Monday, February 2, 2015

TAKAFUL NYAWA VS TAKAFUL KESIHATAN - CMK #4

Hari ni insyaAllah kita bersama lagi dalam segmen CikSiti Membalas Komen (CMK). Dah 4 kali berlangsung rupanya. Bagus bagus. Semoga saya lebih istiqomah lagi pada masa mendatang=))

Kali ni kita tampilkan soalan DZ dekat entry CARA LUPUSKAN HUTANG KREDIT KAD SELEPAS MENINGGAL DUNIA . Nak senang faham entry ini, sudilah kiranya refer entry yang disebutkan tadi tu dulu ye adik-adik, kakak-kakak, abang-abang semua..

Soalan:                       

  1. TQ sebab kongsi info tentang Card Care Plan tu...jujurnya, saya tak pernah terfikir pun pasal tu masa gunakan kad kredit sebelum ni..
    Sekarang saya & wife takde kad kredit...
    Cuma guna kad debit aja.,..

    Tentang takaful nyawa ni, boleh bagi info mendalam sikit tak?
    Sebab ianya ' takaful", so it must be syariah compliance kan? Sebab purely convensional life insurance mmg di fatwa kan haram. Ada ke any special product from PRU- BSN / Etiqa Takaful yg specialize in pure " takaful nyawa" ? Or ianya sama macam benefit yg kita perolehi kalau ada medical card? ( sebab dalam medical card, kalau meninggal pun dapat benefit)..Boleh faham tak soalan saya ni? Berbelit2 saya nak karang soalan ni...hahahaha

Jawapan CikSiti:

  1. Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah kat DZ dan wife. Nampaknya DZ bijak mengurus kewangan, tanpa perlu guna kad kredit. Betul dah tu. Only spend with what we have. Tapi bagi yang guna kredit kad pun tak salah juga. Pilihan ditangan masing-masing=)
  2. Soalan kedua, adakah takaful tu syariah compliance? Takaful ni bermaksud insurans juga. Sama. Cuma istilah takaful digunakan bagi insurans yang patuh syariah, manakala insurans ni biasanya merujuk kepada insurans konvensional.
  3. Soalan ketiga, ada ke any special product from PRU- BSN / Etiqa Takaful yg specialize in pure " takaful nyawa" ? Haa yang ni saya jawab bagi pihak PruBSN sahaja ye. Yes PruBSN ada product takaful nyawa. Saya rasa maksud DZ di sini adalan pelan takaful traditional (tanpa medikal kad). Pelan traditional ni mudah dan lebih murah. Term dia pun kita boleh pilih nak berapa tahun ikut suka kita. Contoh pelan kita ada: PruBSN Protect.

PruBSN Protect

  • Secara ringkas, pelan ni akan bagi manfaat khairat kematian dan juga hilang upaya kekal. Ini memang asas. (Kalau nak tambah rider lain macam kemalangan pun boleh)
  • Pelan ni sangat affordable! Bermula dari RM20. Walaubagaimanapun jumlah bayaran sebenar bergantung kepada umur, jantina, pekerjaan, smoking status, jumlah dan tempoh perlindungan dsbnya.
  • Contohnya salah seorang klien saya: Lelaki, umur 40, merokok, kerja sebagai technichian. Bayaran bulanan RM55. Manfaat dia dapat kematian/hilang upaya kekal=RM80,000, kematian sebab kemalangan=RM20,000 (optional), contributor rider, term dia selama 11 tahun.
  • Maksudnya jika dia meninggal atau lumpuh dalam masa 11 tahun dari sekarang (sebelum umur 51), keluarga dia akan dapat RM80,000. Kalau meninggal disebabkan kemalangan, akan dapat RM100,000.
  • Term 11 tahun bermaksud dia perlu bayar RM55 selama 11 tahun. (Kes ini, isteri yang bayar untuk cover nyawa suami). Dan tempoh claim akan dibayar pun, musibah mesti berlaku within that 11 years. Kalau meninggal dunia masa umur dia 55 tahun (selepas term tamat), tak dapat manfaat. Term ni klien boleh pilih sendiri. Sebab tu kalau boleh buat term lama sikit. Tambah bayaran sikit, boleh up lagi tempoh perlindungan.
  • Tapi sebab dia ada contributor rider, kalau dia lumpuh atau sakit kritikal dalam masa 11 tahun pertama, automatik bayaran bulanan dia jadi percuma. Tak perlu bayar. (Ini juga optional)

Takaful Nyawa (Traditional) VS Takaful Kesihatan (Investment Link)

  • Persamaan 2 pelan ni, both ada manfaat kematian. Sebab manfaat kematian ni memang asas dia.
  • Pelan traditional lebih murah berbanding pelan investment link. Medical card yang biasanya membuatkan sesuatu pelan lebih mahal.
  • Pelan traditional menjurus kepada manfaat kematian yang besar. Kalau orang muda, bayar sikit pun dah boleh dapat jumlah perlindungan RM100,000 ke atas.
  • (updated) PERHATIAN! Please bear in mind, pelan takaful traditional pulangan cash value nya rendah berbanding investment link. Yes ia sememangnya untuk cater needs orang yang mencari jumlah perlindungan yang tinggi. Bukan untuk mencari keuntungan melalui takaful. Jika tiada sebarang kematian atau hilang upaya sepanjang tempoh polisi, nilai yang pemegang polisi akan dapat mungkin amat rendah.

Saya Dah Ada Pelan Takaful Kesihatan, Perlu Lagi Takaful Nyawa?

  • Selalunya pelan takaful kesihatan hanya letak sedikit jumlah manfaat kematian sebab medikal tu sendiri dah agak tinggi.
  • Perlu atau tak perlu takaful nyawa bergantung kepada liability, jumlah tanggungan, expectation, gaya hidup keluarga anda sendiri.
  • Contohlah saya bagi kalau sekarang perbelanjaan bulanan keluarga kita RM5000 sebulan. Katakan lepas ketua keluarga meninggal dunia, untuk keluarga sustain the same lifestyle as before (selama setahun), perlu ada RM60,000 dah. Maksudnya kalau ada RM60,000 manfaat kematian, setahun lepas kita meninggal je keluarga boleh hidup sama macam masa kita ada. Lepas tu mungkin keluarga kena downgrade contohnya pindah rumah lebih kecil dan sebagainya.
  • Tak dinafikan memang susah bagi kita nak commit bayar bulan-bulan untuk benda yang kita tak nampak, tak boleh pegang dan tak boleh rasa. Tapi buatlah atleast salah satu pelan, coverage rendah pun tak apa. Bila lapang nanti boleh upgrade.
  • Tak kira pelan insurans/takaful apa yang anda ada, tolong review dari masa ke semasa. Minta tolong dengan ejen tengok whether protection yang kita ada masih cukup lagi atau perlu tambah lagi.
  • Sebelum buat keputusan untuk sertai mana-mana pelan, know what you need =)

Sekian.. semoga membantu.

8 comments:

  1. Thank you so much!!
    Dah jelas!
    Dan saya nak add on pelan takaful nyawa ( on top of the existing my pelan takaful kesihatan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. tahniah..sila contact ejen anda. If somehow tak dapat contact ejen DZ, tolonglah add on life takaful tu dengan saya he hehe..

      Delete
  2. takaful nie bagus.. InsyaAllah kalau satu hari terbuka hati nak ambik insurans farah contact siti k..buat masa nie komitmen tinggi...tak boleh lagi..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah saya berdoa moga cepatlah Kau bukakan pintu hati Farah ni nak buat takaful =PPP

      Betul tu Farah,, sebelum commit sesuatu mesti tengok budget kita sama=))

      Delete
  3. hahaha akak baguih la.. CT tak penah pun tanya pape kat egen CT bahaha.. tau tiap2 bulan duit kena sedut tp egen CT komited gak.. always tanya khabar cuma CT redha aje hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he elok juga tau sikit2 pasal insurans ni..xrugi pun hihi..alhmdulillah dpt ejen komited.

      CT kerja mana? jomlah ketemu mata.

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cik imra,

      Maaf sangat sangat saya terdelete komen T__T

      Boleh nak tukar ejen. Tolong tinggalkan contact number atau terus cotact saya 012-2961984

      Delete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...