Friday, April 17, 2015

TUTORIAL: BANNER DI SETIAP ENTRY BLOG

Assalamualaikum semua. Salam Jumat. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua mendapat keberkatan di hari yang mulia ini Amin..

Entry hari ini lari sikit dari tema kebiasaan sitisharini.com. Demi memenuhi permintaan cik adik manis Kiera Sakura kita, dengan rendah hati saya tampilkan cara-cara nak pasang banner kat bawah setiap entry macam yang selalu ada kat entry saya sebelum-sebelum ini. Saya tidaklah pandai sangat. Saya pun dapat hasil dari meng-google sana sini. Semoga bermanfaat.


Cara nak letak banner, ada 3 step saja.
  1. Buat banner.
  2. Upload gambar banner dekat mana-mana entry blog.
  3. Masukkan coding dalam post setting.
In details:

1. Buat banner

Saya guna Power Point saja. Cepat mudah dan senang. Saya guna PP 2010, tapi saya rasa any recent PP will do. Guna design Smart Art yang dah ada memang mudah sangat bagi orang yang kurang kreativiti macam saya hehehe..

  • Bukak PP, pastu tekan Insert, lepas tu SmarArt. Pastu pilihlah yang mana berkenan di hati.


  • Yang lebih best lagi, nak tukar color ke, nak buat design 3-D ke pun main tekan-tekan hehe.. Pergi dekat Design, lepas tu boleh tukar color dan jenis design.


  • Lepas tu pandai lah kan edit mana-mana yang perlu. Anyway kalau tak ada Power Point, guna software lain pon boleh. Nak guna Paint boleh ikutlah. Dah siap kerja-kerja mendesign Save As JPEG ye. Atau GIF atau mana-mana jenis file yang diterima oleh blogspot sebagai gambar.

2. Upload gambar banner dekat mana-mana entry blog.

  • Upload lah kat memana. Entry dulu2 ke, entry baru ke. Tujuan kita nak dapatkan url image tu untuk digunakan kat step seterusnya.
  • Dah siap upload, copy image url.

3. Masukkan coding dalam post setting.

  • Dalam blogspot punya dashboard, klik setting->post and comments, masukkan coding kat bawah ni dalam kotak Post Template.

  • Macam gambar kat bawah ni, dekat highlighted area tu, copy paste url image anda kat step 2 tadi.
  • Size boleh lah ubah mengikut cita rasa. Kalau nak ubah biarlah proportianate dengan size asal.
  • Dah siap klik save setting. Pastu nak try, boleh buat new entry tengok ada tak gambar tu dalam entry baru. Banner ini hanya akan keluar dekat entry baru je. Entry lama tak ye..


Sekian=))

Update untuk Cik Imm: Macam mana nak masukkan textarea box dalam entry, yg utk bubuh coding tu.

Cuba copy paste coding kat bawah ni kat html tengok boleh tak?
Starting dari img alt blablabla tu masukkanlah coding apa yg nak diletak dalam box tu ye.



18 comments:

  1. Nice sharing, Zumal pun nak try juga laa ^^

    ReplyDelete
  2. kak sit,, camane nak buat box yang boleh paste coding kat atas tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cer try dlu..klu xleh kang bgtau kita balik

      Delete
  3. Terima kasih atas perkongsian ini.. ;)

    ReplyDelete
  4. wahhhh nice sharing la kak siti. boleh la ana try jugak nti hehe
    geramnye tengok kaki kecik kat header tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana..lama xnampak hihi..sekarang kaki tu dah makin besarrr

      Delete
  5. wah...rajin juga ciksiti ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak..nak kata rajin sangat tu tidak..saya ni memang tak boleh tahan kalau ada orang minta tolong hehe.

      Delete
  6. wahhhhh alhamdulilah reti kot nak buat ihihhi. thanks cik siti. moga murahhhhh rezeki awak amin amin ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jadi huwaaaaaaa!!!! huuuu nanti lah nak tgk lain ape yang salah nya

      Delete
    2. uik apa yg salah tu..whatsapp je lah kite

      Delete
  7. terima kasih kerana berkongsikan tutorial ini..

    ReplyDelete
  8. Assalam siti,
    waaaaaaaaaa
    best3
    nanti nak try la :)
    thanx for the info yer
    sangat berguna untuk iols yang agak buta IT ni he3

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...