cara-cara membuatnya:
1. Campurkan yis dan air , biarkan yis rehat dan berbuih
2. Telur dipukul sedikit
3. Campurkan susu pekat, gula , planta  dan telur ke dalam bekas berisi tepung. kacau sebati
4. Curah bancuhan yis sedikit-sedikit ke dalam tepung tadi ( Ikut pada keperluan tepung, ada masa tak perlu guna kesemua air bancuhan yis tadi. Asalkan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan dah ok)
5. Rehatkan dalam sejam atau sehingga doh kembang 2 kali ganda.
6. Kemudian tumbuk2 doh yang sudah kembang tadi dan uli hingga cantik licin
7. Boleh lah dibentuk dan diletakkan dalam bekas
8. Rehatkan doh sekali lagi. Biar naik 2 kali ganda
9. Bakar menggunakan api atas dan bawah lebih kurang 20 minit atau sehingga masak dengan suhu 150c
10. Keluarkan dan sejukkan atas redai, kemudian sapu permukaan roti dengan marjerin sewaktu roti masih panas.

Nota: Saya tak letak telur pun sebab tak ada. Cara ke 10 pun saya skip sebab kelam kabut nak pergi kerja.

Doh yang sudah kembang

Uli lagi dan buat bulat kecik-kecik, susun dalam loyang

Doh yang ditinggalkan untuk mengembang. 

Selepas bakar dalam oven. Tak cantik kan.
Saya tak spray pun sebelum bakar huhu.

Dah siap. Saya pun tak sempat makan ni.
Lepas habis bakar terus pergi kerja.

Rupanya taklah susah sangat nak buat roti walaupun semua saya manual je. Tak ada apa mesin pun. Buat roti biasa macam ni memanglah tak susah kot nak dapat yang cantik tu yang susah haha. Yang penting makan kenyang dan anak-anak suka Alhamdulillah.

Memang satu tips penjimatan yang bagus ni bila boleh buat roti sendiri. Bahan-bahannya pun masih dalam kategori murah dan mudah didapati. Saya suka saya suka. Lepas ni boleh cuba letak inti kaya pulak.

Siti Sharini
Prudential BSN Takaful
012 296 1984

Thursday, November 17, 2016

Ku Lari Ke Hutan?

Ku lari ke hutan kemudian menyanyiku.
Ku lari ke pantai kemudian teriakku.
Sepi... sepi dan sendiri aku benci.
Ingin hingar aku mau di pasar.
Bosan aku dengan penat.
Nyah saja kau pekat.
Seperti berjelaga jika ku sendiri....

Pecahkan saja gelasnya;
Biar ramai,
Biar mengaduh sampai gaduh.
Ada malaikat menyulam jaring labah-labah belang di tembok keraton putih...
Kenapa tidak kau goyangkan saja locengnya;
biar terdera...
Atau aku harus lari kehutan,
Belok ke pantai..?

Bosan aku dengan penat.
Nyah saja kau pekat.
Seperti berjelaga jika ku sendiri...


Salam semua,

Siapa masih ingat cerita Ada Apa Dengan Cinta? Tak silap masa tu saya masih belajar di KYPM Bangi, buat persediaan sebelum pergi ke Jepun. Jangan terkejut budak lelaki pun ada yang ponteng kelas pastu tengok AADC kat bilik haha. Ntah apa-apa ntah. AADC 2 saya belum tengok. Tak sampai seru lagi nak mencarinya haha. Saya pun tak ingat sangat dah saya suka ke tak cerita tu. Not so fanatik lah saya rasa. Cuma pelakon-pelakon perempuan dia pada saya memang cantik semua.

Apa kena mengena AADC dengan gaya hidup sihat? Tak ada kena mengena pun. Cuma saya rasa macam dah lama tak berlari. (Tak termasuk berlari pagi-pagi sebab nak kejar scan pukul 8:00 haha). Zaman sekolah dulu saya main hoki. Kehidupan saya memang penuh dengan berlari dan prektis hoki saja. Kalau dekat tournament tu, lepas subuh dah lari round compound sekolah. Lepas tu masuk kelas. Habis ke sekolah lepas lunch semua, sambung berlari dan prektis lagi, sampai ke Maghrib. 

Image result for jogging

Sejak besar ni ada juga saya cuba untuk berlari kembali. Masa di Jepun pun ada satu masa tu memang saya fokus berlari pagi-pagi. Sejak balik sini ada beberapa kali juga yang saya cuba kembali berlari. Kadang-kadang tolak anak sekali dalam troller. Tapi selalu tak bertahan lama. Mungkin sebab tak ada geng. 

Saya suka berlari. Buat saya rasa lebih sihat dan senang bangun pagi. So itu je tujuan saya sebenarnya. Nak senang bangun pagi. Sekarang ni rasa lemau benor. Semoga diberi kekuatan untuk mula berlari lagi. Hehe.

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Wednesday, November 16, 2016

Jangan Suka-suka Claim Insurans Medical Card

Salam semua,

Sebab semalam saya attend training My Medical Plan, hari ni nak cerita pasal medical card sikit. Secara ringkas yang boleh hehe.

Firstly, apa tujuan kita buat medical card? Senang cerita, kita buat medical card supaya bila kita sakit dan masuk hospital, bil rawatan kita tu akan dibayar oleh syarikat takaful. Jadi kita boleh mendapatkan rawatan tanpa perlu mengeluarkan duit simpanan yang banyak atau meminjam dari mana-mana.

Bercakap mengenai sakit pula, tujuan sebenar medical card ni lebih kepada untuk cover bil rawatan yang mahal. Yang kos dia tinggi. Maknanya kos rawatan untuk sakit yang teruk-teruk seperti sakit kritikal jantung, kanser, buah pinggang dan sebagainya. Rawatan kanser sekarang mau puluh ratus ribu bil dia..

Jadi adalah sangat tidak digalakkan kalau kita sakit sikit-sikit seperti demam biasa, kita pilih untuk admit hospital walaupun agak tak serius. Memang boleh claim medical card, tapi nanti limit akan jadi sikit lah sebab dah banyak guna. Ditakutkan nanti bila betul-betul sakit yang kritikal, jumlah coverage kita dah tak cukup sebab banyak habis guna untuk sakit yang sikit-sikit.

Bukan kita tak bagi claim. Tapi pastikan kita claim secara berhemah. Kalau tak nanti kita juga yang rugi. Janganlah sebab ada medical card kita senang-senang nak check in hospital. 

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Thursday, November 10, 2016

Duit KWSP Tak Cukup?

Salam semua,

Berikut adalah berita di laman web Astro Awani hari ni:

Diringkaskan cerita, seorang pesara memerlukan paling kurang MR400,000 untuk perbelanjaan hidup selepas bersara. Cuba cek balik akaun KWSP (Kumpulan Simpanan Wang Pekerja) masing-masing, berapa jumlah simpanan yang ada dalam tu? Sempat ke kumpul sampai RM400,000 sebelum bersara

Kajian mengatakan rata-rata orang kita cuma ada tak sampai separuh pun daripada jumlah RM400,000 tu bila mencapai usia persaraan. Jadi ada yang bekerja untuk menampung kehidupan, ataupun terpaksa hidup melarat. Melainkan ada anak-anak yang boleh menampung perbelanjaan ibu-bapa yagn bersara itu sudah syukur alhamdulillah.

Jadi, kita sebenarnya tak boleh bergantung sepenuhnya pada simpanan KWSP sahaja. Kena ada alternatif lain juga. Contohnya melabur atau menyimpan di tempat yang boleh mendapat pulangan yang sewajarnya. Atau generate pendapatan pasif seperti menyewakan rumah, atau pun menambah pendapatan dengan buat kerja sampingan.

Dan salah satu lagi cara untuk melindungi pendapatan persaraan adalah melalui caruman takaful. Sekurang-kurangnya boleh sedikit sebanyak meringankan beban dan memang tujuannya untuk melindungi poket kita. Nak tau caranya, bolehlah contact saya atau mana-mana ejen takaful yang berdekatan anda. 

Buat adik-adik yang baru bekerja, penting untuk ambil tau hal persaraan ni. Dana persaraan ni persediaannya kena buat seawal yang mungkin. Jangan ingat bila dah dekat bersara baru nak fikir. Dah terlambat nanti tu!

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Tuesday, November 8, 2016

Ular Naik Kapal Terbang First Class!

Snake surprises first class passengers on plane

Heee.. Ular pun nak naik kapal terbang? Sumber dari Astro Awani, berita hari ini. Kejadian berlaku di Mexico dan saya agak domestik flight, katanya dari Torreon to Mexico City.

Bercerita mengenai ular, saya dulu di kampung biasa sangat nampak ular. Sebab saya dan nenek tinggal di lereng bukit. Kawasan tu cuma rumah kami je seketul, jauh dari orang. Depan rumah ada sekolah rendah, tapi keliling memang hutan dan bukit bukau. 

Bila musim kemarau, terkadang jumpa ular dekat dapur, lepak atas simen. Mungkin cari tempat sejuk. Bahagian dapur rumah arwah nenek saya rendah kat atas tanah dan agak gelap. Nasib baik ruang tamu bilik-bilik semua belah atas. Biasalah rumah kampung dulu-dulu kan tinggi.

Bila jumpa ular, nenek saya yang gagah perkasa yang uruskan. Selalunya ketuk dengan kayu penumbuk lesung kayu ataupun batang buluh. Lepas tu campak jauh-jauh ke arah bukit. Ular yang kami jumpa pula bukan calang-calang ular. Jenis ular tedung yang garang tu. Nenek saya kata bangkai ular jangan sesekali dibakar, nanti kaum kerabat dia datang untuk balas dendam. Kebenarannya wallahualam.

Saya pun pernah sekali pergi buang sampah. Melangkah nak meletak kaki ke tanah sambil berjalan, tiba-tiba baru perasan ular lalu kat bawah kaki tempat saya nak berpijak. Terus saya kaku dan menahan nafas sebab takut ular dengar haha. Berpeluh jugalah dengan jantung berdegup laju. Alhamdulillah saya selamat. Mungkin lakonan saya menjaadi, ular tu pun berlalu pergi begitu sahaja. Ingat lagi warnanya hitam berkilat! Huhu.

Ular daun tak payah ceritalah. Boleh kata selalu sangat jumpa sebab banyak pokok mangga sekeliling rumah. Pak cik saya selalu tangkap dan usik saya. Benci betul. Ular daun agak kurang bahaya tu dia berani buat main kot.

Paling takut kalau jumpa ular kapak. Ular kapak ni kecik halus lebih kurang macam ular daun juga. Tapi warna merah. Katanya berbisa sangat ular ni. Gerun juga kalau jumpa tu. Huhu.

Banyak kisah saya berdua dengan arwah nenek. Sayang Chik. Semoga tenang di sana. Al-Fatihah.

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Saturday, November 5, 2016

Nak beli rumah? Ketahui beza MRTT vs MLTT

Salam semua.

Kali ini saya nak cerita ringkas saja berkenaan MRTT/MLTT. Apa benda tu?
MRTT adalah singkatan bagi Mortgage Reducing Term Takaful.
MLTT adalah singkatan bagi Mortgage Level Term Takaful.

Apa fungsi kedua-dua benda ni?
Kedua-dua MRTA dan MLTA ni fungsi dia untuk cover pinjaman rumah sekiranya pemilik rumah meninggal dunia. Bila meninggal dunia, jumlah pinjaman yang perlu dibayar sama ada jadi sedikit atau tiada baki lagi perlu dibayar.

Apa beza MRTT dengan MLTT?

BAYARAN
MRTT secara ringkasnya lebih murah berbanding MLTT. Ianya dibayar sekali sahaja secara lump sump sewaktu mula beli rumah. Selalunya housing loan bank ada menyediakan servis MRTT dan bayaran dia boleh juga dibuat dengan menambahkan ke dalam loan rumah.

MLTT pula bayaran kalau kira secara total agak mahal, tapi dibayar boleh secara bulanan, quarterly, half yearly atau yearly. 

PERLINDUNGAN
MRTT protect sebuah rumah sahaja. Kalau kita jual rumah tu, perlindungan kira burn lah. Nak beli rumah lain, kena start over beli MRTT lain pula.

MLTT pula lain, tukar rumah pun masih boleh guna MLTT yang sama.

NILAI PAMPASAN
Jumlah perlindungan atau pampasan MRTT adalah bersifat semakin susut setiap tahun. Pampasan pula direct dibayar kepada bank sebagai melunaskan baki pinjaman rumah.

MLTT pula jumlahnya sama. Regardless loan masih tinggal berapa tahun pun. Pampasan diberi kepada waris sekiranya owner meninggal dunia. Atau jika owner hilang upaya kekal, atau sakit kritikal (optional), pampasan dibayar kepada owner. Jadi penerima pampasan berhak menguruskan pinjaman mengikut cara yang sepatutnya.

Saya rasa dah cukup panjang ni hehe. Maaf kiranya saya kurang pandai nak explain. Nak tau lebih lanjut boleh tanya dengan ejen-ejen takaful atau penasihat kewangan tang berdekatan. Boleh juga rujuk artikel di atas.

Okay, sekian dulu dari saya. Selamat membeli rumah!

Kad perubatan, Takaful hayat etc.
Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com

Wednesday, November 2, 2016

Harga Minyak Naik?

Salam semua,

Rata-rata dua tiga hari ni ramai sangat yang update pasal kenaikan harga minyak masak dan petrol rententan dari pembentangan bajet 2017 baru-baru ni. Herm susah betul nak komen ye. Kalau mengeluh di kata mengeluh, kalau redha di kata macai. Hehe.

Image result for minyak masak
Gambar hasil Google.

Apa pun, ketepikan seketika soal politik. Ketepikan seketika soal rasuah atau penyelewangan dalam penyelenggaraan kewangan negara. Kerana semua itu amatlah sedikit yang kita (saya sebenarnya) ketahui kebenarannya. Takut tersalah kata nanti fitnah jadinya.

Yang pasti, mereka yang kaya semakin kaya. Tak kiralah dengan apa cara samada halal atau sebaliknya, mungkin atas usaha mereka. Malah yang miskin semakin miskin. Mungkin akibat si kaya yang kurang dalam berkongsi rezekinya. Dosa pahala hanya Dia yang menentukan. Sungguh Dia yang Maha Adil adanya.

Apa pun ingatlah. Dunia cuma sementara. Yang kekal akhirat jua. Kalau kita rasa susah dan teraniaya ketika di dunia, tapi akhirat tidak dilupa, Insha Allah harapnya syurga juga tempat kita kelak.

Yang diluar bidang kuasa kita, hanya doa yang mampu kita titipkan. Fokuslah kepada perkara yang boleh kita ubah. Mungkin perspektif kita dalam melihat kehidupan. Sungguh dunia kita sebenarnya adalah apa yang ada dalam minda kita.

Wallahualam.

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...