Monday, August 31, 2015

6 TIPS PENTING SEBELUM MEMBELI INSURANS/TAKAFUL NYAWA

Sepanjang karier saya sebagai penasihat takaful, sebenarnya ramai juga saya jumpa orang yang sudah sedar yang insurans/takaful memang sesuatu yang penting. Ada juga yang katanya masih mencari-cari, produk atau syarikat yang terbaik bagi memenuhi keperluan mereka. Tak kurang juga yang kurang jelas berapa jumlah perlindungan yang patut mereka ada.
Jadi entry kali ni saya nak kongsikan tips-tips penting sebelum memilih insurans/takaful nyawa especially untuk mereka yang pertama kali nak membeli produk ni. Semoga dapat menjadi panduan sebelum membeli, dan mengelakkan kekecewaan akibat tersalah faham atau tersalah pilih produk.

  • FAHAM KENAPA ANDA PERLUKAN PERLINDUNGAN INSURANS/TAKAFUL

Walaupun semua orang macam memang akan perlukan insurans/takaful at some point dalam hidup, jangan pula anda main beli je sebab semua orang kata bagus kalau ada insurans/takaful.

Insurans/takaful nyawa ni dibuat untuk memenuhi keperluan kewangan keluarga bila berlaku kematian pasangan hidup atau parents. Perlindungan insurans/takaful boleh tolong bayarkan hutang rumah, hutang kereta, yuran kolej, bantu dalam persaraan dan sebagainya. Yang paling penting insurans/takaful memang satu elemen yang penting dalam perancangan harta. Pendek kata, lebih ramai tanggungan yang bergantung pada pendapatan kita, lagi patut kita consider untuk beli sekurang-kurangnya satu pelan insurans/takaful.

Walaupun anda masih belum berkeluarga, anda masih perlu consider untuk mendapatkan perlindungan walau dalam jumlah yang kecil, untuk masa depan. Sebabnya lebih muda usia anda, lebih murah.

  • PASTIKAN BERAPA JUMLAH PERLINDUNGAN YANG ANDA PERLUKAN

Berapa jumlah duit yang family anda akan terima selepas kematian anda, itu yang kita panggil manfaat kematian. Nak tau berapa banyak coverage yang anda perlukan? Boleh cuba cek guna online calculator kat sini contohnya. Nak senang selalu yang kami advice, berapa jumlah gaji anda sekarang DARAB 12. Jadi katakan selepas anda meninggal, dapatlah family anda meneruskan kehidupan macam biasa selama setahun. Setahun tu paling kurang. Kena tengoklah juga berapa hutang anda. Lagi banyak hutang, lagi banyak manfaat kematian yang anda perlukan.

  •     CARI JENIS POLISI YANG BETUL

Bila dah tau berapa jumlah yang anda perlukan, bolehlah cari jenis polisi yang sesuai dengan keperluan anda. Boleh pilih nak amik polisi ‘term life’ untuk harga lebih murah, atau permanent life untuk dapatkan perlindungan yang lebih komprehensif.
  •       LIHAT KUALITI SYARIKAT INSURANS/TAKAFUL


Kekuatan sesebuah polisi insurans/nyawa juga bergantung pada kekuatan syarikat yang provide polisi tu. Pastikan anda memilih company yang reliable, yang masih boleh wujud in case nanti apa-apa terjadi pada anda suatu hari kelak.





  •       DAPATKAN NASIHAT PROFESIONAL

Penasihat kewangan professional boleh membantu anda melihat secara keseluruhan keperluan kewangan anda dan keluarga.

  •       TAMBAHKAN VOCABULARY

Bagi yang tak biasa memang susah sikit nak fahamkan semuanya tentang insurans/takaful apatah lagi perkataan macam premium, sumbangan, wasi dan sebagainya. Jadi belajar sedikit sebanyak perkataan-perkataan yang biasa digunakan dalam insurans/takaful mungkin boleh membantu anda dalam memilih perlindungan yang sesuai untuk anda dan keluarga.

Siti Sharini
PruBSN Takaful
012 296 1984

Lazada Malaysia

16 comments:

  1. diri sndiri ada tp tak taw laa apa yg parents cover.. -.-'

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai husna=))

      bagus dah ada ins tapi kena cek tu apa yg cover apa yg tak ye

      Delete
  2. salam singgah
    dah 3 hari cuti sempena merdeka ni..mcm malaih je nak mai keje hehe

    ReplyDelete
  3. Yayyy kita jd followers ke 200 <3

    ReplyDelete
  4. dulu time lagi muda mak ayah lew yang uruskan..
    skrang dah besaq kena fahamkan sendiri.. hehe.. sbb sendiri da uruskan..

    ReplyDelete
  5. Setiap tahun beli insurans AIA RM30 tu :)

    ReplyDelete
  6. setuju..kena cari info dan tambah vocabulary kewangan..sebab saya sendiri makin berminat saya sendiri menjadi agent takaful dan unit trust.memang banyak utk dipelajari dan makin hari makin menarik!

    klau tinggal sekitar seremban-melaka, ada yang nak bertanya tentang takaful dan unit trust,
    boleh hubungi saya Mai 0126825197. Tq :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...