Thursday, July 28, 2016

Keamanan Malaysia Yang Makin Hilang

Salam semua.

Apa khabar? Harapnya agar semua berada dibawah lindungan dan rahmatNya selalu. Rasa macam dah lama benar tak update blog ni. Semoga usaha kecil saya menyampaikan sepatah dua kata melalui blog ini masih memberi manfaat buat yang membacanya. 

Sebenarnya saya bukan saja setakat tak update blog, Facebook dan segala media sosial pun tak sempat rasanya saya nak menjengah. TV apatah lagi. Tinggallah saya jadi macam katak dibawah tempurung, segala perkembangan dunia yang terkini hanya samar-samar.

Alhamdulillah juga dengan perjalanan ke tempat kerja sehari-hari yang mengambil masa sejam pergi dan pulang. Sedikit sebanyak dapat juga tahu info-info terkini melalui corong radio dan Alhamdulillah setiap pagi dapat dengar motivasi pagi di IKIMfm.


Maka pagi ini saya terdengar highlight berita terkini yang mana salah satunya menceritakan kes tembakan di setapak. Terdetik di hati saya 'Wahhh Malaysia sekarang dah jadi macam Mexico gayanya'. Masakan tidak, tembakan terbuka berleluasa. Keamanan semakin hilang bukan. Tidak cukup dengan rompakan. kecurian. gangster jalanraya, keganasan rumah tangga.. dan sekarang tembak menembak pula. Semuanya kalau tidak kerana wang, kerana dendam. Begitu mudah manusia terpedaya dengan tipu daya dunia, hingga nyawa bagai tiada nilainya.

Dan terfikir juga saya.. di sebalik segala keganasan yang semakin berleluasa dan merobek keamanan negara, pasti ada pihak yang menangguk faedahnya. Bagaimana bahan senjata api begitu banyak berleluasa? Takkan pula ada dijual di Tesco mahupun pasar malam. Pasti ada yang menyeludup dan mengedar. Maka mereka semakin kaya, negara pula makin huru-hara.

Sebenarnya sipi-sipi saya teringat dengan satu requirement berkenaan hubungan kait perlombongan dan terrorism. Tapi maafkan saya tak dapat ingat sepenuhnya. Lagipun itu sudah agak terkeluar tajuk kan. Nantilah saya cuba ingatkan balik.

Mengulas dan menulis panjang saya tahu tiadalah memberi impak sedikit pun, apatah lagi boleh mengurangkan kadar keganasan yang berlaku di mana-mana sekarang. Sebagai insan yang tiada kuasa, apa sajalah authority yang kita ada kan. Namun sebagai ibu dan seorang ahli masyarakat, mungkinlah kita boleh berdoa mohon padaNya agar anak-anak dan kaum kerabat kita dijauhkan daripada menjadi mangsa atau pemangsa kembali. Didik dan doa agar anak-anak kita dijadikan insan-insan yang soleh dan menjadi tunggak negara kelak. Dan semoga Malaysia kembali aman. Bukankah doa itu senjata buat kita?

Wallahualam..

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

2 comments:

  1. Nyawa dah macam tiada nilai. Mudah sangat diragut. Moga kita semua dijauhkan daripada sebarang kecelakaan.

    ReplyDelete
  2. menakutkan sungguh skrang ni.. always doa minta perlindungan Allah SWT.. semoga kita dilindungi sentiasa..

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...