Thursday, September 1, 2016

Merdeka dan Zika?

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Salam Merdeka semua. Bagaimana dengan sambutan hari kemerdekaan tahun ni? Sambutkah atau menikmati detik-detik cuti yang berharga di rumah hehe? Alhamdulillah kami sekeluarga sambut hari kemerdekaan dengan menyertai hari sukan tabika Kemas Zon Pengkalan yang berlangsung di Kuarters TUDM. Hari yang istimewa untuk Abang Haris. Walaupun ada adegan tangis menangis mula-mula tu, tapi Alhamdulillah semua berakhir dengan baik.

Zika!

Habis tajuk merdeka. Tak nak ulas lanjut lagi. Sebab ada yang lebih memeranjatkan iaitu virus Zika yang nampaknya semakin dan sangat dekat dengan kita! Dah sampai Malaysia pun. Allahu..


Apakah virus Zika?

Demam Zika adalah penyakit virus yang disebarkan oleh nyamuk yang membawa virus Zika (ZIKV).

Ia disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu vektor yang sama bagi demam denggi.

Penyakit ini menunjukkan tanda-tanda yang menyerupai demam denggi seperti demam, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala, konjuktivitis serta ruam.

Di Brazil, ia dilapor terdapat peningkatan kelahiran bayi yang mengalami sindrom mikrosefali (microcephaly) atau otak kecil dan buat masa ini belum lagi diketahui penyebab sebenar kejadian tersebut.

Namun, mereka percaya kecacatan ini mungkin ada kaitan dengan wabak Zika.

Boleh dirawat?

Pada masa ini tiada vaksin untuk mencegah daripada jangkitan dan tiada ubat khusus untuk merawat penyakit Zika.

Menurut WHO, mereka yang dijangkati dinasihati untuk minum air dengan kuantiti yang banyak serta merawat kesakitan badan serta demam dengan ubat-ubatan yang biasa.

Langkah-langkah pencegahan
Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang dikemukakan oleh KKM;

1. Elakkan dari gigitan nyamuk dengan memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang, menggunakan repellent (bahan untuk mengelakkan/menangkis nyamuk pada kulit yang terdedah) dan tidur di tempat yang berkelambu.

2. Elakkan daripada melakukan aktiviti luar sepanjang tempoh waktu puncak gigitan nyamuk aedes ini, iaitu beberapa jam sebelum senja dan selepas subuh.

3. Sekiranya terdapat individu yang menunjukkan tanda dan gejala penyakit ini semasa berada di negara dijangkiti atau setelah pulang ke Malaysia, maka segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr.Noor Hisham bin Abdullah berkata KKM akan terus mempertingkatkan pemantauan kejadian jangkitan virus Zika di Malaysia.

Malah, agar orang ramai juga dinasihati untuk mempertingkatkan aktiviti mencari dan memusnah bagi mengurangkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan rumah masing-masing dan persekitarannya.

Sumber: Laman web Astro Awani



Maha Suci Allah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu, betapa lemahnya kita sebagai hamba. Dengan sekecil-kecil nyamuk kita boleh tumpas begitu sahaja. Sungguh setiap kejadian, Allah nak kita sedar akan kekuasaanNya. Wallahu'alam. Apa pun, take care semua. Jaga diri baik-baik ya.


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

5 comments:

  1. kadang kadang terfikir bagaimana boleh wabak ini boleh tersebar melalui nyamuk aedes...

    dan sebelum ini pernah dengar kajian mengenai nyamuk yang sudah disuntik dengna sesuatu vaksin untuk apa tak ingat...

    adakah dari tangan-tangan manusia yang merosakkan muka bumi ini....

    wallahu'alam

    ReplyDelete
  2. repellent helps! pernah kena tidur dalam kereta dan pakai repellent, alhamdulillah tak kena gigit nyamuk.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  3. ada satu pelekat tu, boleh letak kt pakaian,, dia mengeluarkan wangian mmg nk halau semua jenis nyamuk gigit kita.. bagus untuk pencegahan nyamuk gigit..

    ReplyDelete
  4. risau sangat. sekarang ni macam2 wabak ada kan.

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...