Friday, June 26, 2015

LINDUNGI PELABURAN DENGAN PRUBSN TAKAFUL

Salam Jumaat semua..

Selasa sampai Khamis minggu ni saya attend training untuk cukupkan CPD hour sebagai ejen takaful PruBSN. Kami memang wajib attend training semua ni setiap tahun. Kalau tak nanti habislah lesen ditarik balik. Penting untuk belajar dan terus belajar supaya kami pulak boleh sampaikan pada anda-anda kat luar sana pasal pengurusan kewangan berasaskan takaful, pengurusan dan pembahagian harta, macam mana nak bantu anda mencapai impian dan memberi anda a piece of mind dalam kewangan. Macam-macam kami belajar sebenarnya. Jadi kalau anda dah ada ejen insurans/takaful yang servis anda, anda berhak untuk tanya macam-macam soalan berkenaan kewangan ni kat dia. Kerja kami bukan setakat jual insurans, kerja kami sebenarnya adalah untuk mendidik anda merancang kewangan berasaskan takaful.

So hari ni saya nak cerita sikit kenapa penting untuk kita lindung dulu sebelum melabur atau membina kekayaan.. Ada seorang kawan saya ni bila saya advice dia untuk sertai takaful, dia kata nantilah, dia nak melabur dulu. Which is okay juga. Tak salah. Tapi cuba bayangkan, kalau dia melabur banyak-banyak sampai katakan duit terkumpul ada RM50,000. Lepas tu suddenly kena heart attack, nak buat operation makan belanja RM50,000. Agaknya mana dia nak ambil duit banyak-banyak tu? Mesti dari duit yang dia ada kan? Then sekelip mata duit dia gone. Itupun kalau cukup.. kalau tak cukup for sure kena berhutang lagi..

Then lepas operation, agaknya berapa lama pulak masa dia akan ambil untuk kumpul balik RM50,000 tu? Dengan keadaan baru lepas operate jantung, sekuat mana dia mampu bekerja lepas tu? Tapi kalau dia ada perlindungan takaful PruBSN atau mana-manalah, kos rawatan dah kawtim. Dapat pulak lagi sejumlah duit lump sum boleh lah buat guna untuk bayar kos ulang alik ke hospital, kos-kos tambahan rawatan, buat belanja harian sementara tak boleh bekerja, banyak lagilah yang you all boleh fikirkan. On top of that, dah tak perlu bayar lagi bulanan takaful tu, jadi percuma. Nampak tak? Pentingnya untuk kita ada insurans/takaful kesihatan dulu. Saving pon ada.

Sebab tulah kita kena rancang kewangan kita sebaiknya. Kalau nak juga melabur dulu tanpa ada apa-apa perlindungan insurans/takaful pon boleh. Cuma pastikan anda tahu consequences dia. Yang penting fahami dulu sebelum buat apa-apa keputusan, Kalau tak tau, boleh tanya pada yang tahu. Kalau tak apa gunanya ada kami?

Just so you know, anda boleh juga jemput saya untuk bagi talk berkenaan perancangan kewangan berasaskan takaful di office, sekolah, atau mana saja tempat anda bekerja. Tak perlu bayar apa-apa pun. In sha Allah saya usahakan=))

Siti Sharini
Wakil Prudential BSN Takaful dan Prudential 
012-2961984
siti.sharini@gmail.com

11 comments:

  1. Assalam siti,
    haaaaaaaaaaaaa
    iols jugak yang dok belom buat personal insurance
    lariiiiikkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete
  2. Itulah pentingnya ada perlindungan kan... Zumal terjah dari #bloggerutara

    ReplyDelete
  3. Tertarik dengan cover photo blog.. cantikkkk.... #bloggerutara

    ReplyDelete
  4. siti sharini keje ansuran ke

    ReplyDelete
  5. sejak keje kat hospital ni, memang banyak terfikir nk cari takaful... macam2 kes2 complicated yg dalam satu keadaan, better ada insurance kesihatan walaupun kita ada hospital gomen..

    singgah blogwalking sini pelan-pelan dari geng #BloggerUtara...

    ReplyDelete
  6. ohh kalau nak cari insurans boleh cari siti laa..

    ReplyDelete
  7. Owh siti.. sha nie asyik tertipu je dengan ejen insurans.. nasib x brape baik.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. duk cari2 gak insurans tuk famili
    tp smpai skrg tutup mata je xtau nak pilih mana

    ReplyDelete
  9. setujuuuu.. hehehe.. marilah berprudential =D

    ReplyDelete
  10. ada kes suami cerita. wife si pesakit yang dulu kita nak sedarkan pasal takaful. cari agen balik dan tanya kenapa tak paksa suami dia ambik masa tu. dah sakit memang takde kompromi dah la nak ambik pulak kan. kalau ambik pun dah tak cover sakit yang sedia ada tu. kesian

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...