Monday, February 23, 2015

COMPANY SAYA DAH SEDIAKAN BENEFIT KESIHATAN, CUKUPLAH..

Salam semua=))

Kan hari tu saya ada cerita pasal client colleague saya yang terpaksa jual rumah sebab nak bayar bil hospital kat sini kan? Ada lagi satu cerita sebenarnya.

Colleague saya (Kak Nas) tu sebenarnya bukan setakat datang jumpa client je. Dia datang visit uncle dia juga yang baru je buat bypass operation. Katanya ada 3 tempat yang ada blockage. Uncle dia ni tak pernah langsung ada medical history apa-apa. Tak pernah tunjuk any sign of symptoms ke apa. Suddenly kena heart attack. Alhamdulillah dipermudahkan urusan diorang, cepat dapat buat operation. Sekarang khabarnya dah stabil. Dia buat treatment kat 2 hospital dengan total kos RM80,000.

Hospital pertama diorang pergi kat SP. Buat-buat test lah procedure semua bill RM15,000. Alhamdulillah bill yang ini covered by Tabung Haji punya coverage sebab Uncle dia staff TH. Then lepas tu transfer ke Gleneagles Penang. Buat operation and all, bill nya RM60,000++. Alhamdulillah Uncle dia ada ambik insurans dengan Prudential yang limit coverage pun RM65,000 yearly.

Nampak tak? When it come to big cases like this, selalunya insurance provided by company tempat kita kerja tak cukup. Sebab tu penting untuk kita back up dengan personal insurans.

Itulah pentingnya insurance/medical card, when we need the most. Ada yang kata ala setakat sakit demam boleh je pergi hospital kerajaan. Memang betul. Hospital kerajaan pun okay juga. Doktor-doktor semua dedicated, bayaran pun lebih murah (terima kasih pada subsidi kerajaan). Tapi sebenarnya kita lebih nak fokus pada sakit yang kritikal macam nilah. Jantung, cancer etc. Kalau operation besar-besar ni, hospital kerajaan pun minta bayaran tau. Bukan percuma.

Apa pun, terpulanglah pada individu kan. Kalau rasa berkemampuan, eloklah buat medical card satu. Sekurang-kurangnya bila tiba masanya kita sakit nanti (minta dijauhkan), kita ada pilihan samaada nak pergi hospital kerajaan atau swasta. Pergi hospital kerajaan pun boleh claim insurans. Pergi panel hospital lebih senang, cuma present medical card saja. Kalau nak buat, masa sihat dan muda adalah paling ideal sebab boleh dapat high coverage dengan bayaran lebih murah=))

5 comments:

  1. betul tu kak.. penyakit nak datang memang kekadang tu tak ada salam.. terus saja kena..
    alhamdulillah mmg CT pun amek insurance. hope ramai lagi yg sedar kepentingan benda2 mcm ni..
    kesiannya smpai kena jual rumah =( huurm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks CT memang selalu support kami ngee..

      Delete
  2. dan kalau kita sakit itu lah masanya nak manjakan diri dengan layanan di hospital private ;)

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...