Sunday, September 25, 2016

1 Hari Jelajah Ipoh

Salam semua,

Siapa kat sini orang Ipoh, angkat tangan sikit? Dah habis jalan-jalan Ipoh dah? Selalunya orang yang duduk dekat tempat tu yang tak pernah jalan-jalan kat tempat dia sendiri kan. Atas alasan alah dekat je, kalau nak pergi nanti bila-bila masa boleh pergi. Sudahnya sampai ke sudah tak pergi kan? Hehe.

Samalah macam kami haha. Minggu yang Raya Haji tu kan cuti sekolah seminggu. Abang Haikal hari-hari mengingatkan kami, cuti sekolah cikgu suruh pergi jalan-jalan. 'Bawak mak abah pergi jalan-jalan' katanya. Terima kasihlah cikgu tolong ingatkan -__-; Atas pelbagai kekangan, weekend yang terakhir tu baru kitorang kelam kabut demi menunaikan hajat anak nan seorang ni nak berjalan.

Jadi kat sini sedikit perkongsian dari saya, kot ada yang datang jalan-jalan kat Ipoh nanti. Maaflah ada setengah gambar memang tak cantik sebab kamera tak berapa sihat.

1. Stesen Keretapi Ipoh

Kami keluar dah tengah hari masa ni. Pergi stesen keretapi sebab nak beli tiket keretapi ke KL sebenarnya. Tiket pulak dah habis. Alang-alang dah sampai, ambik gambar je lah sikit. Tak boleh lama-lama sebab panas sangat. 

Kami pun dah lama tak pergi sana. Dulu ada jugak pergi main bubble tapi malam lah. Dulu bila malam memang meriah dekat sini. Macam-macam ada orang berniaga bagi sewa roller blade, scooter, kereta control, basikal dan macam-macam lagi lah. Sediakan duit je barang segenggam dua hehe. Tapi sekarang dah tak ada tau. Depa pindah pi Padang Polo.

Tengok dataran depan stesen tu cantik dia buat hiasan taman. Tak pasti sempena apa. Bertentang dengan stesen keretapi tu Dewan Bandaraya Ipoh, pun cantik bangunan dia. Tepi Dewan pula Masjid Negeri Perak. Cantik! Kawasan ni memang sesuai lah buat tempat untuk photoshoot. Banyak bangunan menarik.

Belakang Dewan Bandaraya pulak dah siap Medan Selera Dato' Sagor yang baru. Mula beroperasi selepas raya haritu katanya. Tapi saya belum pernah pergi lagi yang baru siap renovate ni. Siapa yang nak mencari telur goyang yang famous tu bolehlah pergi cari kat sini ye.

Depan Stesen Keretapi Ipoh. Bangunan yang kelihatan kat belakang tu Dewan Bandaraya Ipoh.

Seronok sangat budak-budak ni berlari tengah panas.

'Dah dah cepat masuk kereta, demam nanti', kata seorang Abah.

2. Taman Kanak-Kanak (TKK)

Dari stesen keretapi kami pergi makan kat Taman Kanak-Kanak. Saya ni tak reti sangat nak bagitau tempat-tempat ni kat mana ke jalan apa. Sesat memanjang haha. Korang google map je ye. Tapi semua tempat yang saya pergi ni dekat-dekat je kaedahnya. Tapi dia dekat Gerbang Malam Ipoh tu tau. (Gerbang Malam sekarang dipindahkan buat sementara waktu ke tempat yang lain)

Kami makan biasa-biasa je nasi goreng, mi goreng macam tu je. Tak ada yang special sebab memang tengah lapar haha. Tapi orang kata ada cendol yang sedap kat sini. Itu saya kena interview kat Abang Veder balik mana satu kedainya.

Cuma sekitarnya cantik juga dan ada tempat budak-budak bermain, err sesuai dengan namanya Taman Kanak-Kanak lah. Hehe. Walaupun selalu kami pergi tak nampak sangat kanak-kanak pun haha.

Setelah kenyang.


Abang Haris yang sibuk nak pergi main dekat playground tengah panas hangat -_-;

3. Taman Rekreasi Gunung Lang

Lepas tu kitorang bergegas ke Gunung Lang pulak. Pertama kali jejak kaki ke sini. Rupanya dekat je. Area nak masuk highway Jelapang je. Pemandangan sangat cantik. Memang cantik. Kalaulah ada camera yang lebih bagus, mesti lagi best ambik gambar.

Saya ingatkan Gunung Lang memang tempat untuk panjat gunung haha. Rupanya ada tasik yang dikelilingi gunung je.

Taktau Hadi tu buat gaya apa.

Hadi -_-;

Ada bot juga tau.
 Ada bot juga yang bawak orang ke seberang. Seberang sana tu pun menarik juga. Katanya ada pondok-pondok cantik. Kalau pergi pagi-pagi kurang sikit panas bestlah untuk berkelah kot. Naik bot seorang dewasa RM3, kanak-kanak RM1.50. Tapi kami tak naik pun sebab ramai sangat orang. Agaknya sebab hari terakhir cuti sekolah, semua pakat rushing nak bawak anak berjalan macam kami gak -__-;

Lagipun Abang Veder esoknya pagi-pagi nak ke KL, abang Haikal pulak sibuk nak minum air. Jadi tak mampulah kami nak beratur untuk naik bot. 

4. Rojak N Cendol Padang Ipoh

Tadi dah memang berpanas tahap 7 petala langit, kami meneruskan perjalan mencari sesuatu yang sejuk di tempat yang sejuk. Terus kami zass ke Padang Ipoh mencari setitis air (ewah!). Berpatah balik ke area DBI.

Kami cuma order ABC dan air je tak makan pun. Kata percutian paling jimat kan haha. Tapi rojak dia dulu kami pernah dahlah makan. Pada saya not bad lah rasanya. Saya bukanlah peminat rojak. Tapi Abang Veder memang suka makan kat sini



Mural art yang cantik kan. Bangunan sebelah sana tu ada gambar
pakcik minum kopi tapi saya tak ambiklah gambarnya.

Budak-budak yang sentiasa bertenaga. Mama dengan Abah macam nak pengsan dah.

ABC Special



 5. Padang Polo

Okay Padang Polo ni sebenarnya kami pergi Sabtu malam sebelum jalan-jalan yang kat atas semua ni. Tapi okay jer kalau korang larat dan nak round sampai ke malam terus.

Seperti yang saya cerita kat atas, kemeriahan malam yang dulu ada kat stesen keretapi sekarang dah pindah ke sini. Saya rasa lebih baik lah berbanding kat stesen keretapi dulu. Sebab kawasan sini lebih luas, so kurang sikit crowdednya. Lebih selamat sikitlah. Kalau tak dulu nak jalan pun macam takut kena langgar dengan basikal ke skuter ke. Dan yang penting dia ada playground, jadi budak-budak boleh dibusykan dengan main taman, tak perlu nak sewa mainan banyak-banyak hehe. 

Kalau korang nak datang jogging dan work out pun boleh je. Dekat situ pun ada food court, lepas jogging bolehlah topap apa yang patut haha. Lepas main, kami terus balik sebab pehnattttt..


Main bubble yang lebih selamat dan ekonomikal hehe.


Deretan belakang sanun adalah food court. Banyak kedai makan dia. 
Okaylah setakat ni saja. Mehlah jalan-jalan kat Ipoh ye.

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

6 comments:

  1. Replies
    1. Alhmdulillah rezki masa n kesihatan mengizinkan. Bandar Ipoh pun cuma berapa minit dr rumah hehe.

      Delete
  2. ingatkan kat penang ja ada padang polo hehehe

    ReplyDelete
  3. bila panas camni rasa nak pi cameron ja...hehe

    cendol dan abc memang best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cameron mesti ramai org kan cuti sekolah. Saya lbh suka mkn eskrem!

      Delete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...