Thursday, June 23, 2016

HOW WALLETS DEFINE YOUR PERSONALITY

Salam semua=))

Apa khabar you all semua? Semakin sihat walafiat hendaknya berkat bulan Ramadhan yang mulia ni. Ramadhan pun dah semakin hampir meninggalkan kita kan.. Sekejap je masa berlalu. Apa? Ada yang dah siap shopping untuk raya? Alhamdulillah.. He he he. Bagi yang belum masuk gaji, masih kosong dompetnya maka tunggulah sekejap lagi ye. Sabarrrr itu sebahagian daripada iman. Penuh sekejap lepas tu kosong balik he he he.. Betul ke..

Bercakap mengenai dompet, teringat pula pada dompet kesayangan saya yang sudah hilang entah ke mana. Lama tau saya guna dompet tu 12 tahun kot! Dompet kulit ELLE panjang warna merah. Beli masa tahun pertama saya di Jepun, dekat Okayama Ichibangai tahun 2004. Dompet tu pernah hilang sekali masa saya duduk di Osaka, Alhamdulillah nasib baik ada abang Jepun yang kacak tolong ambil dan serahkan pada polis. Panjang jodoh saya..dengan dompet tu lah! Bukan dengan abang Jepun ha ha. Tapi akhirnya kecundang juga apabila akhirnya sekali lagi telah hilang mungkin ada yang 'terambil' di surau RnR Sungai Buloh.. Sob sob tinggal kenangan..

Yang dah lepas biarkan berlalu, sekarang teringin saya nak kongsi satu artikel tentang dompet dan personaliti kita. Betul ke? Mana tau ada yang mengena he he.

How Wallets Define Your Personality

Tahukah anda bahawa mengikut kajian pemilihan wallets anda dan cara anda menyusun wang dalam wallets boleh memberikan gambaran mengenai personality anda? Well, mungkin kajian ini bukanlah 100% tepat, jom kita lihat kebenaran kajian pakar psikologi tersebut berdasarkan tempat anda menyimpan wallets atau jenis wallets yang anda gemari;

1.      Dekat pada anggota badan
-          Individu jenis ini amat mementingkan hubungan dan sentiasa menjaga barangan-barangan peribadi mereka.

2.      Di dalam poket
-          Individu-individu ini berasa mereka mempunyai perkara yang lebih penting berbanding nilai wang mereka. Individu jenis ini juga seorang yang berdikari.

3.      Menggunakan money clip
-          Mereka sentiasa berfikiran bahawa wang ringgit adalah mudah untuk dimiliki. Individu jenis ini majoriti kuat bekerja dan meggemari bidang pelaburan.

4.      Menyimpan wang kertas bersama syiling
-          Individu jenis ini adalah mereka yang berfikiran bebas dan sentiasa melakukan perkara yang baru dalam kehidupan.

5.      Menyimpan duit di 2 atau 3 tempat berlainan
-          Mereka sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan dan seorang yang berhati-hati.

6.      Mempunyai simpanan yang besar yang tersembunyi
-          Mereka adalah orang yang mementingkan diri sendiri dan lebih gemar menghabiskan masa seorang diri tanpa perlu memikirkan hal orang lain.

7.      Menyusun wang kertas mengikut nilai
-          Individu jenis ini adalah mereka yang ‘perfectionist’ dan cerewet. Namun, hidup mereka lebih teratur dan kurang berhadapan dengan masalah.

8.      Tidak menyusun wang kertas mengikut nilai

-          Mereka lebih gemar mengikut gerak hati sendiri. 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya suka susun duit ikut nilai. Perfectionist kah saya? Hurmmmm..Biar saya saja yang tahu ha ha ha.. So anda yang mana satu?

Friday, June 10, 2016

JUADAH BERBUKA POPULAR DI TERENGGANU

Salam semua=))

Macam mana puasa? Masih bersemangat lagi? Moga terus bersemangatlah hendaknya hingga habis bulan Ramadhan kali ini ye. 

Semalam kami menggagahkan kaki menapak ke pasar Ramadhan Desa Aman. Tu dia ramai sungguh orang sampai rasa menyesal pula pegi. Akhirnya saya cuma beli kuih untuk anak-anak, suami pula beli popia basah dengan air minuman. Saya langsung tak tau nak beli apa, tiada yang berkenan di hati. Sewaktu berbuka, teringat pula zaman saya tinggal dengan arwah nenek masa kecik-kecik dulu. Teringat indah berbuka bersama walau dengan hidangan yang tak seberapa, tapi cukup istimewa buat saya. Seingat saya, saya memang kurang gemar makan kuih dari kecik lagi. Selalunya saya hanya akan beli kuih koleh kacang saja bila sekali-sekala ke pasar Ramdhan. Lepas tu yang paling favourite saya adalah agar-agar merah buatan nenek, dimakan bersama susu cair. Arwah nenek selalu buat untuk saya tiap kali saya balik cuti dari asrama. 

Walaupun dah lama dah kiranya saya tak balik kampung di Terengganu, tapi masakan dan kuih-kuihnya tetap di ingatan saya ewah. Bila bulan puasa beginilah, teringin pula rasanya nak makan. Tapi bendanya tiada pula di depan mata. Kalau ada dijual pun rasanya tak sama dengan yang kat kampung dulu. Sudahnya memang jarang sangat saya beli.

Kuih apa yang menjadi idaman kalbu tu? Hehe. Meh saya perkenalkan sikit kuih dan hidangan yang popular di kampung saya dulu.

1. Koleh Kacang (sumber gambar: flickr Mahani Mohamad)

2. Kuih Akok (sumber gambar dari blog cekgunorazimah)

3. Lompat Tikam (sumber gambar mykitchensnipets.com)

4. Asam Gumpal (sumber gambar kasihatie.blogspot.com)

5. Nekbat (sumber gambar ayiewiyah.blogspot.com)
6. Puteri Mandi (sumber gambar nonie2you.blogspot.com)


6. Rojak Kateh (sumber gambar nopija.blogspot.com)

7. Bubur Lambuk (sumber gambar terengganutimes.com)
8. Sira Pisang (sumber gambar aziejaya.blogspot.com)

Okay. Setakat ini dulu. Selamat menjamu mata hihi. Sape orang Terengganu angkat tangan sikit hihi..


LIMITED TIME ONLY. Shop and get 15% OFF on ZALORA now!

Wednesday, June 8, 2016

SAHUR ITU LATIHAN UNTUK BANGUN MALAM

Assalamualaikum semua.

Apa khabar? Macam mana puasa hari ketiga? So far so good harapnya Alhamdulillah.

Pagi tadi dengar di IKIM, motivasi pagi hari ini berkenaan fadhilat sahur. Antara yang masih ingat dan rasa terpanggil untuk berkongsi:

Sahur itu adalah latihan untuk kita bangun bermunajat di waktu malam. 

Sumber imej dari carian Google
Kita memang tau amalan bersahur memang sunnah yang patut kita ikut untuk mendapat lebih keberkatan dalam menunaikan ibadah puasa. Lagipun apa saja yang menjadi amalan Nabi Muhammad SAW pasti ada kebaikannya untuk kita. Dan rupanya bila saya dengar dalam radio tadi, baru saya sedar eh betul lah kan... Sahur sebagai latihan untuk kita bangun bermunajat dan beribadah waktu malam. Sepatutnya kita bangun bukan semata-mata untuk makan, tapi sebelum makan tu seharusnya diisikan dengan amal ibadah seperti solat sunat, mengaji al-Quran dan sebagainya. Sebagai latihan untuk kita, supaya nanti selain bulan Ramadhan pun kita boleh terus bangun beribadah waktu malam. Memanglah disunatkan kita melewatkan makan sahur kata ustaz, tapi tak semestinya kita bangun last-last minute dah dekat imsak. Kalau begitu maka memang makan sajalah yang kita dapat.

Fadhilat bangun beribadah malam ni memanglah banyak. Sedangkan Rasulullah SAW yang maksum  dan dijamin masuk syurga pun beribadah malam sampai bengkak kakinya kerana baginda amatlah mementingkan ibadat malam. Namun apa yang paling terkesan yang saya dengar tadi, ibadat malam walaupun sedikit akan menjadi ruh untuk ibadat kita di siang hari. Ibadat malam menjadi jambatan bagi menjadikan kita insan yang lebih kusyuk dan tawadduk. 

Semoga sama-sama dapat kita amalkan dan melatih diri ke arah lebih baik. Tulisan saya adalah berdasarkan pemahaman saya. Tolong betulkan jika ada salah silap ye. Terima kasih. Wallahualam..