Sunday, February 15, 2015

TIPS MEMBEZAKAN TELEMARKETER SEBENAR DENGAN SCAMMER

Salam semua=))

Anda Mungkin Mangsa 

Adakah anda baru saja grad, baru dapat kerja dan mula mengorak langkah sebagai seorang bekerjaya? Anda baru buka akaun bank baru atas permintaan company untuk transaksi gaji? Atau, anda baru saja memohon kad kredit dan teruja bila permohonan anda lulus. Bila kad dah sampai di tangan, seketika anda menikmati tekstur nama anda yg timbul atas kad, kagum dengan permukaannya yang bersinar memancar. Lalu anda pun masukkan kad tersebut yang bagaikan penyelamat ke dalam wallet dan ia setia menemani anda kemana sahaja kaki anda melangkah pergi sejak hari itu. Tahniah!

Siapa Yang Menelefon Anda? Penipu atau Sebaliknya?

Jika anda menepati salah satu ciri-ciri di atas maka anda perlu berhati-hati! Kerana ada yang mengintip pergerakan anda. Ada insan-insan di luar sana yang cuma menunggu masa untuk mengikis wang ringgit hasil peluh keringat anda.. Mereka begitu profesional. Dari gaya bercakap hingga ke betapa terperincinya maklumat peribadi kita yang mereka miliki.. Hinggakan terlalu ramai yang tertipu dengan mereka.

Jadi, berdasarkan sedikit pengalaman yang saya lalui, suka untuk saya kongsikan beberapa tips atau cara untuk mengenal pasti antara telemarketer sebenar dan penipu.

  1. Bila anda dapat call, firstly identify no pemanggil tu. Kalau nombor henset tapi mengaku dari bank, anda memang kena rasa curiga. Tapi sekarang some scammer pun dah pandai guna fixed line ang meyakinkan. Kalau anda berada depan computer atau ada akses internet, google dulu nombor tu. Cuba cek kalau-kalau ada history aduan tentang nombor tersebut. Agak-agak macam scam tak payah angkat langsung.  
  2. Tapi not all call from unknown numbers are scammer kan. Manalah tau ada orang nak offer kerja ke apa, takkanlah memanjang takmau angkat call. Here are the tips.Telemarketer sebenar lebih profesional (of course lah kan). Selalunya bila anda angkat call, dia akan memperkenal nama dan company-nya dengan jelas. Lepas tu dia akan tanya adakah dia sedang bercakap dengan Ms A so and so untuk verification. Point penting kat sini, telemarketer sebenar selalunya akan tanya dulu, jika anda mempunyai masa untuk bercakap sekarang. Dan kalau anda kata anda sedang sibuk atau keadaan tak mengizinkan, dia akan terima dengan baik dan offer untuk call lain kali. Ini berbeza dengan scammer (most of them). Selalunya mereka tak tanya pun kita ada masa ke tak. Mereka akan bercakaaaap je terus. Telemarketer sebenar kalau tujuan dia call untuk buat promosi untuk sesuatu perkhidmatan, dia akan maklumkan dulu berkenaan apa? Dan sekali lagi minta kebebenaran dari anda samaada dia boleh teruskan atau tidak. Cara explain pun perlahan dan jelas. Dan setiap hujung explanation akan verify samaada kita faham atau tak. 
  3. Telemarketer tak akan pernah tanya no kredit kad ke, no belakang ke no depan ke tepi ke kiri kanan ke. So hati-hati jangan sampai terbagi nombor-nombor yang penting ni walaupun dia offer anda percutian percuma ke Hawaii 40 hari 40 malam!
  4. Trend scammer sekarang tiba-tiba kata nak hantar polisi insurans sebab semua pemilik kredit kad sekian kian kena ambik polisi tu. Tiba-tiba je tanya alamat penghantaran. Mula-mula kata tak ada charge, tapi bila tanya tanya, last-last baru kata kena bayar RM300++. So hati-hati juga. Beza telemarketer dengan scammer, kalau anda tolak tawaran mereka, telemarketer selalunya akan cool saja. Sebaliknya scammer akan marah atau putuskan talian secara mengejut.
Ni antara tips yang dapat saya kongsikan. Bagaimana dengan anda? Ada pengalaman dengan scammer di telefon?

Jemput juga baca pengalaman saya dengan scammer yang ermm..hampagas.. kat SINI.

6 comments:

  1. memang pun dorg akan cakap cakap dan cakap non stop

    ReplyDelete
  2. husband saya baru je dapat call dari orang insurans scam tu.. nasib baik dapat kat dia.. dapat kat saya mmg saya ganyang cukup2.. hahaha

    ReplyDelete
  3. Erm..IbuNoey baru je dpt call dr scammer isnin tadi..dia kata nak bagi insurans free.lepas tu dok pot pet pot pet.IbuNoey dengar je la.lepas tu,tiba-tiba dia cakap kena bayar RM30 pula.erm,nipu je lebih.last sekali dia tanya sama ada IbuNoey setuju tak dengan tawaran tu.IbuNoey terus kata tak setuju.

    ReplyDelete
  4. Terimakasih sis atas maklumat penting.
    Nasib baik saya x pernah terkena dengan scammer.
    Insyaallah.
    Tapi, kalau telemarketers call pun saya selalu x layan. Busy..

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...