Thursday, June 23, 2016

HOW WALLETS DEFINE YOUR PERSONALITY

Salam semua=))

Apa khabar you all semua? Semakin sihat walafiat hendaknya berkat bulan Ramadhan yang mulia ni. Ramadhan pun dah semakin hampir meninggalkan kita kan.. Sekejap je masa berlalu. Apa? Ada yang dah siap shopping untuk raya? Alhamdulillah.. He he he. Bagi yang belum masuk gaji, masih kosong dompetnya maka tunggulah sekejap lagi ye. Sabarrrr itu sebahagian daripada iman. Penuh sekejap lepas tu kosong balik he he he.. Betul ke..

Bercakap mengenai dompet, teringat pula pada dompet kesayangan saya yang sudah hilang entah ke mana. Lama tau saya guna dompet tu 12 tahun kot! Dompet kulit ELLE panjang warna merah. Beli masa tahun pertama saya di Jepun, dekat Okayama Ichibangai tahun 2004. Dompet tu pernah hilang sekali masa saya duduk di Osaka, Alhamdulillah nasib baik ada abang Jepun yang kacak tolong ambil dan serahkan pada polis. Panjang jodoh saya..dengan dompet tu lah! Bukan dengan abang Jepun ha ha. Tapi akhirnya kecundang juga apabila akhirnya sekali lagi telah hilang mungkin ada yang 'terambil' di surau RnR Sungai Buloh.. Sob sob tinggal kenangan..

Yang dah lepas biarkan berlalu, sekarang teringin saya nak kongsi satu artikel tentang dompet dan personaliti kita. Betul ke? Mana tau ada yang mengena he he.

How Wallets Define Your Personality

Tahukah anda bahawa mengikut kajian pemilihan wallets anda dan cara anda menyusun wang dalam wallets boleh memberikan gambaran mengenai personality anda? Well, mungkin kajian ini bukanlah 100% tepat, jom kita lihat kebenaran kajian pakar psikologi tersebut berdasarkan tempat anda menyimpan wallets atau jenis wallets yang anda gemari;

1.      Dekat pada anggota badan
-          Individu jenis ini amat mementingkan hubungan dan sentiasa menjaga barangan-barangan peribadi mereka.

2.      Di dalam poket
-          Individu-individu ini berasa mereka mempunyai perkara yang lebih penting berbanding nilai wang mereka. Individu jenis ini juga seorang yang berdikari.

3.      Menggunakan money clip
-          Mereka sentiasa berfikiran bahawa wang ringgit adalah mudah untuk dimiliki. Individu jenis ini majoriti kuat bekerja dan meggemari bidang pelaburan.

4.      Menyimpan wang kertas bersama syiling
-          Individu jenis ini adalah mereka yang berfikiran bebas dan sentiasa melakukan perkara yang baru dalam kehidupan.

5.      Menyimpan duit di 2 atau 3 tempat berlainan
-          Mereka sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan dan seorang yang berhati-hati.

6.      Mempunyai simpanan yang besar yang tersembunyi
-          Mereka adalah orang yang mementingkan diri sendiri dan lebih gemar menghabiskan masa seorang diri tanpa perlu memikirkan hal orang lain.

7.      Menyusun wang kertas mengikut nilai
-          Individu jenis ini adalah mereka yang ‘perfectionist’ dan cerewet. Namun, hidup mereka lebih teratur dan kurang berhadapan dengan masalah.

8.      Tidak menyusun wang kertas mengikut nilai

-          Mereka lebih gemar mengikut gerak hati sendiri. 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya suka susun duit ikut nilai. Perfectionist kah saya? Hurmmmm..Biar saya saja yang tahu ha ha ha.. So anda yang mana satu?

7 comments:

  1. Hehheh, akak jenis suka campur je, dompet satu ruang je. So ada yg tepat, ada yg tak, sbb akk jenis takut nk lakukan perkara baru.

    ReplyDelete
  2. husna 5 & 7..hahaha..
    siap betulkan ikut kedudukan dan juga depan blakang..:D

    ReplyDelete
  3. Tapi rasa kakak kalau org perempuan biasa memang susun ikut nilai dan compartment yg sesuai. Nampak kemas dan selesa kan..

    Selamat Hari Raya dari kakak.

    ReplyDelete
  4. Kalau saya, saya ada 'card holder' je, yang macam buku kecik simpan2 kad tuu. :D syiling masuk poket, notes pulak selit2 dalam card holder. Basically, gaya macam saya takde wallet.

    ReplyDelete
  5. 5---8--- kena bersedia di saat kecemasan.

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...