Wednesday, February 10, 2016

TIADA LAGI BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN (BPP)!

Salam semua=)

Pertama sekali, selamat menyambut Tahun Baru Cina bagi mereka yang menyambutnya. Semoga semua berjalan lancar dengan sambutan yang penuh gembira hendaknya. Bagi kami-kami yang menumpang cuti ni, Alhamdulillah cuti 4 hari dapat di manfaatkan sebaiknya bersama keluarga tersayang eherm eherm.

Berkenaan tajuk di atas (ewah! dah macam surat rasmi), ya sekarang dah tak ada lagi Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP). Bermula dari 1 Januari 2016, BPP telah ditransformasikan ke Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), sebuah badan berkanun. Saya dapat tau info ini sejak penghujung tahun lepas daripada kawan saya seorang peguam. Dah lama rasa nak kongsi info ni, hari ni baru termakbul.

Kenapa saya sibuk dengan BPP/LPPSA ni, walaupun saya bukan penjawat awam? Saya pernah mention dalam blog ni dulu berkenaan sedikit masalah pinjaman perumahan dengan BPP ni. Kali ni biar saya bagi sedikit pencerahan, mana tau berguna untuk orang lain yang ada masalah seakan sama. Arwah abah saya seorang bekas navy, buat pinjaman BPP pada tahun 1995, di atas tanah emak saya di Terengganu. Alhamdulillah rumah siap dan mula diduduki sekitar tahun 1996. Masalahnya sepanjang tempoh rumah didiami, kami tak pernah mendapat surat berkenaan bagaimana nak menyalurkan bayaran pinjaman. Jadi arwah abah saya tak pernah bayar, sebab tak tau nak bayar macam mana, dekat siapa. Perkara ini berlanjutan sehinggalah arwah abah meninggal dunia pada tahun 2000 akibat kemalangan. Selepas daripada itu barulah kami mula mendapat surat untuk menyelesaikan hutang pinjaman (pinjaman yang sepatutnya dibayar semasa arwah hidup), diikuti dengan ugutan lelong dan sebagainya. Emak saya membuat rayuan dan meminta untuk buat potongan pencen bulan-bulan bagi melangsaikan hutang tertunggak. Namun tak mendapat respons yang sepatutnya. Sehinggalah tahun 2015 tiba-tiba kami mendapat lagi surat akan dikenakan tindakan undang-undang dan diarahkan membayar sekaligus hutang berjumlah RM11,000++, kalau tidak rumah akan dilelong! Kami cuba lagi buat rayuan untuk buat potongan pencen, malangnya permohonan ditolak. Saya yang waktu itu kasihan dan tak mau mak saya susah hati, telah mengambil tanggungjawab terhadap kes ini. Maka kami bersetuju untuk membayar secara ansurans dalam tempoh 3 tahun. Jadi sebab inilah saya sibuk dengan BPP walaupun saya bukan penjawat awam.

Sejujurnya berurusan dengan BPP dulu.. ya Allah susah sangat. Telefon tak pernah angkat. Sehingga saya terpaksa minta tolong kawan yang ada kat Sungai Buloh untuk tolong bawa mak saya ke Putrajaya masa nak buat rayuan tahun lepas. Alhamdulillah nasib baik ada kawan tolong, saya susah dapat cuti masa tu. Lepas tu hantar pula surat rayuan secara pos berdaftar. Pun tiada respon. 

Jadi hari ni saya cuba layari website LPPSA, tengok perubahan apa yang ada. Boleh tengok seperti gambar di bawah ya.

BPP diganti dengan LPPSA



Semakan baki pinjaman BPP

Saya cuba buat semakan baki pinjaman melalui SMS, caranya masih sama seperti dulu. Cuma perkataan BPP ditukarkan kepada LPPSA. Dan Alhamdulillah baki pinjaman dah berkurang jadi RM3000++. Saya tak tau kenapa atau macam mana boleh berkurang, tapi SYUKUR ALHAMDULILLAH..

Nombor telefon LPPSA

Seterusnya saya cuba pula telefon pusat panggilan seperti di atas. Alhamdulillah nampak penambahbaikan yang sangat besar. Sudah ada sistem operator berdigital dan yang paling penting, waktu menunggu hanya lebih kurang beberapa minit dah boleh bercakap dengan khidmat pelanggan. Saya bertanya tentang cara buat bayaran melalui online banking, adakah masih sama. Jawapannya ya masih sama. Cuma dalam kes saya guna Maybank2u mungkin pihak bank masih belum update pertukaran nama BPP ke LPPSA. Bayaran dibuat masih lagi akan masuk ke akaun yang sepatutnya. Saya juga minta tolong semak status pinjaman arwah abah saya, dan minta tolong cek berapa coverage insurans MLTT rumah ni dulu. (Harapnya baki makin berkurang). Saya memang taktau apa-apa sebab masa bina rumah ni saya kecil lagi. Manalah nak tau huhu. Petugas yang jawab panggilan pun mesra, dan dia kata akan hubungi saya semula selepas dia semak fail arwah abah saya nanti. Harapnya janji ditepati.


Permohonan baru LPPSA

Ini pula sekadar info bagi yang sedang dalam proses permohonan pinjaman, bermula bulan 2 kena pakai borang atas nama LPPSA.

TRANSFORMASI BPP KE LPPSA MULAI 1 JANUARI 2016
  1. Penjawat Awam boleh memohon pembiayaan perumahan melalui laman sesawang LPPSA (www.lppsa.gov.my).
  2. LPPSA telah melantik Panel Peguam bagi menguruskan dokumen pembiayaan. Namun, sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak, peminjam boleh memilih untuk menggunakan khidmat Panel Peguam yang telah dilantik LPPSA ataupun peguam yang bukan panel bagi urusan dokumentasi tersebut.
  3. Penyerahan akhir dokumen pembiayaan: Mulai 1/1/2016, semua dokumen pembiayaan baru akan digunakan atas nama LPPSA. Namun begitu, dokumen pembiayaan yang telah disediakan atas nama Bahagian Pinjaman Perumahan sebelum tarikh tersebut boleh digunakan dan hendaklah diserahkan kepada LPPSA untuk diproses sebelum 31/1/2016. Semua pemohon tidak perlu memperbaharui dokumen pembiayaan sekiranya kesemua dokumen pembiayaan yang lengkap atas nama Bahagian Pinjaman Perumahan telah diserahkan sebelum 31/1/2016. Mulai 1/2/2016, hanya dokumen pembiayaan atas nama LPPSA akan diterima bagi semua permohonan baru.
  4. LPPSA akan melantik Panel Insurans baru. Semua permohonan pinjaman akan menggunakan Panel Insurans LPPSA yang akan dimuat naik di laman sesawang LPPSA (www.lppsa.gov.my) mulai 1 Januari 2016. PruBSN Takaful pon panel juga tau.

Secara kesimpulannya, pada pendapat saya peralihan BPP ke LPPSA telah menaiktaraf mutu perkhidmatan secara keseluruhan (setakat ini dan setakat pengalaman saya). Bagaimana dengan pengalaman anda pula? =))

12 comments:

  1. susah juga bila tiba tiba mai kata kena byr hutang trtunggak pdahl xtau saluran yg mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pon yui tiba2 je memang naiklah darah tinggi mak huhu

      Delete
  2. Semoga penambahbaikan berterusan dan memudahkan rakyat...

    ReplyDelete
  3. apa maksud trensformasi di sini ya?

    ReplyDelete
  4. adooiiii memang menyirap la bila tetiba mai surat kata tak bayar padahal masa awal tak nak update status. tapi lepas dah transform ni takde dah special rate untuk gov mcm dlu. sama je rate dgn orang awam sbb pakai loan bank.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah... banyak dah berkurangnya. Tu lah, moga setiap perubahan nama beserta dengan penambahbaikan sistem sama. Tinggal Pusat Pungutan Zakat la lagi.. harap ada penambahbaikan sistem dalam masa terdekat.

    ReplyDelete
  6. Berkebetulan, minggu depan saya akan hadir taklimat berkaitan dengan LPPSA ni, kalau berkesempatan akan update dalam blog.. ;)

    ReplyDelete
  7. Susahnya nak dapat feedback BPP tu. Lps tu response tak menggalakkan plk. Tabahnye, sis.

    ReplyDelete
  8. Kalau mampu, adalah lebih baik utk membuat pinjaman dgn bank untuk beli rumah. Jika tiada cadangan lain baru pergi mohon pinjaman perumahan kerajaan. Sebab skrg bukan senang utk dpt kelulusan.

    ReplyDelete
  9. Berikut adalah solusi terbaik untuk kebebasan finansial, membuat Anda 2017 tahun sukses dengan mengunjungi layanan pinjaman morgan christian di mana Anda bisa mendapatkan pinjaman untuk memulai bisnis impian Anda tanpa stres dan mendapatkan pinjaman Anda disetujui dalam waktu satu minggu .. Apakah Anda mencari pinjaman? Atau anda telah menolak pinjaman oleh bank atau lembaga keuangan untuk satu atau lebih alasan? Anda memiliki tempat yang tepat untuk solusi pinjaman Anda di sini! Kami memberikan pinjaman kepada perusahaan dan individu pada tingkat bunga rendah dan terjangkau dari 2%. Silahkan hubungi kami melalui e-mail hari ini melalui christianmorganloanservices@gmail.com

    DATA PEMOHON:

    1) Nama Lengkap:
    2) Negara:
    3) Alamat:
    4) Negara:
    5) Sex:
    6) Status Pernikahan:
    7) Bekerja:
    8) Nomor Telepon:
    9) Posisi di tempat kerja:
    10) Pendapatan Bulanan:
    11) Jumlah Pinjaman Dibutuhkan:
    12) Durasi Pinjaman:
    13) Pinjaman Bunga:
    14) Agama:
    15) Apakah Anda sudah menerapkan sebelumnya;
    16) Tanggal lahir;

    Terima kasih,
    Mrs Christian

    ReplyDelete
  10. Berikut adalah solusi terbaik untuk kebebasan finansial, membuat Anda 2017 tahun sukses dengan mengunjungi layanan pinjaman morgan christian di mana Anda bisa mendapatkan pinjaman untuk memulai bisnis impian Anda tanpa stres dan mendapatkan pinjaman Anda disetujui dalam waktu satu minggu .. Apakah Anda mencari pinjaman? Atau anda telah menolak pinjaman oleh bank atau lembaga keuangan untuk satu atau lebih alasan? Anda memiliki tempat yang tepat untuk solusi pinjaman Anda di sini! Kami memberikan pinjaman kepada perusahaan dan individu pada tingkat bunga rendah dan terjangkau dari 2%. Silahkan hubungi kami melalui e-mail hari ini melalui christianmorganloanservices@gmail.com

    DATA PEMOHON:

    1) Nama Lengkap:
    2) Negara:
    3) Alamat:
    4) Negara:
    5) Sex:
    6) Status Pernikahan:
    7) Bekerja:
    8) Nomor Telepon:
    9) Posisi di tempat kerja:
    10) Pendapatan Bulanan:
    11) Jumlah Pinjaman Dibutuhkan:
    12) Durasi Pinjaman:
    13) Pinjaman Bunga:
    14) Agama:
    15) Apakah Anda sudah menerapkan sebelumnya;
    16) Tanggal lahir;

    Terima kasih,
    Mrs Christian

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...