Monday, February 16, 2015

JUAL RUMAH, BAYAR BIL HOSPITAL

Salam Isnin semua=))

Sakit Datang Tanpa Diduga

Sepanjang saya kerja sebagai wakil takaful ni, memang selalu sangat dengar cerita orang sakit atau meninggal dunia. Dah jadi sebahagian dari tugas kami begitu. Jangan taktau kadang-kadang tengah malam pun client call sebab nak masuk hospital. Ironically, masa sihat walafiat orang selalu lari bila ejen datang dekat, tapi bila sakit baru mereka cari balik ejen. Masa tu mungkin a little bit too late. Kadang-kadang kesian juga sebab tak dapat tolong. Tapi nak buat macam mana kan. Mungkin dulu dia belum dapat kesedaran lagi.

Suami Tiba-tiba Sakit, Tak Dapat Claim dari Group Insurance

Anyway, minggu lepas saya jumpa dengan seorang senior dalam agency saya. Kebetulan dia datang Penang untuk melawat pak cik dia yang baru buat pembedahan jantung dan ada appoinment dengan client lama. Nervous saya mula-mula tu sebab kami tak pernah bersembang. But Alhamdulillah she (Kak Nas) is very nice, sweet and cheerful. Lama kami bersembang kat Nasi Kandar An-Nur, sederet office Prudential dekat-dekat Sunway Karnival tu.

So Kak Nas pun cerita pasal client yang dia nak jumpa hari tu. Lecturer UiTM Penang. So dulu diorang ni ada ambik satu group insurance. Group insurance ni macam ramai-ramai sekumpulan ambik satu pelan insurance ni, pastu coverage perlindungan pon kongsi ramai-ramai. Lama-lama diorang dapat tau yang coverage yang diorang dapat sangat sikit dan limited. So sorang demi sorang ahli kumpulan tu semua keluar dari skim tu dan buat personal insurance sediri. Sampailah tinggal sikit je ahli termasuk lecturer UiTM ni tadi. Tiba-tiba husband dia sakit teruk, tak silap saya berkenaan buah pinggang macam tu lah. Bila nak claim, suddenly insurance company tak mau bayar claim. Sebab ahli-ahli yang lain semua dah stop, so dia taknak cover untuk ahli yang tinggal ni.

Timbul Kesedaran

Masa tu barulah wife dia sedar, yang actually dia satu family actually perlu ambik personal insurans dengan kad kesihatan. Jadi masa dia bawa husband untuk satu sesi rawatan kat KL, dijodohkan lecturer ni terjumpa Kak Nas dan terus buat insurans dia dan anak-anak. Unfortunately untuk husband dia dah tak dapat nak apply lah sebab condition dia yang sedia adanya tengah sakit kan.

Jual Rumah

Sampai sekarang husband lecturer ni masih sakit-sakit dan perlukan constant treatment. Yang mana semua diorang kena bayar sendiri. Dah berhabis duit simpanan sampai sekarang diorang terpaksa jual rumah untuk cover semua kos rawatan. Sedih sangat. Tapi nasib baik jugalah ada rumah untuk di jual. Kalau tak ada hanya Allah je lah yang tau. Saya doakan yang terbaik buat keluarga ni.

So kesimpulannya, pleaselah be aware. Ini boleh jadi kat sesiapa saja. Sementara sihat ni cubalah fikir-fikirkan keperluan ambil insurans/takaful ye.

8 comments:

  1. aduhhhh kesiannya kan huuuu. tp org yg jual insurans tu dlu xde bgtau ke terma dan syaratnya huuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wallahualam..mungkin ye mungkin tak..atau mungkin diorang tak take note dan tak fahamkan betul2..

      Delete
  2. Ya, itu realiti kehidupan.
    Menyediakan sendiri insurance ni, bagi saya mmg wajib..sebab kos perubatan & pembedahan mmg makin lama makin mencanak canak naik.

    ps: Nasi Kandar An Nur tu best tak? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes,, regardless of hospital kerajaan mahupun swasta kan DZ..

      errr rasa dia macam..erm nasi kandarlah =P Sebagai seorang yang kurang minat nasi kandar saya rasa nasi kandar semuaa samaaa hahaha..unless kalau dia ada jual udang besar, ke lobster ke mungkin saya akan kata dia best he he he..

      tapi kalau nak mai belah Seberang Jaya, DZ trylah p Zubaidah..ramai orang suka p situ..so sedaplah tu kan ngeeeeee..

      Delete
  3. Dulu IbuNoey sendiri tak berapa nak aware pasal insurans.dah lama tu,baru la sedar kepentingan insurans ni.sediakan payunb sebelum hujan kan..

    ReplyDelete
  4. Saya amek insurance untuk 2 orang anak saya.
    Tapi, rasa nak stop pulak sebab ada masalah dengan syrikat insurance tu. Baru nak masuk setahun. Sebulan bayar RM150je. Kalau saya stop sekarang, berapa agaknya saya boleh dapat balik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Herm..kalau stop sekarang rasanya dapat balik sikit saja sebab polisi tak sampai setahun kan? Kena cek betul dekat system baru boleh tau.

      Apa masalah tu? Boleh share dgn saya dekat siti.sharini@gmail.com atau 012-2961984. mana tau kalau boleh tolong.

      Delete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...