Monday, June 1, 2015

5 TIPS BILA EJEN PRUBSN ANDA TIDAK AKTIF

Salam Isnin semua=))

Weekend lepas Alhamdulillah aktiviti penuh dengan appointment dan sharing info takaful dari Seberang Jaya ke Sungai Petani ke Jelutong =) Semoga dimudahkan jalan untuk kami terus membantu orang-orang yang mencari-cari perlindungan terbaik untuk diri dan keluarga.

Anyway saya nak share sikit pasal polisi anak yatim atau orphan policy ni. Orphan policy adalah merujuk kepada keadaan di mana seseorang ejen tidak lagi aktif sebagai ejen (berhenti/diberhentikan dsb), maka semua client dia secara automatik akan jatuh ke bawah tanggungjawab leader ejen tadi. Macam anak yang kehilangan ayah, sekarang perlu dijaga oleh ayah angkat macam tu lah.

Selalunya bila jadi macam ni, masalah komunikasi timbul sebab ejen baru tak directly kenal dengan pemegang polisi. Lepas tu ejen baru yang selalunya leader ni lebih sibuk dan mungkin tak sempat nak bagi perhatian pada anak-anak angkat. Akhirnya pemegang polisi terkontang-kanting bila nak berurusan hingga ada yang kena directly berurusan dengan kaunter.

Jadi saya kongsikan 5 tips bila ejen anda tidak lagi aktif.
  1. Dapatkan contact number ejen yang baru dan cuba hubungi dia untuk berurusan.
  2. Kalau tak dapat contact, kalau anda familiar dengan pejabat cawangan, bolehlah buat urusan sendiri.
  3. Atau anda boleh juga dapatkan nasihat atau pertolongan ejen lain yang masih aktif. Setakat untuk tolong buat claim dan sebagainya in shaa Allah boleh.
  4. Mohon untuk penukaran ejen yang baru. Kalau jumpa ejen baru yang anda selesa, mungkin boleh cuba mohon untuk buat penukaran ejen.
  5. Sebarang penukaran ejen dan sebagainya, seeloknya dibagitau pada pewaris. Supaya nanti apa-apa jadi pada anda, waris boleh contact orang yang sepatutnya untuk memudahkan urusan tuntutan pampasan.

2 comments:

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...