Thursday, March 5, 2015

KENAPA MELAYU JUAL TANAH?

Milik Siapakah Tanah Itu?

Setiap kali saya lalu suatu tempat yang dulunya perkampungan Melayu, tapi sekarang dah didirikan bangunan perumahan atau lot kedai, saya rasa sayu sangat. Saya rasa ya Allah.. sayangnya lah tanah-tanah ni semua dijual kepada pemaju. Pemilikan tanah berpindah hak milik begitu sahaja. Pemaju buat rumah, jual, dapat keuntungan jutaan ringgit. Si penjual tanah? Entah duduk di mana berbekalkan hasil jualan tanah yang entah boleh bertahan selama mana..

Adalah tidak adil sebenarnya bagi saya nak menghukum tindakan orang yang menjual tanah tu. Saya sendiri pun tidak bertanah. Tidaklah saya tahu sebab-sebab sebenar yang mendorong orang kita menjual tanah mereka. Kerana nak cepat kayakah? Kerana tak ada siapa yang menguruskan tanahkah? Kerana nanti takut waris berebut hartakah? Kerana terdesak nak guna duitkah?Wallahu'alam hanya Allah yang tau. Pasti ada sebab mereka tersendiri dan saya bukanlah siapa-siapa untuk menidakkan tindakan mereka.

Secara peribadi, saya rasa kalaulah saya ada tanah, saya tak akan jual.

Kasut Mereka

Semalam saya bercakap dengan kawan di tempat kerja. Berkenaan perihal pindah rumah, perihal harga rumah semakin mahal dan tidak lagi menjadi mampu milik, lantas terselit juga perihal tanah. Buat pertama kali saya berpeluang 'meletakkan diri dalam kasut mereka' si penjual tanah. Katanya ada saudara dia yang pada asalnya memang bermati-matian tak mau jual tanah mereka. Walaupun setelah beberapa kali dioffer dengan harga yang menawan bermula dari ratusan ribu hingga ke jutaan ringgit. Orang sekeliling semua tergoda dan tanah pun berpindah hak milik. Akhirnya mereka terkepung ditengah-tengah construction. Kebetulan tanah mereka berada di tengah-tengah. Dengan kurang sopannya pemaju membina dinding yang mengepung sekeliling rumah hingga kelemasan. Akhirnya terpaksa lah dijual juga tanahnya sebab tak boleh lagi nak duduk di rumah itu dengan selesa. Terkepung dan panas. Pandangan sekeliling cuma dinding. Dihalau dari tanah sendiri secara halus..

Kasihan kan..

Fokus Pada Pemilikan Harta

Semalam saya baca 1 artikel menarik kat sini berkenaan pemilikan harta. Tak kira harta apa yang kita pilih untuk beli samada emas, saham, rumah atau pun tanah, seharusnya kita lebih fokus pada pemilikan jangka panjang harta tersebut. Bukan sekadar jana keuntungan dengan 'beli murah jual mahal'. A nice thing to ponder about..

Apapun harta dunia bukanlah bersifat kekal. Samada kita akan meninggalkan dia, atau dia yang tinggalkan kita. Di saat sibuk mengumpul harta dunia, jangan dilupa harta akhirat. Wallahualam..

5 comments:

  1. aduhaiii kesiannya yang rumah terkepung tu. tapi memang kalau takde majoriti yang sama dengan kita akan jadi macam tu la. memang kesian dengan orang kita tapi sebahagian orang kita jugak la yang ada jadi dalang sampai benda ni jadi buruk macam ni.

    ReplyDelete
  2. Saya pun terfikir sama macam semua yang CS fikirkan pasal jual tanah tu.
    Harap tak merempat di tanah tumpah sendiri nanti..
    Tu yang saya takutkan...

    ReplyDelete
  3. tak lama lagi melayu kena halau.. sedih en..
    buat pula rumah mahal2 so that melayu xleh beli.. statement bukan racist tapi hakikat..
    orang tak habis sekolah boleh compare..

    sebab tu kena ada harta kena ada management kewangan yg baik..
    so that one day tak kena pijak kat tanah sendiri..

    ReplyDelete
  4. same to u...tanah is harta yng begitu bernilai..lebih nilainya dari Emas

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...