Tuesday, June 2, 2015

ORANG BAIK, MENINGGAL AWAL?

Salam semua=))
Pernah tak dengar ungkapan macam ni? Bila ada orang meninggal, orang kata "Arwah seorang yang baik, orang baik selalu Allah sayang, sebab tu meninggal cepat.."?

Wallahualam. Semuanya rahsia Allah. Sebagai orang Islam kita percaya, ajal maut kita sudah pun ditentukan Allah. Tiada cepat atau lambat. Cuma kita yang taktau bila, di mana, bagaimana? Sebab tu kita kena sentiasa bersedia kan.

Pagi ini kami dikejutkan dengan berita seorang rakan kepada rakan kini sedang tenat akibat terlibat kemalangan. Semoga dipermudahkan buat mereka sekeluarga.

Membuatkan saya terkenang pada arwah abah saya, yang turut meninggal akibat kemalangan 15 tahun yang lalu. Al-Fatihah buat arwah. Semoga syurga tempatnya di sana. Arwah pun amat baik orangnya.

Orang yang pergi akibat kemalangan, pada saya, pemergiannya agak sukar dihadam oleh ahli keluarga yang tinggal. Sebab perginya secara tiba-tiba. Semalam masih elok bergelak tawa, hari ni sudah tiada.

Apa pun yang pergi tetap pergi. Bekalannya setakat mana amalannya semasa hidup, ditambah doa anak-anak yang soleh/solehah, sedekah jariah dan ilmunya yang diajarkan dan diamalkan oleh mereka yang menerimanya.

Kita yang tinggal masih punya masa. Untuk perbaik mana yang patut in shaa Allah.. Semoga husnul khotimah milik kita semua amiin.

 p/s: Please drive safely, follow the traffic rules and do not use your handphone while driving.


14 comments:

  1. Arwah adik laki sy pon meninggal sbb kemalangan.Dh 10 tahun blalu.
    Beberapa hari sblm tu arwah belikan tikar getah baru utk ry...beli cat & cat rumah baru renovate pstu time masak nk buka posa adik yg gorengkn bihun.
    Tup2 tgh mlm polis mai ketuk pintu rumah mak habaq adik kemalangan.Ada kat spital S.Jaya.
    Arwah anak yg jenis x menyusahkn mak bapak.Berusaha cr duit sndiri utk beli apa yg dia nk.Bukan jenis meminta2 pdhl dh tau mak pak org susah.
    Moga arwah ditempatkn dikalangan org2 beriman....amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. AMIN
      berdebor2 kalo baca bab orang meninggal ni
      sob3

      Delete
  2. ajal maut di tangan Allah....tapi kalau ajal dtg secara tiba-tiba mmg agak sukar diterima oleh keluarga...walau apa cara pon ALLAH jemput, semoga kita mati di dalam IMAN...wallahualam..


    Singgah blogwalking...:)
    Nak tingkatkan metabolisme badan tak?jemput baca artikel ni:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/cinch-tea-bantu-anda-kurus.html

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah buat arwah abah awak.

    Ya, ungkapan Inggeris pun ada menyebut " The good dies young"

    Yg penting, kita kena siap kan diri utk menjadi " the good pada pandanganNYA", so any time Dia jemput, Insya Allah..senang kita.

    ReplyDelete
  4. Biasa juga dengar kata-kata itu. Entahlah betul atau tidak, yang pasti ayah dan abang sulung saya memang orang yang baik-baik dan mereka pergi agak awal.

    Semoga kawan kepada kawan yang terbabit dalam kemalangan tu akan lebih baik dari sakitnya dan alfatihah buat arwah abah Cik Siti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tima kasih MD.. alfatihah juga buat ayah dan abg sulung MD..

      Delete
  5. Setiao insan yg rapat dgn kita mmg kita rasa baik , kita sayang, dan bila Allah ambil kembali mmg trasa kehilangan, apa yg mampu kita hadiahkan Al fatihah selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah kak..semoga kita istiqomah..

      Delete
  6. biasa juga dengar kata-kata macam tu... itulah kan kalau sakit kita macam dah bersedia,tapi kalau meninggal sebab kemalangan ni seolah-olah kita tak bersedia je kan, dalam sekelip mata mereka tiada.. apapun akak doakan moga arwah abah ciksiti ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh

    ReplyDelete
  7. ibarat kn mcm kata2 positif utk kuatkn semangat kita terima & redha dgn apa yg Allah tentukn.....al fatihah

    ReplyDelete
  8. memang biasa dengar..mungkin Ada betulnya..lagi lama kita hidup lagi banyak kan dosa yang kita buat..semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...