Wednesday, June 24, 2015

RAMADHAN KAREEM

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Dah dekat seminggu pun bulan Ramadhan telah berlalu. Hari ni baru Cik Siti hegeh-hegeh nak wish hihi. Biar lambat asal selamat tak gitu?

So how's your Ramadhan so far? Moga-moga segalanya baik dan dipermudahkan segala urusan dan dapat beribadat dengan lebih kusyuk dan tawaduk hendaknya.

Maafkan saya yang mengabaikan blog ini sekian lama. Dah lama juga tak kongsi tips kewangan kat sini. Haa alang-alang dah tersentuh bab kewangan ni, sukalah saya nak mengingatkan, hati-hatilah berbelanja di bulan Ramadhan ni. Terutama di bazar-bazar Ramadhan tu. Moga-moga tiada pembaziran yang berlaku ye kawan-kawan. Kesian kat saudara-saudara kita sama, ada yang tak mampu pun nak membeli juadah berbuka. Semoga saudara-saudara kita yang di uji juga dimudahkan urusan dan diredhai Allah atas berkat kesabaran mereka Amin ya Rabb.

Saya ni sibuk sikit sekarang. Baru nak menyesuaikan diri dengan tempat dan kerja baru. Tapi inshaAllah saya cubalah nak update kat sini selalu ye. Jangan rindu-rindu taww ihiks.

Saya akhiri entry ini dengan satu teka-teki..

Cuba teka blogger mana yang saya jumpa masa pegi KL haritu?

Siapa dapat teka, saya bagi flying kiss satu. Hihi.

10 comments:

  1. gi bazar ramadan, mmg boleh jadi membazir...semua nak beli!

    ReplyDelete
  2. Salam 7 Ramadhan, CikSiti!

    Saya memang kalau boleh tak mahu jejak bazar Ramadhan ni. Kalau pergi memang terliur memanjang. Yang tak sepatutnya pun beli. Jadilah pembaziran nanti. Setakat ni saya memasak sendiri aje.

    Oh, baru berpindah tempat kerja ke?

    ReplyDelete
  3. Akk dah lama tk gi bazar, selalu mmg masak je, jimat, selamat, bersih, halal, berkat, hi hi..yg penting bole simpan sekali utk sahur sbb akk malas nk masak sahur yg lain.

    ReplyDelete
  4. Assalam siti,
    seb baek iols slalu masak senidir he3

    ReplyDelete
  5. tahun lepas memang tak jejak bazar Ramadhan langsung.. tahun ni jejak jugak sebab anak2 berpuasa.. mintak macam2 sebab diaorang posa.. jadi tak berapa dapat berjimat laa tahun ni..

    ReplyDelete
  6. alamak.. teki teki tak tahu lah jawapannya hehehek..

    salam ramadhan.. dah separuh ramadhan dah berlalu..

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...