Tuesday, March 31, 2015

GST IS COMING TOMORROWWWWWW

Salam semua..

Hari ini hari terakhir bulan Mac 2015. Hari terakhir untuk first quarter of 2015. Hari terakhir untuk 2014 fiscal year. Company Jepun selalu guna fiscal year which starts on April and ends on March every year. So sekarang musim naik pangkat (atau tak naik pangkat macam saya) dan naik gaji untuk most employees in Japanese based company. Carta organisasi baru akan keluar esok, so boleh tau dah siapa yang naik pangkat atau tidak. Gaji pula kenalah tunggu hujung bulan dapat payslip baru tau =P

Esok 1 April 2015 maka bermulalah era baru dalam sistem ekonomi di Malaysia. Nasihat saya, terima sajalah seadanya. Tiada siapa boleh lari dari GST. There is no where to run. Let's hope and pray together that our hard earned money tu goes to somewhere really beneficial. Biar bermanfaat. Jika bukan kita yang merasa manfaatnya, mungkin saudara-saudara kita. In sha Allah..

Macam di Jepun, walaupun cukai mahal dan diorang dah lama implement GST  kat sana, saya dapat rasa ada manfaat daripadanya. Contohnya bila bersalin, kerajaan bagi lebih kurang 420,000 yen, about RM13,000 nilai matawang sekarang. Alhamdulillah boleh cover bersalin di hospital dengan tempoh warded 5 hari 4 malam. Hantar anak ke nursery juga dapat potongan diskaun mengikut tangga gaji parents. Lagi rendah gaji, lagi banyak diskaun. And all other facilites you now lah, very well developed. Sudah nama pun negara maju.

Ada orang pernah kata kat saya, mana boleh nak compare Jepun dengan Malaysia. Depa negara maju. Kita ni just not so long ago only a 3rd world country. Saya kata eh mana boleh. Kenalah compare. Kalau Malaysia nak jadi negara maju, kena compare. Kalau tak compare macam mana kita nak tau whether kita ni dah mencapai kemajuan ke tak? Mana benchmarknya? Kalau kita nak tiru policies mengikut negara maju, then kenalah tiru sekali dengan manfaatnya?

So lets cross our finger dan doa banyak-banyak. Semoga ada improvement dan semoga kemajuan tu dapat dinikmati oleh semua pihak dengan adil dan saksama. Anyway saya rasa ekonomi mungkin akan jadi sedikit stagnant bila bermula GST, orang akan berfikir banyak sebelum berbelanja. Wallahualam..

Anway caruman insurans/takaful juga bakal dikenakan GST. Seperti yang saya kata tak ada siapa yang boleh lari. Tapi jangan bimbang, GST untuk takaful hanya akan ditarik daripada cash value yang sedia ada. Jadi pemegang polisi sekarang, tak perlu tambah nilai bayaran bulanan. Kalau tak mau cash value berkurang banyak, boleh tambah saving sekali dengan pelan takaful anda okay.

p/s: Anyone yang nak pergi shopping spree demi menyambut hari terakhir sebelum GST? Silakan. Saya berbelanja macam biasa je. Sebab lepas ni kena makan juga, anak kena pakai pampers juga. Baik duit tu saya laburkan. Tapi ini kata-kata orang yang kurang budget lah hehe. Kalau ada duit, apa salahnya kan.

p/s/s: Memang kasihan pada yang berpendapatan rendah mungkin akan sangat terkesan dengan GST ni kan. Sebagai yang lebih sedikit kemampuannya, panjangkanlah tangan untuk bersedekah. Zakat jangan dilupa. Moga kurang beban mereka. Itulah fungsinya rezeki kita, ada terselit juga bahagian mereka. Wallahualam.

8 comments:

  1. emm tu la..esok start dah gst nie..alahai.
    # kebetulan mlm tu ramai yg pakai baju hitam. ayam hari tu Ayu roasted 1 jam sbb saiz sederhana. tapi bila 1 jam tu..check masak ke tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay mummy ayu TQQQ nanti saya cubaaa he he he

      Delete
  2. Assalam siti,
    he3
    iols ada la memborong serba sedikit utk persediaan GST ni
    lebihkan kepada kerperluan anak kekdahnya
    tak dapat jimat untuk bertahun3, dapat jimat untuk2-3bulan pun jadiklaaaaa he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus bagusss..fayyadh leh pee pee banyak2 haha

      Delete
  3. cerita pasal gst ni mmg pening kepala...hadoi la...

    ReplyDelete
  4. Moga dengan adanya GST nie dapat mengubah landskap ekonomi negara ke arah lebih baik ^-^

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...