Monday, July 4, 2016

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan Syukur


Assalamualaikum semua,

Sedar tak sedar, ramadhan sekali lagi bakal meninggalkan kita.. Sedih rasanya. Sedih sebab banyak yang tak dapat dilaksanakan sedangkan esok sudah hari terakhir berpuasa insha Allah.. Alangkah ruginya! Apa pun mesti syukur atas nikmat usia yang Allah kurniakan. Semoga Allah terima apa juga amal ibadah yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan. Semoga dengan berkat amalan dan rahmat dariNya, amalan kita bukan saja terhenti setakat di bulan Ramadhan, malah supaya dapat dipanjangkan ke bulan-bulan yang lain jua hendaknya. Dan semoga dipertemukan dengan Ramadhan tahun hadapan inshaAllah amin..

Bagaimana dengan persiapan menyambut 1 Syawal? Moga dipermudahkan hendaknya. Nasihat saya, syukurlah. Walaupun hari raya saya kira memang sepatutnya hari yang kita sambut dengan gembira dan riang raya, namun pasti ada juga yang bersedih atas sebab-sebab yang tersendiri. Lagi pula kita ni dah macam jadi satu adat, bila tiba bulan Ramadhan dan menjelang Syawal ke, rancangan TV kebanyakannya yang sedih-sedih. Macam menggalakkan orang yang untuk bersedih pula di hari raya.

Memanglah pasti ada yang tak dapat lari dari kesedihan menjelang syawal, contohnya:
  • Mereka yang terpaksa beraya jauh dari yang tersayang
  • Anak-anak seorang pun tak balik beraya
  • Mereka yang baru kehilangan yang tersayang
  • Mereka yang kurang berkemampuan untuk beli kelengkapan raya untuk anak-anak
  • Mereka yang dilanda kesusahan seperti musibah kebakaran
  • Nak balik kampung tapi tiket bas dah habis
Malah ada juga yang sedih atau stress atas sebab-sebab seperti:
  • Kalah dalam perebutan nak balik kampung suami atau isteri
  • Baju raya yang ditempah tak siap atau baju raya terbakar masa iron (ini memang menangis)
  • Kuih raya yang ditempah tak sedap atau hancur semua masa pos
  • Tak jumpa cari tudung raya yang matching dengan baju
Dan pelbagai lagi lah. Sungguh kita diuji dengan pelbagai cara. Malah semua permasalahan ini bukan saja berlaku menjelang raya, malah bila-bila masa saja Allah bagi kita ujian. Jadi mengapa dan kenapakah bila nak raya saja kesedihan-kesedihan ni macam overly digembar-gemburkan? Sekali lagi saya terpaksa salahkan stesen TV hehe.



Bertabahlah buat mereka yang diuji. Berat yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Oleh itu untuk kita yang ujiannya cuma sekelumit cuma ni, syukurlah. Syukurlah pada Allah. Takkanlah sebab bekas kuih raya rumah jiran lebih cantik dari bekas kuih raya kita pun, kita nak stress (ini contoh, contoh tipu takpe senior saya kata he he). Hilang nanti nikmat hari raya. Sayang kan..

Kuncinya syukurlah. Walau apa pun ujian yang melanda, semasa raya atau pun bukan, berlapang dadalah. InsyaAllah. Segala apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Kalau kita sabar, inshaAllah, syurga Allah menanti kita. Dalam syurga nanti mintalah apa saja inshaAllah. Allah itu ada.

Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dari saya dan keluarga. Hati-hati memandu. Semoga Allah lindungi kita semua. Amin.


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com 012-2961984 / 012-7645998

5 comments:

  1. Mmg betul, syukur kuncinya. Jika kita melihat ke atas mmg menderita hati tu, cuba lihat ke bwh, lihat kpd yg lbh susah.

    Salam aidil fitri, mzb.

    CikSiti tak balik teganu ke?😉

    ReplyDelete
  2. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri jugak dari kami di http://tuppieshop.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya.....kak siti

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya ..tak terlambat lagi rasanya kan..he

    ReplyDelete
  5. syawal ada lagi kan skrang ? hehe.. salam aidilfitri Kak Siti hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...