Monday, April 25, 2016

BERGANTUNG 100% PADA ALLAH

Assalamualaikum,

Saya nak kongsi sedikit daripada apa yang dikongsikan oleh leader saya minggu lepas.

Apabila Dr. Zakir ditanya, macam mana beliau boleh hafal begitu banyak dalil, ini jawapannya:
1) Bergantung 100% pada Allah
2) Berusaha bersungguh2
3) Barulah cari teknik2 yg boleh meningkatkan daya hafazan

Walaupun dalam soalan asal bertanyakan bagaimana cara menghafal hadis, tapi sebenarnya jawapan beliau adalah sangat boleh diaplikasikan dalam apa juga segenap kehidupan kan. Seingat saya masa sekolah dulu-dulu selalu sangat dengar, kalau nak mencapai kejayaan mesti USAHA, DOA & TAWAKKAL. Malah guru kita dulu ajar kena usaha dulu lepas tu, last sekali baru tawakkal. Jadi nampak contradict sedikit di situ dengan jawapan Dr Zakir dari segi susunannya bukan.

Bila dihayati balik, memang sepatutnya kebergantungan harus sepenuhnya diletakkan pada Allah. Setiap yang berlaku, setiap kejayaan mahupun kegagalan, kesakitan mahupun kesembuhan sesungguhnya adalah dengan izin Allah jua. Bahkan kalau Allah inginkan sesuatu itu terjadi amatlah mudah bagi Allah. Sedangkan segala aturan planet-planet di langit dan segala yang di bumi pun ditadbir oleh Allah, apatah lagi sekadar urusan harian kita insan yang lemah lagi kerdil ini. Sungguh amat mudah bagi Allah menetapkan segala sesuatu, atas izinNya jua.

Adapun begitu mestilah kita ni sebagai manusia kenalah berusaha untuk mencapai sesuatu yang kita hajati. Bukankah dunia ini adalah medan ujian buat kita. Keinginan kita juga satu bentuk ujian. Sejauh mana yang kita sanggup lakukan demi mencapai keinginan kita, cara bagaimana yang kita sanggup buat, cara yang baik atau sebaliknya juga menjadi parameter dalam ujian. Semuanya dinilai oleh Allah. Bahkan keputusan ujian kita pasti diberikan dengan tersangat adil. 

"Pada hari ini, tiap-tiap diri dibalas dengan apa yang telah diusahakannya; tidak ada hukuman yang tidak adil pada hari ini. Sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya." - Surah Ghafir ayat 17

Jomlah kita istiqomah, dalam setiap apa yang kita lakukan, bergantunglah 100% pada Allah kemudian usahalah sekuatnya. Semoga dapat juga dididik pada anak-anak. Wallahualam.

Friday, April 15, 2016

BIASAKAN YANG BIASA-BIASA

Assalamualaikum.

Pagi tadi dengar di IKIM, tajuk motivasi pagi hari ni: Biasakan yang biasa-biasa. Mesejnya perkara-perkara yang kita rasa macam biasa-biasa, tapi kalau kita biasakan buat, sentiasa amalkan insha Allah akan mendapat result yang tak kurang hebatnya.

Contoh yang Ustad bagi, katakan setiap pagi semasa hantar anak ke sekolah, sebelum dia melangkah turun dari kereta, cuba kita minta dia baca syahadah. Perkara yang biasa. Tapi biasakan buat setiap hari. Insha Allah kesannya bakal ada, harapan kita agar dikuatkan akidah anak-anak kita amin.

Istighfar. Memang biasa sangat dengar orang suruh istighfar. Bila rasa berdosa, istighfar. Bila marah istighfar. Bila terkejut, istighfar. Bila takda apa-apa pun sepatutnya istighfar. Sebagai penghapus dosa, penyejuk hati, pemurah rezeki, pendekat diri kepada Pencipta. Benda simple. Tak perlu pergerakan khusus, tak perlu suara yang lunak. Dalam hati pun boleh istighfar. Alangkah ruginya jikalau selagi nyawa masih dikandung badan, amalan biasa-biasa seperti istighfar pun tidak dibiasakan.

Wallahualam.

Monday, April 11, 2016

SAYA KEMBALI! BACK TO BASIC

Assalamualaikum semua=))

Selepas 2 bulan tak update blog, akhirnya saya kembali Alhamdulillah. Kali ini dengan alamat rumah baru, dan dengan nafas baru hendaknya in sha Allah. Barang yang lepas usah dikenang, harapkan dapat terus kembali menyokong tulisan yang tidak seberapa ini. 

Kini saya kembali dengan wajah yang tidak berapa, hanya back to basic. Sepanjang tempoh hibernasi saya, terkadang rasa banyak perkara yang saya nak kongsikan. Tapi bila difikirkan-fikirkan balik, kalau saya kongsikan rasa dan idea yang saya ada, what good does it make? Adakah memberi manfaat kepada yang membaca? Atau mudarat bahkan kepada diri saya sendiri?

Anyway, welcome back to me. Semoga istiqomah amin=))


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...