Wednesday, August 17, 2016

Dos Ubat Demam Untuk Kanak-kanak


Salam semua,

Saya ada satu Whatsapp group kawan-kawan satu batch sekolah menengah ni. Memandangkan sekolah tu semua perempuan makanya ahli-ahli dalam group tu pun semua perempuan lah kan. Yang satu tika dulu kami sama-sama membuat onar di sekolah masing-masing dengan pelbagai perangai, sekarang hampir semuanya dah jadi mak-mak orang. Selain daripada topik tudung, barang make up, perkembangan anak-anak, topik kesihatan anak juga antara yang paling hot dalam group kami. Lagi pula dalam tu ada ramai doktor dengan ahli farmasi kan, makin galaklah kami mendapatkan consultation free dalam tu he he he.

Soalan paling hangat yang biasa dia tanya adalah, berapa ml nak bagi ubat demam pada anak? Then minta tolong doktor ataupun pharmacist tolong kira. Jadi kelmarin saya cadangkan apa kata kalau kita buat satu jadual dos ubat demam ikut berat badan anak, lepas tu kita buat sebagai group punya profile picture hehe. Alih-alih semalam ada kawan pharmacyst tolong bagi formula dan cara kira dos yang betul. Jadi saya terus key in saja dalam Excel maka terhasillah ia. 





PCM 120mg/5ml selalunya yang warna merah, PCM 250mg/5ml selalunya warna oren, kalau tak silap sayalah.Kena tengok label pada packaging ubat betul-betul ya. Betul ke abang kakak farmasis sekalian? Dos minimum, dos maksimum tu faham kan? Contoh kalau anak kita berat 10 kg, dan ubat PCM yang kita nak beri yang 120mg/5ml, kita kena bagi paling kurang 4.2ml untuk ubat tu berkesan. Tapi jangan lebih dari 6.3ml. So any figure between that should be ok. Ini sebegai rujukan tau. Kalau demam berlarutan atau terdapat juga symptom lain, eloklah dibawa ke klinik cepat ya. Sekarang ni bahaya macam-macam penyakit berjangkit yang timbul.  

Yang penting kena yakin, yang mengurniakan kesihatan, kesakitan dan kesembuhan hanya Allah jua. Akhir kata saya doakan anak-anak kita semua sihat sentiasa dibawah lindunganNya hendaknya. Buat ibu-ibu (dan bapa juga) bertabahlah dalam menjaga anak-anak yang demam atau tak sihat, inshaAllah besar pahalanya. Semoga anak kita menjadi anak yang ingat pengorbanan ibu-bapa dan sentiasa mendoakan kita kelak. Kita pun haruslah sentiasa mendoakan ibu-bapa kita juga kan. 

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

3 comments:

  1. betul dah tu.. cuma kalau budak demam selalunya straight kita bagi dose paracetamol 15mg/kg..

    so, kalau berat badan budak 20kg,

    jumlah mg paracetamol yang diperlukan
    = 20kg x 15mg/kg
    = 300mg

    so, kalau pakai paracetamol sirap yang kepekatan 120mg/5ml, isipadu (ml) yang diperlukan
    = 300mg / 120mg x 5ml
    = 12.5 ml (isipadu maximum kalau ikut jadual tu)

    pesan lecturer saya, kalau anak demam tak teruk sangat (panas sikit, boleh tahan lagi, tak de sampai muntah2, sawan, dsb..) tgh malam, boleh je bagi panadol (paracetamol) dulu untuk mlm tu.. kalau esok tak hilang, baru jumpa doktor. sama la kes kalau orang dewasa demam pun..

    tujuan dia, waktu malam2 macam ni hospital buka 24 khas untuk kes2 emergency. kalau kita demam sikit pun dah nk pi hospital tgh2 malam, kesian kat org yg lebih emergency yg mungkin lmbat dapat perhatian sbb kita yg sakit sikit2 ni pi "buat ramai" kat sana..

    department hospital yg buka malam2 tu nama dia A&E department (Accident n Emergency).. kalau takat demam sikit2 tu, bukan emergency.. pastu dapat servis lambat buat viral plak.. hmm.. ni yg nk marah nih.. hehehe..

    eh, terpanjang plak.. patut buat entri ni.. heheheh.. ok bye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. todia panjang lebar penjelasan abang pha is! tima kasih yer.. betul tu sekarang ni orang suka benor viral memviral..prubsn pn selalu kena tau atas sbb yg sama juga.demam sikit lps tu pegi masuk ward pastu GL tak approve pastu marah kita huhu

      Delete
    2. hahaha.. kita senasib.. hehehe

      Delete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...