Wednesday, April 8, 2015

BAHAYA SUPPLEMENT BERLEBIHAN?

Salam..

Saya baru baca artikel Dr. Zubaidi tentang kesan pengambilan Vitamin C berlebihan dekat blog beliau. Sebenarnya kalau kita makan buah oren besar sebiji atau dua sehari, sudah cukup untuk menampung keperluan vitamin seharian badan kita. Kalau bagi adult ideally kita ambik 65-90 mg sehari, maximum 2000 mg sehari.

Macam mana pulak kalau terlebih ambik? Apa kesannya? Antaranya cirit-birit, loya, muntah, insomnia, batu karang dan lain-lain boleh refer artikel tadi. Wah bahaya juga effect terlebih ambik vitamin C ni kan.

Tapi kalau kita amalkan pengambilan vitamin C melalui supplement memanglah kena monitor juga berapa intake kita ambik. Kawan saya yang dietitian kata, nak ambil supplement boleh, tapi make sure minum air masak banyak-banyak supaya kita boleh buang yang belebihan tu melalui perkumuhan. So what's the point ambik banyak2 pastu buang pula? Kan membazir tu he he he.

Bagi saya pula being moderate lebih bagus. Berserdehanalah. Bak kata kawan saya, air masak pun kalau dah diambik secara berlebihan sangat pun boleh jadi mudarat. Sebab tu Rasulullah pun menyarankan kita supaya bersederhana.

Saya pula as of now tak ambil Vitamin C atau apa-apa supplemen. Saya cuba makan buah dan sayur banyak hari-hari. Minum fresh milk. Makan kurma dan kismis. Kadang-kadang culas juga hehe. But I rather enjoy the foods sebab saya memang suka makan semua tu. Ikan pun suka.

Mereka yang ambil supplement pun tak salah juga. Pilihan di tangan anda kan. Apa yang penting? Kerjasama! Eh.. Sederhana. Sungguh Allah tidak suka pada mereka yang melampaui batas. Wallahualam..

15 comments:

  1. yup wasatiyyah dalam setiap apa yang kita lakukan adalah sangat baik sekali.. ^_^

    ReplyDelete
  2. kita x mkn vit tp mkn kurma, madu, zafaran & pati delima ja sbb bnda2 ni kn mknn sunnah.

    eh...dl ms wt haji dpt vit C 1000mg pcuma.hr2 mkn sbijik.blk dr Mekah putih pdhl kt sana jln tgh panas terik

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus amalan tu zai..wah wahhhhhh bestlah boleh jadi putih he he he

      Delete
  3. Assalam siti,
    iols tak pernah pun makan supplement he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada juga makan dulu..tapi banyak skip dari makan huhu..

      Delete
  4. hehehe.. no comment.. satgi kalau komen jadi panjang lebar.. pendapat masing masing..
    ;)

    ReplyDelete
  5. Erm,IbuNoey ni liat sikit kalau bab makan supplement.sebab selalu culas.mula-mula je makan,dah lama-lama malas.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah saya pun sama..nnt membazir tu yg malas nk beli

      Delete
  6. sama la..Ayu pun tak amik apa2 suplement..sbb Ayu ni tak disiplin makan ubat... kalau sakit baru makan ubat, kalau tak...takde la. antibiotik pun..kadang2 tak abis

    ReplyDelete
  7. Dulu masa sekolah, disebabkan suka rasa vitamin C zumal pernah makan macam makan gula2 tapi Alhamdulillah tak ada perkara buruk berlaku ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi Zumal ni sama macam anak saya yang sulung..dapat kat dia botol vitamin tu, mau habis sebotol dia makan..sekarang tak beli dah haha

      Delete
  8. owwwh vitamin C xdak amek supplement gak.. tapi pil kalsium mmg amek la..
    susu tak minum CT ni ahaaaks..

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...