Tuesday, June 2, 2015

MISI MENCARI MEE UDANG

Hari Ahad lepas lepas appointment ni Tesco Jelutong, saya plan nak bawak adik dan mak jalan-jalan cari makan. Kesian pulak depa asik terperap kat rumah je. Adik pulak minggu ni dah nak balik UiTM..

Masalahnya saya tak tau mana tempat nak pergi he he he. Nama je dah duduk Penang 3-4 tahun. Mula-mula ingat nak pergi Kota Kuala Muda, tapi tak dapat sebab time limited. Keluar rumah pun dah tengah hari. Punya call orang sana sini tanya tempat mana yang okay nak pergi.

Akhirnya kami sampai kat Pantai Robina, Teluk Air Tawar. Haha. Beberapa minit je pun dari rumah. Selama ni bila rasa nak lepak release stress kami selalu pergi Bagan Ajam. Padahal Teluk Air Tawar lagi dekat rupanya, tol pun tak perlu. Pergi Pantai Bersih Bagan Ajam tu kena 2 kali tol okay hehe.


Kami sampai masa tu pukul 2 petang. Kedai banyak tapi mostly tak buka. Kami makan kat satu kedai kecik je tepi pantai tu. Ada mee udang dan air kelapa yang super besar buah kelapa dia. Dahlah kami order satu sorang, ada 4 biji air kelapa. Overall rasa dia okaylah.Udang pun besar. Cuma portion mi dia agak sikit.




Kami order 4 mee udang, 2 nasi goreng cina, 1 mee bandung, 4 biji air kelapa, 1 lemon tea, 1 nescafe ais, total RM86.40. Diskaun empat kupang.. Boleh tahan juga harga dia.. You all ada tempat best nak rekemen kat saya? Saya suka pantai =))

12 comments:

  1. alahai...terus akak teruja sangat2 tengok mee udang tu...ermmm bestnyaaaa....

    ReplyDelete
  2. boleh tahan juga harganya tu...akak tak pernah lagi makan mee udang..hehehe

    ReplyDelete
  3. uiks terkejut tgk hrga...adakaha harga sesedap rasanya?

    ReplyDelete
  4. okla hrga tu dgn sgala mcm jenis order.
    klau p mkn warung kulat spinggan mau RM10-12 ikut size udang x masuk air lg.
    warung kulat & din skot tu area Teluk Air Tawar la....cuma xleh nk ke pantai.tgk dari kedai je la.

    Kt area seberang perai mee udang best warung kulat,din skot, sg dua, kuala juru, dataran bukit minyak

    ReplyDelete
  5. Assalam zai,
    soklan ni uols dah tanya iols kan3 :P
    mai la blah pulai ni haaaaaaaaa
    maaaaanyaaaaakkk pantai
    sehari pun tak abeh kalo nak ator :)

    ReplyDelete
  6. akak pun tengah dalam misi nak bawak bebudak ni ke pantai.. puas pk..

    ReplyDelete
  7. Terasa lapar pulak bila nampak mee udang ni.. ni yang rasa nak makan ni.. by the way saya follow sini sekali sambil baca entry :)

    ReplyDelete
  8. Meleleh air liur kakak dibuatnya Siti tengok udang melengkar dlm pinggan mee tu:)

    ReplyDelete
  9. adoi mee udang ni peberet oi..tp lagi suka masak sendiri..puas makan..sesekali kena yg kedai, best jugak tu..harga dia pun oklah..

    ReplyDelete
  10. Kalau menu sedap, takpelah total damage banyak macam tu, puas hati..

    ReplyDelete
  11. uuuish mahalnya.. serious mahal..
    akak suka pantai eh ? mee udang pulau sayak la kat SP ke merbok tah..
    dekat je kan.. kalo dak mai area2 teluk kumbar.. tepi pantai gak..

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...