Wednesday, April 22, 2015

3 TIPS MEMILIH SMARTPHONE: UKUR SMARTPHONE DI JARI SENDIRI

Salam semua=)

Pada yang dah lama follow blog saya, terima kasih saya ucapkan. Terharu saya hehe. Mungkin ada yang pernah baca entry saya pasal nak beli phone baru kat sini dan sini. Well guess what?? Saya dah beli semalam! Pachi pachi pachi (bunyi tepuk tangan dalam bahasa Jepun). Tahniah untuk saya hehe.

Setelah beberapa tahun nak tukar phone akhirnya saya terpaksa tukar sebab screen pecah teruk. Boleh guna lagi tapi nanti rasakanlah serbuk kaca tercacak-cacak kat jari haha.

Jadi hari ni saya nak kongsikan 3 tips untuk membeli smartphone (jika anda seorang menghargai setiap inci nilai duit anda atau berjimat macam saya)


1. Tahu feature phone yang macam mana sesuai untuk memenuhi keperluan anda. Contohnya saya semalam pergi kedai phone dan terus pin point phone macam mana yang saya nak, iaitu:
    • Android (sebab dah biasa guna)
    • Dual sim (sebab saya guna different plan untuk call dan data)
    • RAM at least 2GB (phone lama saya 512MB je tau. tu pun saya sabar selama 4 tahun)
    • Battery tahan lama (saya malas charge handphone especially kat rumah)
    • Kalau jatuh tak pecah. Well at least susah pecah. (saya kurang tertib dan selalu lupa nak sorok dari anak)
    • OS atleast Android 4.4
Ini priority saya. All other things macam camera ke, storage ke, resolution ke apa saya tak kisah sangat. Sebab saya bukan gamers, bukan heavy camera user. Jadi saya suka phone saya practical saja.

2. Setengah orang susah sikit nak faham kalau guna technical spec macam kat atas ni kan. Mungkin juga anda boleh tanya diri anda soalan berikut dulu sebelum memilih phone yang sesuai.
  • Anda suka sambil gambar, dan banyaaaaakk gambar? (Perlu high quality camera & storage besar)
  • Anda suka main game? (Perlu screen resolution cantik, processor speed laju)
  • Anda suka online, whatsapp, uploading gambar/video to social networking 24/7? (Perlu yang capabale of high speed network)
  • Anda ada keperluan istimewa tertentu? Macam kalau musician ke kena guna apps yang size besar and everything, so kena consider high storage)
  • Dari segi fizikal phone tu, kebesaran screen, tebal nipis, warna mana yang anda prefer?
Ini adalah antara benda yang anda boleh consider sebelum memilih smartphone yang sesuai dengan citarasa dan keperluan anda.

3. Lastly haruslah budget anda. Berapa yang anda nak spend? Kadang-kala anda sebenarnya tak perlu pun beli those high end phone yang terpampang di iklan-iklan yang harga ribu-ribu. Sometimes less is more=))

Some tips juga untuk cara bayaran. Saya malas nak terikat dengan  contact telco company (as in saya tak mau berhutang kalau boleh), so saya prefer beli cash atau credit card (yang saya akan bayar in full amount everytime). Tapi hati-hati! Beli guna credit card ada extra charge contoh kalau Maybank 2.5% (banyak tuuu). Guna debit card pun ada charge juga. Lain bank lain amount charge dia. So kalau ada cash beli terus guna cash lebih untung. Goshhh saya benci betul kalau duit saya kena guna untuk bayar banking charge. Saya prefer buat makan atau sedekah lagi bagus.

Sekian. Sesiapa ada tips tambahan dipersilakan bagitau ye.


p/s: Btw, saya beli Lenovo S860: dual sim, 2GB RAM, 4000 mAH battery, Android 4.4.2, 16 GB internal storage only, titanium back cover housing.
p/s/s: Semua tips di atas secara automatik terbatal kiranya orang tersayang nak hadiahkan iPhone 6+ untuk anda. Kalau dah free ambik je lah jangan banyak cerita lagi. Rezeki tu hehe.

6 comments:

  1. ukur smartphone di jari sendiri yea, hi hi

    ReplyDelete
  2. btl2...kami pon akan pk smua2 tu sbb tu ms hp tu rosak tp still leh guna bsabar x beli2 tp dh suami bg hadiah ambik jela...save duit...hahahaha...dasar sgtkn

    ReplyDelete
  3. Hahaha... nasihat yang akhir tu yang tak boleh tahan. Penat baca tapi kalau ada offer percuma untuk Iphone6+, kita rembat ajelah ya tak payah fikir panjang :)

    Smartphone saya mesti besar sebab saya rabun dekat dan jari jemari saya besar. Kalau skrin kecil molek ni memang tak menambat hati sayalah.

    ReplyDelete
  4. tahniah untuk ciksiti dah ada hp baru hihihihi.

    dah pernah pakai ip. memang ip yang pertama bertakhta di hati. tapi itu pun kalau orang hadiahkan hahahahhaa :p

    ReplyDelete
  5. Assalam siti,
    ritu masa nak beli phone iols memang fokus kat KAMERA he3

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...