Wednesday, May 25, 2016

KENAPA RAMAI WANITA MEMILIH UNTUK BERHENTI KERJA?

Dilema Ibu Bekerja

Menjadi dilema bagi setiap ibu berkerjaya antara kerja dan keluarga. Saya pun merasakan yang sama sejak dulu lagi. Apakan daya tuntutan kewangan menyebabkan saya terus bekerja. Tapi saya rasa tak kurang ibu-ibu yang walaupun bekerjaya, memiliki ijazah malah ada yang berkelulusan dari luar negara, memilih untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Jangan tak percaya kawan sekolah saya sendiri yang seorang doktor pun dah berhenti tau.

Punca Ibu Memilih Untuk Berhenti Kerja

Kenapa agaknya ye? Kalau diikutkan banyak punca dan sebab mengapa ibu bekerjaya memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Malah ada juga sebab-sebab terpencil mengikut keadaan setiap ibu dan keluarga.

Tuntutan Tanggungjawab Terhadap Keluarga

Pada saya wanita bekerja ni, sementelah jadi ibu terutamanya, tanggungjawab sangat banyak. Selain tuntutan di tempat kerja, keperluan keluarga juga kebanyakannya masih perlu digalas oleh ibu. Menjaga anak, memasak, mengemas rumah, penjagaan kesihatan anak-anak dan sebagainya. 

Yang mana kadang-kala tuntutan keluarga sebegini menyebabkan ibu-ibu tak dapat fokus sepenuhnya pada kerjaya. Maka timbullah masalah sebagai seorang pekerja, terpaksa ambil cuti untuk jaga anak contohnya. Kadang-kadang kena masuk kerja lambat, atau pulang lebih awal untuk ambil anak. 

Penilaian Prestasi Di Tempat Kerja Kurang Baik

Kalau dapat majikan yang memahami, alhamdulillah, kurang sikit tekanan. Tapi selalunya setiap tempat kerja ada polisi nya yang tersendiri. Kalau pekerja yang selalu ada masalah kedatangan macam ni selalunya akan mendapat penilaian yang rendah. Penyudahnya kenaikan gaji rendah dan susah nak naik pangkat.

Bila dapat penilaian rendah dari pihak majikan, rasa tak gembira dan tekanan mesti ada. Yelah kita penat-penat bekerja tapi tak mendapat imbuhan yang sepatutnya hanya disebabkan kita perlu fokus pada keluarga berbanding kerjaya. Ini yang pada saya salah satu sebab penyumbang golongan ibu memilih untuk berhenti kerja.

Faktor Kewangan, Kos Yang Tinggi

Biasanya orang akan teragak-agak untuk berhenti kerja sebab tuntutan kewangan dan keperluan membayar pelbagai hutang, Kalau tak kerja tak ada duit, tapi kalau kerja pun sebenarnya habis juga banyak duit. Nak bayar kos upah orang atau taska mengasuh anak lagi, minyak kereta dal tol lagi. Sudahnya sebahagian besar gaji ibu-ibu habis sebagai kos untuk keluar bekerja. Jadi ada juga yang memilih untuk lebih baik duduk di rumah, jaga anak sendiri. Walaupun hanya tinggal mata pencarian suami, memilih untuk hidup biasa-biasa dan tengok anak membesar di depan mata.

Demi Menjaga Anak-anak

Dan saya rasa dilema terbesar ibu bekerja adalah tak cukup masa dengan anak-anak. Terkadang tu rasa macam cepatnya budak-budak ni membesar sedangkan kita tak dapat menikmati sepenuhnya setiap detik pembesaran mereka. Sayangnya.. Perasaan nak mendidik anak dengan usaha sendiri, nak bagi anak-anak membesar dengan makan hasil air tangan ibu sendiri pasti ada bagi setiap ibu kan. Yelah kadang-kadang ibu yang bekerja mana nak sempat masak sangat. Melainkan ibu yang betul-betul gigih bangun memasak pukul 4 pagi. Ibu yang begini memang saya salute sangat. Hebat!

Setiap Ibu Adalah Hebat, Bekerja Mahupun Tidak!

Apa pun saya pasti, setiap ibu yang memilih untuk terus bekerja mahupun yang mempunyai kekuatan untuk berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa, mereka pasti ada alasan yang tersendiri. Setiap pilihan pasti dibuat setelah memikirkan pro dan kontra dan memilih yang terbaik untuk diri sendiri, anak-anak dan keluarga.

Lagipun sekarang ni dah banyak pilihan untuk menambah pendapatan. Sekarang dunia di hujung jari, nak jalankan perniagaan dari rumah pun boleh sangat. Malah ada ibu yang memperoleh pendapat yang lebih dengan berniaga dari rumah berbanding dengan semasa bekerja di luar. Hebat kan.
Dan bagi ibu-ibu yang memilih untuk terus bekerja dan dapat menyeimbangkan antara tuntutan kerja dan keluarga seikhlas hati, anda cukup hebat! In sha Allah setiap kita pasti mendapat balasan atas setiap yang kita kerjakan walau sebesar zarah. Saya ada terbaca artikel yang menulis tentang mencadangkan waktu kerja fleksibel bagi ibu-ibu untuk support ibu yang bekerja, maaf saya lupa sumbernya. Tapi saya kira, negara kita masih jauh lagi untuk ke arah itu. Maka berusahalah! Hehe.

Akhir kata saya doakan yang terbaik buat ibu-ibu semua,, bekerja atau tidak, semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat. Dan semoga syurga jualah pengakhiran buat kita amin.

10 comments:

  1. semua psti ada sbb kan kak..
    buat partime pun ok juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups most orang dah ada kerja tetap pun buat part time..n ada yg memang hobi dia buat kerja part time

      Delete
  2. sy tag ...http://youismysoul.blogspot.my/2016/05/giveway-topup-by-nurrul-2.html

    ReplyDelete
  3. ayat last paling best: mendoakan para ibu kerja atau tak, dipermudahkan urusan. aamiin!

    ReplyDelete
  4. Pernah juga cita-cita nak stay at home mom ni mungkin terniat tu Alhamdulillah.. tapi biasa la cita2 bertukar nak berbusiness pula..mmm :) tetapi betul tanggungjawab ibu tu untuk anak-anak. Moga dipermudahkan..

    ReplyDelete
  5. Tulah Siti....mak pun pernah bekerja 4 tahun lepas, betullah tu, bila anak anak menjadi keutamaan, kerja pun dah tension nasiblah tak berhutang sangat dan kebanyakkannya suami boleh top up tu yg jadi berhenti tu. Nak kata suami gaji besar pun tak jugak... cukup cukup makan ajelah .... alhamdulilah seadanya. Betul tu rezeki milik Allah

    ReplyDelete
  6. haaa patutla 2,3minggu lepas kita pegi rumah lama berkunci..dah pindah rupanya huhu..

    ReplyDelete
  7. Bekerja atau tidak tugas ibu ni mulia kan..kebanyakan berhenti sbb nak jaga anak rasanya.tak ke satu pengorbanan untuk keluarga kan..rezeki tu Insyaallah cukup tak perlu byk kan

    ReplyDelete
  8. teringin nak berenti...tapi keadaan belum mengizinkan...bertabahlah ibu-ibu semua...

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...