Wednesday, July 8, 2015

PENGELUARAN KWSP BAYAR ANSURAN LOAN RUMAH

Assalamualaikum semua.

How's your Ramadhan so far? Semoga semua baik-baik sahaja. Sedar tak sedar Ramdhan pun dah hampir meninggalkan kita. Ruginya kita kalau tak ambil peluang ni untuk meningkatkan amalan dan mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan yang mulia. Peringatan untuk saya juga ni. Anyway, bersempena dah lama sangat rasanya tak update blog, hari ni saya nak kongsikan cara pengeluran duit KWSP untuk bayar ansuran loan rumah. Benda ni simple dan senang je, sajalah saya nak share juga. Boleh?

Sebenarnya sejak beli rumah dan mula bayar ansuran bulanan haritu dah terfikir-fikir nak buat pengeluaran KWSP untuk bayar loan rumah ni. Tapi masa tu belum bersungguh-sungguh lagi mencari info. Sampailah saya berhenti kerja, barulah rushing sikit dan kebetulan ada masa nak berurusan.





Sebenarnya step untuk keluarkan duit KWSP untuk bayar ansuran loan rumah ni mudah dah sekarang. Secara ringkas syarat pengeluaran:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur kurang dari 55 tahun
  3. Simpanan dalam akaun 2 ada paling kurang RM600
Saya share je lah pengalaman saya ye buat pengeluaran KWSP bayar ansuran rumah ajelah ye. Kita tak boleh keluarkan duit dari akaun 2 KWSP tu lebih dari baki pinjaman kita. So, mula-mula sekali kena pergi bank untuk minta penyata baki pinjaman. macam saya, loan dengan Maybank Islamic so saya pergi minta dekat Maybank Perai tempat saya buat loan tu lah. Tips penting kat sini, kalau joint loan dengan pasangan, dan kedua-dua suami isteri nak buat pengeluaran KWSP, minta bank bagi 2 copy penyata baki. Nak pergi minta tu salah seorang pun tak apa. Penyata baki nak siap ambil masa dalam 2 minggu. Selepas lebih kurang 2 minggu, bank call kata penyata dah siap. Saya collect kat Maybank Ipoh Station 18 sebab saya dah pindah Ipoh. Masa apply penyata tu cakap kat dia siap-siap kalau kita nak collect dekat branch lain.

Bila dah ada penyata baki, bolehlah pergi mana-mana pejabat KWSP untuk proses buat pengeluaran KWSP untuk bayar ansuran perumahan. Untuk proses ni, kedua-dua suami isteri kena hadirlah. Nak pergi secara berasingan pon boleh. Yang penting jangan lupa bawa penyata baki pinjaman. Pergi pejabat KWSP mula-mula tu pergi kiosk dan print penyata KWSP. Senang je, masukkan MyKad nanti automatik boleh print penyata. Lepas tu ambik no giliran kat kaunter depan tu. Sambil-sambil tunggu giliran sampai, get ready no akaun bank untuk duit KWSP tu dikreditkan. Mesti no akaun saving yang personal lah. Dia bukan terus masukkan dalam akaun loan. Dia masuk dalam akaun kita, nanti pandai-pandailah kita buat bayar loan. Jangan buat benda lain pulak he he he.

Dekat kaunter tu nanti, petugas kaunter akan tolong kita buatlah kira-kira semua tu. Berapa baki kita ada dalam akaun 2, bahagi 6 (kalau nak buat pengeluaran berperingkat selama 6 bulan), jumlah tu lah yang akan dikreditkan dalam akaun kita bulan-bulan. Contoh kalau akaun 2 ada 6000, bolehlah keluarkan RM1000 sebulan. Macam saya, loan rumah RM1600 sebulan, pengeluaran KWSP yang boleh dibuat dari kedua-dua akaun saya dan suami dalam RM900. So selama 6 bulan selepas ni, kami tinggal topap lagi RM700 lah untuk cukupkan bayaran ansuran perumahan kami. Tempoh masa bila permohonan siap dia kata dalam masa 14 hari bekerja. Tapi alhamdulillah saya hari tu lepas 3-4 hari dah masuk. Sangat efficient kan. Maklumat lanjut di sini

Warning: Make sure duit KWSP yagn dikreditkan tu gunalah buat bayar ansuran rumah. Kalau tak nanti KWSP dapat detect kalau ada bayaran tertunggak, next time dah susah nak buat pengeluaran lagi.

Maka dengan ini semakin susutlah dana persaraan saya. Sebab tulah kita ni tak boleh berharap pada KWSP semata-mata untuk menyara hari tua nanti. Confirm tak cukup punya. Rancanglah persaraan anda dengan PruBSN Takaful =))

41 comments:

  1. memang ini yang Farah buat pun....

    ReplyDelete
  2. Suami pun pernah buat juga masa beli rumah dulu..
    Nice sharinb.

    ReplyDelete
  3. Salam ciksiti, dok balik ganu ke raya? Akk dok balik, raya sini je..

    ReplyDelete
  4. nice sharing.. Alhamdulillah.. boleh la buat perancangan lepas ni kan... thanks sharing puan empunya blogger... mommylina tinggalkan jejak kat sini

    ReplyDelete
  5. kos husna ada blajar serba sikit pasal personal financing.. tapi tak banyak theory, mostly kira2.. macam mana nak handle tax planning, epf, then ada la taw sikit pasal akaun 2 kwsp hanya untuk bkaitan rumah, mcm construction.. thanx kak atas infonya..:)

    ReplyDelete
  6. huuurm asalnya CT dulu tak faham sngt benda2 cemni.. tp sejak keja guru gnti and ada
    bukak KWSP mmg adalah parents xplain sikit2..

    ReplyDelete
  7. nice info.. saya masih lagi terkial-kial pasal kwsp semua ni, sbb baru sangat keje... still blurr.. hehe... banyak jugak ada saya terbaca pasal guna kwsp 2 untuk bayar pinjaman beli rumah. cuma detailnya saya pun pening lagi..

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing. Saya tengah cari info pasal ni..kalau buka website kwsp, tak faham sangat sbb terlalu formal..bila sharing experience macam ni baru boleh faham. Thanks ye

    ReplyDelete
  9. Assalam Siti,
    iols pun buat :)
    ringan la sikit beban bulanan kekdahnya
    tapi akaun2 makin tipis la kan3

    ReplyDelete
  10. nanti pun ingt nak buat mcm ni. tapi akaun suami la. akaun kita dah licin dlm kwsp tu kihkihkih

    ReplyDelete
  11. kalau baru je 2bln bayar start byar loan rumah..pstu nk buat mcm ni boleh x?

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. hai Darul Activo. saya rasa boleh je sebab syarat dia takde pun state pasal restriction tu. boleh cuba pegi tanya kaunter KWSP.

      Delete
  13. hai, ini boleh buat pengeluaran tiap tahun ke? atau sekali saja? ingat nak keluarkan account 2 untuk buat dp rumah tahun depan, lepas tu tahun seterusnya boleh keluarkan lagi tak accont 2 tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengeluaran boleh buat tiap tahun..asalkan cukup duit dalam akaun 2 (rm600 ke atas)

      Delete
  14. wah bestnya guna utk bayar loan rumah..saya nak guna akaun 2 KWSP utk selesaikan loan PTPTN.. :D

    ReplyDelete
  15. wah bestnya guna utk bayar loan rumah..saya nak guna akaun 2 KWSP utk selesaikan loan PTPTN.. :D

    ReplyDelete
  16. Boleh ke guna wife punya account even nama rumah atas sy sorang je?

    ReplyDelete
  17. Boleh ke guna wife punya account even nama rumah atas sy sorang je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama peminjam pinjaman mesti ada nama isteri sekali

      Delete
  18. kalau sy buat loan kat cimb untuk loan rumah, boleh jugak kan buat pengeluaran kwsp untuk bayar duit loan tu balikkan ? tapi sampai bila yer pengeluaran akaun 2 kwsp tu boleh buat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes boleh buat..maaf sampai bila dari segi limit masa saya tak pasti. bergantung pada berapa jumlah yang ada dalam akaun 2.

      Delete
  19. salam.. maksud akaun 2 kwsp ni total dia RM600 ke atas ke atw kwsp yg disimpan bulan2 RM600 ke atas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam..total dalam akaun 2 RM600 ke atas..

      Delete
  20. Salam...klu dlm snp umah name sy n suami...tp loan umah cimb suami je sorng...bleh ke nk kuarkn ac 2 kwsp sy bt byr umah??

    ReplyDelete
  21. Salam...klu dlm snp umah name sy n suami...tp loan umah cimb suami je sorng...bleh ke nk kuarkn ac 2 kwsp sy bt byr umah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..setahu saya tak boleh. loan kena ada nama puan sekali baru boleh keluarkan kwsp puan.

      Delete
  22. Salam Kak, adakah duit tersebut dimasukkan setiap bulan atau sekaligus secara lump-sum? Contoh, kalau kita apply 24 bulan, adakah KWSP akan masukkan duit kita setiap bulan selama 24 bulan atau adakah kita akan dapat dalam jumlah besar (jumlah selama 24 bulan)?

    ReplyDelete
  23. Yeke cik siti...mnggu lps sy g kwsp die kate bleh...die soh suami g ambik pnyata bank...alamak...compius sye...

    ReplyDelete
  24. Yeke cik siti...mnggu lps sy g kwsp die kate bleh...die soh suami g ambik pnyata bank...alamak...compius sye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke..better ikut nasihat pegawai kwsp lah kalau macam tu.mungkin pemahaman saya salah.

      Delete
  25. Puan nak tanya..
    Untuk pengeluaran 6 bulan tu mengikut apa yang kita nak ke?
    bayaran untuk 4, 6 or 10 bulan boleh?

    ReplyDelete
  26. Sekarang ni dah tak kisah, saya dah 2 kali buat pengeluaran pembayaran ansuran bulanan. Kedua2 kali pengeluaran tersebut dibuat selama setahun (12 bulan), dan ianya boleh buat lebih lama macam 24 bulan dan sebagainya. Kali pertama agak susah skit sebab banyak prosedur. Kali kedua senang jer, buat permohonan secara online, kemudian datang ke mana2 pejabat KWSP (selepas menerima e-mail pengesahan) utk menurunkan cap jari secara elektronik.

    ReplyDelete
  27. nak tanya,saya baru byr rumah untuk sebulan,boleh ke sy keluarkan kwsp untuk mengurangkan baki?ada charges ke untuk housing loan statement dr maybank tu?

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...