Wednesday, December 2, 2015

CHEMPELOKS BISTRO

Cerita minggu lepas. Saya temankan mak dan abah (mertua) melawat keluarga saudara yang meninggal dunia hari Rabu lepas. Kami sampi tengah hari, jenazah dah pun selamat dikebumikan. Tengok-tengok ada pula dijamu nasi makan tengah hari. Saya dahlah memang dah lama tak melawat kematian, jakun sekejap. Ingatkan trend sekarang kematian pun ada kenduri. Rupanya makanan tu disediakan oleh komuniti surau/kampung. Jadi taklah terbeban pula keluarga arwah kan. Walaupun memang belum makan dari pagi tapi rasa segan pulak nak makan. Kerja satu apa tak tolong takkan tiba-tiba nak makan.

Nasi ambeng Chempelok Bistro Ipoh
Nasi ambeng Chempelok Bistro Ipoh

Jadinya on the way balik kami singgah makan kat Medan Gopeng, Chempeloks Bistro nama kedai diberi. Chempelok ni bahasa jawa kalau tak silap maksudnya debab. Betul ke? Hihi.. Saya makan nasi ambeng, mengimbau kembali kenangan masa sekolah asrama kat JB dulu. Setiap hari Ahad pagi mesti ada mak cik amah jual nasi ambeng bungkus. Sedap sangat best in the world. Memang ternanti-nanti hari Ahad. Tapi kalau bangun lambat siaplah memang tak dapat beli sebab mak cik tu buat sikit je. Nasi ambeng ni ada ayam bakar, sambal tempe, sambal kelapa, kuah macam rendang sikit2 ke penyet tu kot, su un goreng, dengan kacang panjang dan sambal belacan. Sedapnya nyumssss..

Nasi ambeng Chempelok Bistro Ipoh
Nasi ambeng Chempelok Bistro Ipoh

Nasi ambeng kat sini tak bolehlah nak lawan nasi ambeng sejati kat JB nun kan. Su un dia ganti dengan mee goreng. Tapi rasa okay. Portion pun banyak sampai saya pun susah nak habiskan. Harga RM10++. Overall Nora bagi 4 bintang eh. Banyak lagi menu dia yang lain. Western food dia tengok banyak good feedback. Anyway TQ abah belanja makan hihi. You all boleh lah cari Chempeloks Bistro ni dekat FB page dan Instagram okay. Kalau datang Ipoh agak2 tak jumpa kedai, roger saya ewah. 

Okay thanks for reading. See u next time:))

Saya menyediakan khidmat nasihat berkenaan takaful.









10 comments:

  1. Mau kenyang sampai ke malam ni.. gulp

    ReplyDelete
  2. wow nampak menarik..area mana tu kena terjah nanti..hihi

    ReplyDelete
  3. bestnya nasi ambeng... lama tak makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah..saya pon last mkn zmn sekolah dulu

      Delete
  4. xtry lg.. yui ipoh pun xhbs jelajah..hahaha

    ReplyDelete
  5. Bagus lla kalau komuniti surau yang sediakan makanan.. Skrg kena terapkan macam tu... Kadang2 keluarga yang tengah bersedih tu yg nak kena masak...

    ReplyDelete
  6. huahuahua.. sedapnya.. jarang dapat makan nasi ambeng..
    tp CT suka su un lebeh huhu..

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...