Friday, July 31, 2015

DAFTAR HAJI DENGAN KWSP

Salam semua=))

Alhammdulillah hari Jumaat hari yang indah di Ipoh hari ni. Walaupun pagi tadi nampak agak mendung, sekarang dah cerah terang benderang. Semoga dimudahkan urusan kita semua hari ni in shaa Allah. Banyakkan berdoa, semoga Allah terima.

Back to business..

mekah
Sumber gambar : Google image


Saya percaya menunaikan haji menjadi impian, cita-cita dan target dalam hidup setiap umat Islam. Penting untuk kita merancang supaya dapat kita tunaikan rukun Islam ni. Macam mana nak merancang, mulalah dengan mendaftar dulu, Barulah rasa macam lambaian Kaabah semakin hampir ye tak. So, hari ni saya nak share macam mana cara nak mendaftar haji dengan menggunakan akaun KWSP (akaun 1). Kepada yang belum lagi mendaftar haji, semoga menjadi manfaat.

Secara normalnya, kita boleh buat pendaftaran haji bila duit dalam akaun Tabung Haji kita cukup RM1300. Tapi kepada yang dah bertahun-tahun menyimpan tapi masih belum dapat kumpul RM1300 tu, berita baik untuk anda! Dengan ,menggunakan akaun KWSP pun boleh mendaftar. Cuma perlu ada sekurang-kurangnya RM1300 dalam KWSP akaun 1, dah boleh daftar. Syarat-syaratnya seperti di bawah.
Syarat-syarat Kelayakan

Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
b. Beragama Islam
c. Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
d. Belum mencapai umur 55 tahun
e. Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji

Kemudahan pendaftaran haji ini hanya dibenarkan kepada individu atau ahli KWSP berkenaan sahaja.
Ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberi sebelum ini dan wang pendaftaran haji RM1,300.00 sebelum ini dicairkan.

Kaedah Pelaksanaan
Ahli boleh mendaftar haji di bawah Pendaftaran Haji Ahli KWSP dengan hadir sendiri di mana-mana cawangan LTH, Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP. Proses pendaftaran haji adalah mengikut prosedur semasa LTH.

Nota: Penyata KWSP boleh diperolehi melalui i-Akaun, kios, kaunter atau penyata tahunan yang dihantar melalui mel.
Mudah dan senang kan? Cuma bawa penyata akaun terkini dan bawa ke kaunter Tabung Haji. Tak bawa buku TH pun tak apa, bawa penyata akaun, IC dan badan saja he he he. Maklumat lanjut di sini.

Sedikit tips: Bagi yang sudah daftar guna simpanan dalam TH, pun masih boleh daftar semula dengan KWSP. Maka RM1300 yang sebelum ni di 'lock' dah boleh dikeluarkan. Tapi amat tidak digalakkan lah. Just in case anda memang sangat sangat sangat terdesak nak guna duit, bolehlah. Lepas tu ganti lah balik kan. Tarikh pendaftaran masih lagi mengikut tarikh asal yang kita daftar.

Sekian. Kalau nak buat simpanan haji yang beserta perlindungan, boleh contact saya ye. Menyimpan dengan PruBSN paling best bila mana walaupun anda dah tak dapat menyumbang akibat sakit kritikal atau hilang upaya kekal, simpanan anda akan terus berjalan. Bolehlah nanti diguna untuk upah haji dan sebagainya kalau secara fizikal anda tak mampu menunaikan haji.

14 comments:

  1. tulah mmg bagus n senang kan
    haiii bila lah ada ms nk pi TH tu
    asik xde masa je..(xde masa ke malas) hahaha ngate diri sndiri

    ReplyDelete
  2. jap, nk tnye, kalo daftar skrg tahun bila leh gi haji?

    salam aidilfitri maaf zahir batin ;p

    ReplyDelete
  3. haa ni lagi memudahkan.. sronoknyaa buat mreka yg tak usik akaun kwsp..:)

    ReplyDelete
  4. Nasihat kakak segeralah mendaftar tidak kiralah melalui apa cara sekali pun.
    Kalau sofa mahal, baju mahal, peralatan mahal boleh beli takkanlah RM1300/- utk mendaftar pun tak ada.
    Bila jumlah itu ada dah jadi kewajipan tapi kalau memang tak ada itu lainlah..
    Sebaiknya tunaikan haji sewaktu badan sihat..

    ReplyDelete
  5. Haaa... kite pun buat guna KWSP.. alhamdulillah ~

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, Zumal pun dah layak nie...

    ReplyDelete
  7. aritu nak dah daftar kwsp link dgn tabung haji tu. tapinya dorang kata 3 tahun xleh bawak keluar duit tu. terus tak jadi sebab duit tu nak guna sgt2 masa tu huuuu

    ReplyDelete
  8. Rasa KWSP ekin kijo dulu dah layak utk daftar nanti tgk ajak p TH p daftar

    ReplyDelete
  9. dl daftar thn 2011 leh p thn 2067..Alhamdulillah...dijemput awal jd tetamu Allah thn 2011 gak...so pd yg bkemampuan pergi la masa muda,sihat & kuat

    ReplyDelete
  10. Daftar dengan akaun kwsp mudah.. ramai yang tak tau. Semoga Allah permudahkan urusan kita ke tanah suci

    ReplyDelete
  11. oh ada ye simpanan haji beserta perlindungan..akak tak tahu pun..

    moga kita semua dapat menunaikan ibadah haji satu hari nanti

    ReplyDelete
  12. uish senang gak kan cenggini.. memudahkan =)

    ReplyDelete
  13. Assalam siti,
    nice sharing
    nak kena buat laaaaa

    ReplyDelete
  14. ooo baru tau... kwsp pun blh yer rupanya...

    #BU

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...