Thursday, February 5, 2015

BOLEH KE UPDATE BUKU TABUNG HAJI ORANG LAIN?

Salam semua=))

Nampaknya entry berkenaan dividen Tabung Haji sungguh mendapat tempat di hati rakyat Malaysia yer. Menunjukkan memang ramailah tu orang menyimpan dengan TH. Alhamdulillah..

Yang sebenarnya kan..kan.. saya pun belum update lagi! Hehehe. Di zaman teknologi sekarang ni semua di hujung jari lah katakan. Saya cek dekat maybank2u je. Tapi saya lupa nak rekod berapa baki terakhir sebelum pengagihan dividen tu, so taktau lah exact amaun nye. Kenapa saya tak kira je sendiri? Biarlah yang lebih pakar dah tolong kira ha ha ha.

Boleh Ke Tak Boleh?


Bagi yang belum update buku macam saya (tihihi), dan berkira-kira nak minta tolong kat suami, isteri, anak sekalian, sila take note ya. Polisi baru sekarang ni, dah tak boleh update untuk orang lain tau. Confidentiality matter ye. Yelah mana tau kan kot ada orang yang rajin pulak p tolong update without consent.Tak boleh tolong update orang lain punya ye tanpa kebenaran bertulis dari pemilik akaun.

Tapi, Saya Ikhlas dan Jujur Nak Tolong Update


Tapi ya lah. Kadang-kadang memang ada orang yang sibuk sangat sampai tak sempat pergi kaunter TH sendiri. Kadang tu ada yang uzur dan tak dapat bergerak bebas ke sana ke mari. Macam mana pun kena minta tolong orang terdekat tolong update kan juga.

Sebenarnya boleh minta tolong wakil untuk update buku, dengan syarat bawa sekali borang yang telah ditandatangan oleh pemilik akaun.

Sebab saya baik hati (eherm eherm!), kat sini saya sertakan borang kebenaran wakil ni. Abang Veder yang tolong ambik dekat kaunter TH. Dipersilakan print. If somehow printed version dia tak cantik, boleh e-mail saya (siti.sharini@gmail.com) untuk dapatkan pdf file nya. (Update: Maaf memang tak cantik. Saya tak tau macam mana nak upload pdf, so kalau nak, boleh mention dekat comment)

Update#2 (6/2/15 9:55 am): Saya upload pdf dekat Google Drive. Cuba try link INI.

Mudahkan? Print, minta tandatangan, then terus bawa sekali pergi kaunter TH. Tak perlu anda patah balik banyak kali, pergi ambik borang dulu pastu balik rumah minta sign pastu pergi lagi sekali TH. Jimat masa, tenaga, minyak dan hassle mencari parking hehehe.



https://docs.google.com/file/d/0B3ymY6bW5VcCM1ZrNzlUNkJrdlU/edit?usp=docslist_api



ASNB pun sama. Boleh pergi ke link INI untuk dapatkan borang wakil.

Sekian. Semoga bermanfaat.



10 comments:

  1. tak boleh ... even buku akaun anak pun kalau penjaga si ibu, si ibu je yg boleh update, ayah takleh ... tapi baru tahu boleh isi borang kebenaran :p nice sharing

    BLOG OH! BLOG

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..semakin strict sekarang.but its for the best=))

      Delete
  2. Saya, isteri & anak anak mmg tak update lagi buku TH..hahaha
    Takde masa..
    Buku ASB pun tak update lagi...takde masa..
    Adoiii..manjang takda masa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eherm siapalah agaknya yang selalu suruh doa supaya dberi keberkatan masa tu yer ngeeeeee

      saya tau tuan doktor memang sibuk orangnya=))

      Delete
  3. Wahh..senang gitu.
    Mak saya pun dah bising2 sebab selalu ayah yang tolong update kan.

    ReplyDelete
  4. Memang bagus juga cara ni.
    Menjamin kerahsiaan pelanggan.
    Takut ada yang berniat serong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..sekarang ni anak beranak pun tak boleh percaya sangat bila masuk bab duit ni

      Delete
  5. smalam baru pegi tabung haji, sekian lame tak gi tabung haji, yea la... selalu wat potongan gaji je, tapi semalam wat pengeluaran skit.. hehehe..trus tanye pasal nak buka buku akaun anak2... saya tak penah update buku TaHa org lain kot... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he anak2 saya pun alhmdulillah semua ada acc TH, dan juga saving dengan PruBSN

      Delete
  6. Terima kasish sis tuk pdf surat tu ;)

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...