Monday, October 31, 2016

Siapa Yang Memerlukan Insurans/Takaful Hayat?

Image result for life insurance quotes suze

Salam pagi Isnin semua,

Update yang sangat pendek hari ini.

Siapa yang sebenarnya memerlukan insurans/takaful hayat?

Mereka ada orang yang mempunyai tanggungan. Kalau dia mempunyai anak, isteri atau ibu bapa yang bergantung pada diri dan pendapatan dia, maka dia lah orang yang sangat memerlukan insurans hayat.

Masa kita sihat dan hidup mungkin kita tak sedar, tapi bila kita tiada nanti betapa sukarnya keadaan keluarga kita yang tinggal. Walaupun kita tak menanggung orang lain, diri sendiri masih lagi perlu ditanggung. Sebab banyak kes bila kemalangan, mangsa tidak meninggal dunia. Tapi hilang upaya seumur hidup. Masih memerlukan banyak belanja untuk meneruskan kehidupan.

Sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk sedar!


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Thursday, October 27, 2016

Tips Rumah Tangga - Sokong Apa Yang Pasangan Minat


Image result for walking dead

Salam semua...

Eh tajuk kata tips rumah tangga, apasal tiba-tiba keluar gambar cerita zombie? Hehe.. Buat sesiapa yang mengikuti cerita bersiri Walking Dead, season baru dah mula dah ye, dah habis 1 episod.

Okay, baru masuk tajuk sekarang. Saya pada mulanya tak minat tengok cerita ni. Macam ganas je. Lepas tu bukannya benar pun zombie zombie semua ni pada saya impossible. Tak real. Saya lebih suka cerita yang berkisarkan kehidupan, yang terjangkau dek akal. Bahkan saya suka tengok cerita dekat Sundane channel, yang pada setengah orang mungkin bosan dan selalu ceritanya tanpa kesudahan yang jelas. 

Tapi disebabkan suami yang suka tengok cerita ni, maka saya pun sikit-sikit follow jugaklah. Tengok sama-sama. Lepas tu excited sama-sama nak tunggu episod minggu depan. Saya tau dia minat, jadi saya sokonglah. Supaya we have some moment in common. Boleh buat sesuatu bersama.

Suami saya pun sama juga. Dulu masa di Jepun, saya yang mula-mula layan cerita House. Lepas tu dia pula teman saya tengok. Kadang tu dia pula terlebih layan sorang-sorang tak tunggu saya. Antara cerita lain that we enjoyed watching together adalah drama bersiri Jepun, My Boss My Hero.

Sebenarnya saya dapat tips ni pun dari kawan sekolah. Dia pun sokong minat suami dia yang suka sangat kumpul jersi bola. Sampai ada satu wardrobe khas untuk jersi saja. Dasyat betul.

So that's it yang saya nak kongsikan. Selagi minat pasangan kita tu bukan sesuatu yang melanggar syarak atau memudaratkan, biarlah dia buat. Jangan asyik nak marah saja. Nanti dia tak happy, kita pun tak happy. Apa pun, toleransi adalah kunci utama kebahagiaan. Sekian, terima kasih kerana membaca=))


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Wednesday, October 26, 2016

Penat Bekerja? Syukurlah Ada Kerja.

Salam semua.

Lately saya rasa penat sangat. Tuntutan kerja yang makin bertambah, bertambah perit bila tiba-tiba semua kerja datang serentak. Apa pun, saya cuba sebaik mungkin. Tapi saya sentiasa ingatkan diri, kita kerja seikhlas mungkin tanpa mengharap penghargaan manusia. Yang penting, tanggungjawab kita selesai.

Ini sangat penting untuk mendapatkan hati yang tenang. Sebab apa? Lumrah dalam kehidupan belerja, 99 perkara kita buat betul cuma 1 saja silap, yang 1 tulah akan digembar-gemburkan. Betul?

Janganlah ambil hati. Sudah lazim manusi begitu sikapnya. Buka semua, tapi rata-rata. Saya selalu memujuk hati, dengan meyakinkan diri bahawa kerja bukanlah segala-galanya. Kita buat silap dalam kerja, tak bermakna hidup kita turut hancur lebur. Oleh itu kalau orang tegur kita silap, terimalah dan usah ego. Lebih baik mengaku kesilapan sendiri, minta maaf dan move on. Some lesson are learnt in the hard way.

Kembali kepada tajuk, walau rasa penat bekerja, kerja banyak, rasa dianiaya atau kecewa di tempat kerja, tarik nafas dalam-dalam.. dan bersyukurlah sebab ada kerja. Ada orang cari kerja tak dapat. Ada yang dapat, tapi kontrak lepas tu kontrak tak sambung.

Jika memang kerja kita tu memberi tekanan yang besar hingga affect kehidupan seharian dan keluarga, maka cubalah cari jalan keluar. Lebih baik dari terus menerus tertekan, atau dari kita culas dalam kerja hingga boleh menyebabkan gaji yang tidak berkat.

Mungkin boleh cuba buat business. Business yang paling rendah modalnya adalah business takaful. Jika nak tau macam mana sistem business takaful bolehlah hubungi saya. Sekian, terima kasih kerana membaca.

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Tuesday, October 25, 2016

Doa Untuk Hospital Sultanah Aminah

Image result for pray for hospital sultanah aminah

Today is a very very very sad day..

Ya Allah, please make it ease for everyone.

Permudahkanlah, permudahkanlah, permudahkanlah.

Saya rasa sangat HSA sangat dekat di hati. Inilah tempat saya mendapatkan rawatan di kala demam sepanjang 5 tahun saya sekolah kat JB dulu. And my friends are working there too now. Tiada kata yang dapat diungkapkan. Setinggi-tinggi takziah. Al-Fatihah. 

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Monday, October 24, 2016

JAGA HATI DAN LIDAH (DAN JARI)

Salam semua=)

Harap semua sihat-sihat sahaja ye. Phew lama tak update blog. Maafkan saya ya. Tapi ketahuilah jauh di sudut hati rasa bersalah sebab lama tak menulis dan tak lawat blog kawan-kawan. Gittew~

Jadi hari ni saya gagahkan curi sedikit masa, untuk berikan kasih-sayang kat blog saya ni haha. Sebenarnya dalam sehari-hari banyak saja idea yang rasanya agak menarik untuk dikupas dan boleh saja ditulis dalam blog (atau mana-mana media sosial). Tapi apa yang membuatkan saya mengambil masa yang lama sebelum menulis, dan terkadang idea tu terkubur begitu saja? Sebab selalu saya fikir, kalau saya tulis perkara ni, adakah ia bermanfaat kepada orang yang membaca? Atau adakah ia boleh jadi menimbulkan dosa atau fitnah? Adakah ia nanti sekadar mencuri masa mereka yang membaca tanpa input yang berguna? Menyakitkan hati sesiapa tak nanti jika dibaca umum? Menimbulkan riak dalam dirikah?

Baru-baru ni saya ada baca hadis mengenai hati dan lidah. Yang mana kesimpulannya yang boleh saya dapati, baik atau buruk sesuatu situasi itu adalah bergantung kepada baik atau buruknya hati dan lidah seseorang. Kebetulan pagi tadi dalam slot motivasi Radio IKIM pun mengatakan kepentingan menjaga lidah yakni kata-kata. 

Pada saya pula, lidah adalah medium untuk kita mengutarakan perkara yang ada di dalam hati kita. Baik apa yang ada di dalam hati, maka baiklah outputnya. Zaman sekarang yang lebih canggih, kita tak perlu bersuara pun untuk menyampaikan sesuatu dari hati kita. Tak perlu bersua muka pun.

Ya, jari-jemari kita seakan sudah mengambil alih sebahagian tugas lidah kita. Jari-jemari saya yang Alhamdulillah kini menari-nari di keyboard komputer. Jari-jemari kita semua yang rancak menekan-nekan smartphone dan tablet. Maka hati-hatilah dengan penulisan kita.

Saya bukanlah bagus benar layaknya. Adakalanya juga menulis yang tiada makna. PadaNya saya mohon keampunan. Dan dengan rendah hati saya mohon maaf kiranya ada yang tersinggung dengan tulisan saya di blog, FB atau laman sosial yang lain. Sungguh setiap amal ada balasannya.

Wallahualam.

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Tuesday, October 11, 2016

Where There Is Love

Image result for when there is love

Salam semua..

Kita sering saja disibukkan, dengan benda-benda yang tak penting buat kita. Dengan benda-benda yang tak membawa kita ke arah tujuan dan matlamat yang kita nak tuju.

Contoh mudah, kalau seseorang tu matlamat hidupnya nak jadi Imam di Mekah, tapi masanya di habiskan dengan bermain video game semata, mungkinkah tercapai matlamat hidupnya? Kalau dia tak berusaha ke arah matlamatnya.

Kita sering tertipu dengan masa 'lapang', lalu kita bazirkan sesuka hati. Lantas bila kita tertinggal untuk melakukan suatu tanggungjawab kita, masa yang disalahkan. Tiada masa. Sentiasa tiada masa.

Sedangkan where there is love, nothing is too much trouble and there is always time. 

Sayangilah tanggungjawab kita. InshaAllah masa akan sentiasa ada. Wallahualam.


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Tuesday, October 4, 2016

Gilmore Girls Revival

Salam semua,

How was long weekend? Hope everybody had a blast. Harapan semoga semua dibawah rahmatnya Aminn..


Pagi tadi ternampak tweet kawan, katanya Gilmore Girls ada buat revival episode! Wahhhhhhhh..Apa tu? Tak pernah dengar pun? Ahah! Kalau anda lahir tahun 90-an mungkin, mungkin masa series ni bersiaran dulu anda kecik lagi. 

Saya mula tengok series ni masa form 2 ke form 4, lupa dah. Tapi masa saya kat STF dulu lah. Yang bestnye sebab watak utama dalam cerita ni adalah sama umur dengan saya. Kira macam classmate lah haha. So every season pun memang macam kami membesar bersama-sama gitu.

Saya share background cerita ni sikit je lah ye. Rory adalah anak kepada ibu tunggal, Lorelai. So cerita dia mostly mengisahkan sekitar ibu dan anak ni. Rory sangat nerd, bertentangan dengan mak dia yang lebih gila-gila. Family diorang sebenarnya sangat kaya, tapi Lorelai lari dari rumah sejak umur dia 15 tahun, semasa mengandung ke lepas dah lahirkan Rory. So diorang hidup berdikari lah gitu. Overall cerita mengisarkan relationships dan persekolahan Rory, dan yang penting relationship antara 2 beranak ni. 
Rory, now in her 30s, is hitting somewhat of a personal crisis in the revival. “It’s this idea of, you hit [your 30s], you did everything right—you went to college, you had the good grades, you worked really hard—and yet somehow life isn’t turning out the way you wanted it to turn out,” Sherman-Palladino said. “And because the world is changing [so quickly] I think that’s something a lot of very well educated [30-something] kids are going through. They’re turning around going, ‘I did it. I did the homework. I didthe finals. I did the whole thing. I know the s-t. Why am I not getting where I need to go?”
So me right now??

Gilmore Girls Revival starts 25 Nov. Ada 4 episodes, 90 minutes each. Harapnya ada peluang nak tengok nanti. 


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...