Tuesday, February 10, 2015

CARA GUNA MEDICAL CARD PRUBSN UNTUK KEMASUKAN KE HOSPITAL

Salam semua=))

Siapa kat sini dah ada medical card tapi tak pernah guna? Saya! Alhamdulillah Allah kurniakan saya kesihatan yang baik. Sebenarnya saya pernah warded sekali sebab viral fever which was suspected denggi. Masa tu tahun 2011, saya baru balik dari Jepun. Saya dah ada medical masa tu, Takaful Health. Tapi sebab jakun dan tak tau sangat procedure, saya opt to admit dekat Hospital Ipoh. So tak perlulah guna medical card. Cuma lepas tu saya ada claim hospital benefit dan bill. Dalam RM900 jugaklah dapat claim. Alhamdulillah..

Saya Sakit dan Perlu Masuk Ward, Apa Perlu Buat?


  1. Kemasukan ke wad hospital panel guna PruBSN card, masa registration cuma present saja kad. Bergantung pada jenis kad yang anda ada, mungkin akan dikenakan bayaran deposit mengikut kadar yang ditetapkan oleh hospital panel (RM300/400/lain-lain).
  2. Selesai isu GL and everything, anda akan diberi bilik mengikut yang tertera pada kad. Tapi kalau nak ambik bilik yg lebih mahal pon boleh juga. Excess charges anda boleh bayar sendiri.
  3. Dapatkan rawatan denggedeng denggedengdeng sampai doktor kata boleh balik..
  4. Masa nak discaj sekali lagi kena tunggu final GL. Lepas tu kalau ada lebihan deposit, akan dipulangkan. Sebaliknya kalau tak cukup, anda kena tambah.
  5. There are cases kalau GL lambat sangat keluar, anda boleh minta balik dulu. Anda boleh juga minta tolong ejen follow up kan nak bagi speed up sikit proses. Sebab tu penting juga bila warded, inform ejen. Supaya ejen boleh tolong mana yang patut.

Take Home Message:

Coverage hanya tertakluk kepada bill rawatan yang berkaitan saja. Kalau anda minta extra menu ke, minta TV ke, atau apa-apa yg tak berkaitan dengan rawatan, itu bayar sendiri. Sama juga kalau doktor tiba-tiba nak buat procedure lyposuction sedangkan anda masuk hospital sebab demam. Lyposuction tu tak akan cover. So penting juga kita tau setiap prosedur yang doktor tu nak buat kat kita. Jangan main terima aje ye.

p/s: Ini hanya general guideline. Bergantung kepada situasi sebenar anda. 




6 comments:

  1. Replies
    1. Sorry MG gigi selalunya xcover by mana2 insurans=))

      Delete
  2. Asben saya ada medical card pe tah.
    Tapi, dia x pernah guna pun.
    Anak saya selalu masuk govt je.
    Kalau nak masuk 1st class saya bawak GL saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually suami dan anak2 saya pun sama bila warded pakai company punya GL hihi..yang personal ni betul2 for backup.

      Delete
  3. tak amek lagi kad baru.. hua hua.. egen dok call nak jumpa tapi malas =p tet.. suruh dia post ajelah..

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...