Monday, November 23, 2015

ROMANTIKNYA!

Salam semua:))

Semalam tertengok cerita Aaron Aziz dengan siapa ye pelakon perempuan tu. Tajuk ceritanya Tuan Anas Mikhail macam tu lah.. Lama sungguh saya tak mengikut drama Melayu. Rasanya last saya tengok cerita Aaron dengan Siti Saleha tu back in 2012. Masa tu saya baru balik dari Jepun, masih full time housewife lagi. Adalah rasa sweet-sweet sikit. But now, rasanya akibat peningkatan usia kot, saya dah tak nampak sangat kat mana ke-sweet-an drama dia ni haha. Otak ni macam tak boleh terima hehe.

Anyway pagi tadi saya terbaca dalam tafseer kisah masa zaman sahabat dulu. Seorang wanita beranak satu telah berpisah dengan suami dia setelah beriman, sedangkan suaminya sangat bencikan Islam. Lepas tu adalah seorang jejaka tampan kaya gagah perkasa idaman wanita sejagat ni datang melamar wanita tadi. Sayangnya jejaka tersebut juga belum beriman, Abu Tahal kalau tak silap namanya. Maka wanita beriman ini menolak lamarannya seraya mempersoalkan pegangan si jejaka. Jejaka tadi tak puas hati, buat kali kedua melamar lagi dengan mahar yang lebih tinggi jumlahnya. Ditolak lagi lamarannya dengan soalan tidakkah si jejaka ni merasa terhina lantaran apa yang disembahnya itu hanya patung kayu yang diukir makah oleh seorang lelaki dari keturunan Habsyi? Kalau tak silap selepas tu si jejaka datang lagi melamar dengan mahar berlipat ganda. Setelah di challenge dengan soalan yang sama, barulah terbit rasa kepercayaan pada Islam. Maka lepas tu barulah mereka berkahwin.

Romantik kan? Ini barulah cinta kerana Ilahi, mungkin. Saya terfikir, pastinya wanita tersebut sangat rupawan dengan keperibadian yang tinggi. Kalau tak masakan seorang lelaki terbilang sanggup melamar berulang kali sedemikian kan..

Indahnya jadi wanita beriman. Amin....

*Saya cuma tulis balik apa yang saya ingat dan mengikut kefahaman saya. Mungkin ada khilaf di dalamnya saya pohon maaf. *

6 comments:

  1. Keperibadian sbg seorg muslimah berakhlak itulah yang memikat hati sesiapa saja.

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang baik...betul kak siti bila kita kejar akhirat dunia pasti datang dekat

    ReplyDelete
  3. adeh.. deman tuan anas sana sini..
    ceq xdak tv hehe..

    ReplyDelete
  4. lepas kawen kan kita dah tak rasa cite kat tv tu romantik dah. mungkin sebab suami kita dah lebih romantik dari cite kat tv tu kot. ehhhh!!! lariiiiikkkkkkk hahahahahaha :p

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...