Thursday, October 27, 2016

Tips Rumah Tangga - Sokong Apa Yang Pasangan Minat


Image result for walking dead

Salam semua...

Eh tajuk kata tips rumah tangga, apasal tiba-tiba keluar gambar cerita zombie? Hehe.. Buat sesiapa yang mengikuti cerita bersiri Walking Dead, season baru dah mula dah ye, dah habis 1 episod.

Okay, baru masuk tajuk sekarang. Saya pada mulanya tak minat tengok cerita ni. Macam ganas je. Lepas tu bukannya benar pun zombie zombie semua ni pada saya impossible. Tak real. Saya lebih suka cerita yang berkisarkan kehidupan, yang terjangkau dek akal. Bahkan saya suka tengok cerita dekat Sundane channel, yang pada setengah orang mungkin bosan dan selalu ceritanya tanpa kesudahan yang jelas. 

Tapi disebabkan suami yang suka tengok cerita ni, maka saya pun sikit-sikit follow jugaklah. Tengok sama-sama. Lepas tu excited sama-sama nak tunggu episod minggu depan. Saya tau dia minat, jadi saya sokonglah. Supaya we have some moment in common. Boleh buat sesuatu bersama.

Suami saya pun sama juga. Dulu masa di Jepun, saya yang mula-mula layan cerita House. Lepas tu dia pula teman saya tengok. Kadang tu dia pula terlebih layan sorang-sorang tak tunggu saya. Antara cerita lain that we enjoyed watching together adalah drama bersiri Jepun, My Boss My Hero.

Sebenarnya saya dapat tips ni pun dari kawan sekolah. Dia pun sokong minat suami dia yang suka sangat kumpul jersi bola. Sampai ada satu wardrobe khas untuk jersi saja. Dasyat betul.

So that's it yang saya nak kongsikan. Selagi minat pasangan kita tu bukan sesuatu yang melanggar syarak atau memudaratkan, biarlah dia buat. Jangan asyik nak marah saja. Nanti dia tak happy, kita pun tak happy. Apa pun, toleransi adalah kunci utama kebahagiaan. Sekian, terima kasih kerana membaca=))


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

2 comments:

  1. Setuju dgn pendapat CikSiti. Kena sokong minat suami. Suami akk minat menanam2 kt belakang umh kitorang, jadi akk kekadang ikut keluar mencangkul2 gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah untung tu minat menanam. boleh dapat hasilnya buat gulai lemak he he

      Delete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...