Thursday, April 2, 2015

SUKARNYA SABAR. SUSAHNYA SYUKUR.

Alangkah indahnya.
Andai sabar sentiada di dada.
Andai syukur memenuhi jiwa.
Setiap masa.
Tak kira waktu dan ketika.
Saat susah mahupun senang.
Saat kaya mahupun miskin.
Saat sihat mahupun sakit.
Saat lapang mahupun sibuk.
Ya Allah tunjukkankanlah jalanMu.
Kurniakan aku keyakinan yang teguh atas setiap janjiMu.
Kurniakan aku rasa berharap dan berserah hanya padaMu.
Benar.
Bukan hidup kaya raya yang aku impikan.
Sungguh aku hanya mahu hidup dengan tenang.
Bertemankan sabar dan syukur.
Namun.
Sukarnya sabar.
Susahnya syukur.
Hanya Allah yang mampu memudahkan.
Allah, dekatkan aku denganMu.
Dekatkan aku denganMu.
Dekatkan aku denganMu.
Astagfirullah.
Sebagai langkah pertamaku.
Sempurnakan solatku.
Sempurnakan solatku.
Sempurnakan solatku.
Moga sabar dan syukur milikku.
Amin.

17 comments:

  1. in shaa Allah,semuanya akan dipermudahkan..;)

    ReplyDelete
  2. Insya Allah, bila kita selalu mengingati-Nya, Dia juga akan selalu mengingati diri kita yang kerdil ni.

    ReplyDelete
  3. huhuhu
    itulah kan
    insyallah meh kita berusaha utk menjadi insan yg lebih baik

    ReplyDelete
  4. Teruskan doa dan mohon sabar&syukur dari-Nya. ~wink~

    ReplyDelete
  5. sabarlah dengan setiap dugaan yang menimpa.. dan bersyukurlah atas apa yang berlaku. Sesungguhnya ada hikmah

    ReplyDelete
  6. Bila iman kian segar dlm genggaman
    Syukur dan sabar subur di sanubari
    bajai dgn istiqomah
    yg indah bertambah indah
    nun di sana ada cahaya sentiasa menanti
    wajah kebahagiaan pasti dimiliki...

    ReplyDelete
  7. kan...nak putus asa mmg mudah sangat.. tapi duk ingatkan diri.. tak boleh putus asa.. sabar sabar sabar..

    ReplyDelete
  8. betul.. adus rasa cem menikam2 kalbu plak baca ni.. huuurm..

    ReplyDelete
  9. Kebaikan itu jalannya bukan mudah...sebab syurga itu dipagari duri dan ranjau...

    ReplyDelete
  10. mohon kepada Allah agar hilangkan perasaan sukar itu aminnn

    ReplyDelete
  11. moga dipermudahkan, Amin, take care ciksiti

    ReplyDelete
  12. semoga kita sentiasa sabar :) :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...