Tuesday, May 31, 2016

SENARAI BUFFET RAMADHAN 2016 KAWASAN UTARA


Salam semua.. Bulan Ramadhan bakal tiba.. Semoga ramadhan kita kali ini penuh barakah hendaknya.

Berikut senarai buffet Ramadhan di kawasan utara sebagai panduan. Manalah tau ada yang nak organize event berbuka puasa untuk company ke kan. Nak pergi dengan family tercinta pun apa salahnya kan.. Harga yang saya paparkan hanyalah harga standard mengikut pamplet. Nak tau lebih details kenalah contact direct ye, mana tau leh dapat diskaun lagi kan kan.

No Negeri Hotel/
Restoren
Harga
Dewasa (RM)
Harga
Kanak2 (RM)
Lokasi
1 Perak Heritage Hotel Ipoh 55 35 Jalan Raja Dihilir Ipoh
2 Perak Symphony Suites Hotel 58 29 Jalan
Lapangan Symphony Ipoh
3 Perak Impiana Hotel Ipoh 68 34 Jalan Sultan Nazrin Shah Ipoh
4 Penang Ixora Hotel 72 45 Jalan Baru,
Bandar Perai Jaya
5 Penang Sunway Hotel Seberang Jaya 62 38 Lebuh Tenggiri 2, Pusat Bandar Seberang
Jaya
6 Penang Bayview Hotel Georgetown 68 35 Lebuh
Farquhar
7 Penang Hotel Equatorial Penang 120 60 Jalan Bukit Jambul, Bayan Lepas
8 Penang TH Hotel Penang 48 28 Bayan Lepas
9 Penang Hotel Royal Penang 74.99 59.99 Jalan Larut, Penang
10 Penang Flamingo Hotel 70 42 Jalan
Tanjung Bungah
11 Penang Holiday Inn Resort Penang 60 30 Batu Ferringhi
12 Kedah Grand Alora Hotel 59 35 Lebuhraya
Sultanah Bahiyah, Alor Setar
13 Kedah Holiday Villa 69.9 35 Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar
14 Kedah StarCity Hotel 50 43 Jalan Pintu
Sepuluh, Alor Setar
15 Kedah Restoren Berputar Menara Alor Setar 60 30 Lebuhraya Darul Aman, Alor Setar
16 Kedah Adya Hotel Langkawi 39.9 20 Persiaran
Mukim 2, Langkawi
17 Kedah Hotel Langkasuka 33 22 Pokok Asam, Kuah Langkawi
18 Kedah Seri Malaysia Kulim 43 25 Taman Tasik
Putra, Kulim
19 Perlis Seri Malaysia Kangar 48 25 Persiaran Wawasan Kangar
20 Perlis Putra
Brasmana Hotel
38 24 Kuala
Perlis






Add caption

















Wednesday, May 25, 2016

KENAPA RAMAI WANITA MEMILIH UNTUK BERHENTI KERJA?

Dilema Ibu Bekerja

Menjadi dilema bagi setiap ibu berkerjaya antara kerja dan keluarga. Saya pun merasakan yang sama sejak dulu lagi. Apakan daya tuntutan kewangan menyebabkan saya terus bekerja. Tapi saya rasa tak kurang ibu-ibu yang walaupun bekerjaya, memiliki ijazah malah ada yang berkelulusan dari luar negara, memilih untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Jangan tak percaya kawan sekolah saya sendiri yang seorang doktor pun dah berhenti tau.

Punca Ibu Memilih Untuk Berhenti Kerja

Kenapa agaknya ye? Kalau diikutkan banyak punca dan sebab mengapa ibu bekerjaya memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Malah ada juga sebab-sebab terpencil mengikut keadaan setiap ibu dan keluarga.

Tuntutan Tanggungjawab Terhadap Keluarga

Pada saya wanita bekerja ni, sementelah jadi ibu terutamanya, tanggungjawab sangat banyak. Selain tuntutan di tempat kerja, keperluan keluarga juga kebanyakannya masih perlu digalas oleh ibu. Menjaga anak, memasak, mengemas rumah, penjagaan kesihatan anak-anak dan sebagainya. 

Yang mana kadang-kala tuntutan keluarga sebegini menyebabkan ibu-ibu tak dapat fokus sepenuhnya pada kerjaya. Maka timbullah masalah sebagai seorang pekerja, terpaksa ambil cuti untuk jaga anak contohnya. Kadang-kadang kena masuk kerja lambat, atau pulang lebih awal untuk ambil anak. 

Penilaian Prestasi Di Tempat Kerja Kurang Baik

Kalau dapat majikan yang memahami, alhamdulillah, kurang sikit tekanan. Tapi selalunya setiap tempat kerja ada polisi nya yang tersendiri. Kalau pekerja yang selalu ada masalah kedatangan macam ni selalunya akan mendapat penilaian yang rendah. Penyudahnya kenaikan gaji rendah dan susah nak naik pangkat.

Bila dapat penilaian rendah dari pihak majikan, rasa tak gembira dan tekanan mesti ada. Yelah kita penat-penat bekerja tapi tak mendapat imbuhan yang sepatutnya hanya disebabkan kita perlu fokus pada keluarga berbanding kerjaya. Ini yang pada saya salah satu sebab penyumbang golongan ibu memilih untuk berhenti kerja.

Faktor Kewangan, Kos Yang Tinggi

Biasanya orang akan teragak-agak untuk berhenti kerja sebab tuntutan kewangan dan keperluan membayar pelbagai hutang, Kalau tak kerja tak ada duit, tapi kalau kerja pun sebenarnya habis juga banyak duit. Nak bayar kos upah orang atau taska mengasuh anak lagi, minyak kereta dal tol lagi. Sudahnya sebahagian besar gaji ibu-ibu habis sebagai kos untuk keluar bekerja. Jadi ada juga yang memilih untuk lebih baik duduk di rumah, jaga anak sendiri. Walaupun hanya tinggal mata pencarian suami, memilih untuk hidup biasa-biasa dan tengok anak membesar di depan mata.

Demi Menjaga Anak-anak

Dan saya rasa dilema terbesar ibu bekerja adalah tak cukup masa dengan anak-anak. Terkadang tu rasa macam cepatnya budak-budak ni membesar sedangkan kita tak dapat menikmati sepenuhnya setiap detik pembesaran mereka. Sayangnya.. Perasaan nak mendidik anak dengan usaha sendiri, nak bagi anak-anak membesar dengan makan hasil air tangan ibu sendiri pasti ada bagi setiap ibu kan. Yelah kadang-kadang ibu yang bekerja mana nak sempat masak sangat. Melainkan ibu yang betul-betul gigih bangun memasak pukul 4 pagi. Ibu yang begini memang saya salute sangat. Hebat!

Setiap Ibu Adalah Hebat, Bekerja Mahupun Tidak!

Apa pun saya pasti, setiap ibu yang memilih untuk terus bekerja mahupun yang mempunyai kekuatan untuk berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa, mereka pasti ada alasan yang tersendiri. Setiap pilihan pasti dibuat setelah memikirkan pro dan kontra dan memilih yang terbaik untuk diri sendiri, anak-anak dan keluarga.

Lagipun sekarang ni dah banyak pilihan untuk menambah pendapatan. Sekarang dunia di hujung jari, nak jalankan perniagaan dari rumah pun boleh sangat. Malah ada ibu yang memperoleh pendapat yang lebih dengan berniaga dari rumah berbanding dengan semasa bekerja di luar. Hebat kan.
Dan bagi ibu-ibu yang memilih untuk terus bekerja dan dapat menyeimbangkan antara tuntutan kerja dan keluarga seikhlas hati, anda cukup hebat! In sha Allah setiap kita pasti mendapat balasan atas setiap yang kita kerjakan walau sebesar zarah. Saya ada terbaca artikel yang menulis tentang mencadangkan waktu kerja fleksibel bagi ibu-ibu untuk support ibu yang bekerja, maaf saya lupa sumbernya. Tapi saya kira, negara kita masih jauh lagi untuk ke arah itu. Maka berusahalah! Hehe.

Akhir kata saya doakan yang terbaik buat ibu-ibu semua,, bekerja atau tidak, semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat. Dan semoga syurga jualah pengakhiran buat kita amin.

Tuesday, May 24, 2016

Ramadhan bakal tiba lagi

Salam semua=))

Alhamdulillah. Tak lama lagi Ramadhan bakal bermula. Sekejap je masa berlalu sekarang kan. Tup tap tup tap dah setahun. Dalam 13 hari lagi nak mula puasa dah, so apa persediaan you all semua? Bercakap mengenai Ramadhan ni, bukan setakat bersedia dari segi fizikal atau pun makanan je ye. Yang paling utama matlamat kita dari segi amal ibadah untuk Ramadhan kali ni.

Bagi saya biarlah Ramadhan ini menjadi titik tolak untuk saya berubah ke arah yang lebih baik in sha Allah. Untuk itu kenalah bersedia dari sekarang kan. In sha Allah..

Dan yang paling penting jaga solat. Ramai orang boleh puasa tapi tak ramai yang betul-betul boleh menjaga solat kan. Semoga Allah menjauhkan kita dari merasa berat untuk solat. Amin.




Wednesday, May 18, 2016

HealthEnrich+ Prudential BSN Takaful

Salam semua=))

Mulai bulan depan, PruBSN akan memperkenalkan medical card yang baru iaitu HealthEnrich+(HE+), satu produk yang lebih advanced dan banyak benefitnya sesuailah dengan tuntutan peredaran zaman sekarang ni ewah. Bercakap mengenai takaful ni, apa yang kita paling nak fokus sebenarnya adalah persediaan terhadap penyakit kritikal. Setakat demam biasa in sha Allah pergi klinik biasa pun boleh dapat ubat dan sembuh. Tapi kalau sakit kritikal ni tau sajalah, perlukan rawatan dan penjagaan yang sangat details yang mana akan menelan kos yang tinggi. Jadi satu usaha yang baguslah kalau kita bersedia dengan sekurang-kurangnya satu pelan takaful atau medical card.



Okaylah kalau nak tau lanjut boleh baca pamplet kat sini ye. Kalau tak faham dan nak faham bolehlah tanya saya=))

Monday, May 16, 2016

SELAMAT HARI GURU!

Salam semua=))

Selamat hari guru kepada semua guru Malaysia. Terutamanya guru-guru saya dari sekolah rendah, sampai ke menengah sampai ke matriks sampai ke YPM sampai ke Jepun lah. Alhamdulillah dengan berkat doa ibu bapa dan tunjuk ajar guru-guru, dapatlah saya belajar seadanya. Semoga berbekalkan ilmu yang ada dapat dimanfaatkan sebaiknya ke atas diri, keluarga dan masyarakat. Semoga ilmu ini juga dapat dijadikan alat untuk mencari jalan menuju redhaNya inshaAllah amin..