Thursday, February 26, 2015

Thank You Allah

Saya baru habis baca satu artikel berkenaan Surah Al-Kahf kat http://productivemuslim.com/surat-al-kahf-part4/. Please do read the whole series. Very very beautifully written..

I am truly thankful I found the website. Very inspiring. Thanks to my senior in high school who once shared an article from productivemuslim.com in he FB page.

These few days I wasn't feeling very good. Rasa jauh dan tak berpijak di bumi nyata. Lepas tu rasa bersalah. Because above all, syukur alhamdulillah. Syukur untuk untuk segalanya. I have more than I need so I should appreciate eveything I have now.

While in fact, everything that we think are ours, are not actually ours. Semua hanya pinjaman. Di dunia, bahagia tak kekal selamanya begitu juga dengan derita. They come and go. Segala yang kita ada, hanya 2 kesudahannya: Samada kita yang akan tinggalkan ia, ataupun ia yang tinggalkan kita. I am training myself to stop feeling so attached with everything other than Allah, Rasul and Al-Quran.

In sha Allah, I will be better tomorrow and the day after tomorrow and onwards. Amin..

p/s: Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin.

HOLISTIC HEALTH IS A JOURNEY


Annual medical check up report from Adventist Penang.
Overall result: B-

Let's drink a lot of plain water every day!

Back to sunnah. Lessen portion of each meal, eat lotsa fruits.
Stay away from sweeeeet unhealthy snacks!

Walk 10,000 steps a day!

Monitor weight every once in a while.

p/s: Menjaga kesihatan juga satu ibadah in shaa Allah..

Monday, February 23, 2015

COMPANY SAYA DAH SEDIAKAN BENEFIT KESIHATAN, CUKUPLAH..

Salam semua=))

Kan hari tu saya ada cerita pasal client colleague saya yang terpaksa jual rumah sebab nak bayar bil hospital kat sini kan? Ada lagi satu cerita sebenarnya.

Colleague saya (Kak Nas) tu sebenarnya bukan setakat datang jumpa client je. Dia datang visit uncle dia juga yang baru je buat bypass operation. Katanya ada 3 tempat yang ada blockage. Uncle dia ni tak pernah langsung ada medical history apa-apa. Tak pernah tunjuk any sign of symptoms ke apa. Suddenly kena heart attack. Alhamdulillah dipermudahkan urusan diorang, cepat dapat buat operation. Sekarang khabarnya dah stabil. Dia buat treatment kat 2 hospital dengan total kos RM80,000.

Hospital pertama diorang pergi kat SP. Buat-buat test lah procedure semua bill RM15,000. Alhamdulillah bill yang ini covered by Tabung Haji punya coverage sebab Uncle dia staff TH. Then lepas tu transfer ke Gleneagles Penang. Buat operation and all, bill nya RM60,000++. Alhamdulillah Uncle dia ada ambik insurans dengan Prudential yang limit coverage pun RM65,000 yearly.

Nampak tak? When it come to big cases like this, selalunya insurance provided by company tempat kita kerja tak cukup. Sebab tu penting untuk kita back up dengan personal insurans.

Itulah pentingnya insurance/medical card, when we need the most. Ada yang kata ala setakat sakit demam boleh je pergi hospital kerajaan. Memang betul. Hospital kerajaan pun okay juga. Doktor-doktor semua dedicated, bayaran pun lebih murah (terima kasih pada subsidi kerajaan). Tapi sebenarnya kita lebih nak fokus pada sakit yang kritikal macam nilah. Jantung, cancer etc. Kalau operation besar-besar ni, hospital kerajaan pun minta bayaran tau. Bukan percuma.

Apa pun, terpulanglah pada individu kan. Kalau rasa berkemampuan, eloklah buat medical card satu. Sekurang-kurangnya bila tiba masanya kita sakit nanti (minta dijauhkan), kita ada pilihan samaada nak pergi hospital kerajaan atau swasta. Pergi hospital kerajaan pun boleh claim insurans. Pergi panel hospital lebih senang, cuma present medical card saja. Kalau nak buat, masa sihat dan muda adalah paling ideal sebab boleh dapat high coverage dengan bayaran lebih murah=))

Segmen 12 Jam Bloglist #13 Mialiana.com



Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Februari 2015, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #13 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 28 Februari 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

p/s: Segmen www.sitisharini.com pun masih berlangsung jomlah support ramai2. Anyway bagus Kak Mia bagi step by step ni kan. Next time saya kena buat macam ni jugaklah kan baru senang orang join kot ye. Belajar dari yang senior=))

Friday, February 20, 2015

BERJAYAKAH TABLET HUAWEI MENJADI MILIKKU?

Salam semua=))

Kalaulah, kalau.. Kalau masih ada yang ingat entry saya mencari smartphone kat sini. Kalau nak tau, saya masih belum beli lagi phone baru haha. Sayang duit oi. Lagipun kawan saya yang beria promote Mi dia tu bagitau phone dia jatuh, screen pecah lalu touch screen dia langsung tak boleh function. Dia hantar repair kena charge dalam RM300++. Fuh campur harga dia beli phone tu dulu RM800 dah jadi seribu lebih dah. Terus cancel saya nak beli walaupun harganya murah dengan spec yang agak tinggi. Biarlah biar. Saya terus sabar. Kalau 3 tahun saya boleh bersabar, kenapa tak tambah je sikit lagi kesabaran itu ha ha ha.

Kebetulan 2 minggu lepas saya ternampak iklan kat RinggitPlus.com! Apply HSBC credit card, dapat free tablet Huawei Mediapad 7 Youth2! Wah wah dengan sepantas kilat saya apply. Hehe. Punyalah tak nak keluarkan duit sendiri kan. Lagipun sekarang saya memang kena ada tablet lagi satu. Sebab Abg Veder (suami) telah mengikut jejak langkah saya sebagai ejen takaful, maka iPad akan berpindah hak milik. Maklumlah kami ejen-ejen alaf baru, submit proposal guna apps ye sekarang. Tak mainlah borang-borang eceyh!

Anyway promotion HSBC bersama RinggitPlus.com ni tamat pada 28 Feb ini. So saya adalah sedikit skeptikal samada akan dapat tak tablet ini. Sebabnya application saya masih belum approved lagi sedangkan only a few days left saja. Tapi saya akan terus positif! Boleh?



Kalau tak berjaya, alamatnya kenalah beli sendiri T__________T Di mana saya rasa mungkin ambil masa 3 tahun lagi baru saya beli kot ha ha haaaaaaaa.. Tapi bolehlah nak start usha dan compare dari sekarang. Asus ke? Samsung ke? Peugot ke? Mini Cooper ke? Eh?!!

Jingjingg


Jinglebell jinglebelll

Warning:
Sebelum anda terjerumus dengan janji janji manis sebarang credit card promotion, sila consider perkara-perkara di bawah:
  1. Anda dah ada 5 keping card dan sekurang-kurangnya 2 daripadanya ada bayaran tertunggak?? JANGANLAH APPLY BARU. Settlekan hutag yang ada tu.
  2. Anda jenis berbelanja ikut nafsu dan bukan keperluan walaupun sebenarnya tak mampu bayar? Mungkin guna cash lebih sesuai untuk anda.
  3. Anda bukan kedua-dua di atas dan eligible untuk apply? Silakan. Tapi! Baca T&C nyer betul-betul dulu. Sebabnya..banyak yg tersembunyi dalam tu..
  4. Contohnya: annual fee dikatakan percuma. Tapi kalau baca betul-betul sebenarnya percuma (waived) kalau anda swipe 12 kali dalam masa setahun. Kalau anda tak pakai langsung pun, masih kena bayar annual fee. Dan cukai RM50 setahun masih perlu dibayar untuk setiap kad!
  5. Segala promotion cash back ke, reward point ke semua bertempoh dan ada yang limited tu certain days atau certain tempat yang boleh swipe saja. So kesimpulannya KENA BACA T&C BETUL_BETUL.
  6. Sila bayar on time, semua statement amount untuk mengelak bebanan hutang. Senang cerita only buy what you can afford.
p/s: Kalau anda boleh shopping, sudah tentu boleh beli satu polisi takaful untuk perlindungan keluarga kan. Beli barang, barang habis/rosak. Beli takaful, takaful akan kembali jadi duit bila anda yang habis/rosak.

Wednesday, February 18, 2015

MENCARI HATI YANG TENANG




Monday, February 16, 2015

JUAL RUMAH, BAYAR BIL HOSPITAL

Salam Isnin semua=))

Sakit Datang Tanpa Diduga

Sepanjang saya kerja sebagai wakil takaful ni, memang selalu sangat dengar cerita orang sakit atau meninggal dunia. Dah jadi sebahagian dari tugas kami begitu. Jangan taktau kadang-kadang tengah malam pun client call sebab nak masuk hospital. Ironically, masa sihat walafiat orang selalu lari bila ejen datang dekat, tapi bila sakit baru mereka cari balik ejen. Masa tu mungkin a little bit too late. Kadang-kadang kesian juga sebab tak dapat tolong. Tapi nak buat macam mana kan. Mungkin dulu dia belum dapat kesedaran lagi.

Suami Tiba-tiba Sakit, Tak Dapat Claim dari Group Insurance

Anyway, minggu lepas saya jumpa dengan seorang senior dalam agency saya. Kebetulan dia datang Penang untuk melawat pak cik dia yang baru buat pembedahan jantung dan ada appoinment dengan client lama. Nervous saya mula-mula tu sebab kami tak pernah bersembang. But Alhamdulillah she (Kak Nas) is very nice, sweet and cheerful. Lama kami bersembang kat Nasi Kandar An-Nur, sederet office Prudential dekat-dekat Sunway Karnival tu.

So Kak Nas pun cerita pasal client yang dia nak jumpa hari tu. Lecturer UiTM Penang. So dulu diorang ni ada ambik satu group insurance. Group insurance ni macam ramai-ramai sekumpulan ambik satu pelan insurance ni, pastu coverage perlindungan pon kongsi ramai-ramai. Lama-lama diorang dapat tau yang coverage yang diorang dapat sangat sikit dan limited. So sorang demi sorang ahli kumpulan tu semua keluar dari skim tu dan buat personal insurance sediri. Sampailah tinggal sikit je ahli termasuk lecturer UiTM ni tadi. Tiba-tiba husband dia sakit teruk, tak silap saya berkenaan buah pinggang macam tu lah. Bila nak claim, suddenly insurance company tak mau bayar claim. Sebab ahli-ahli yang lain semua dah stop, so dia taknak cover untuk ahli yang tinggal ni.

Timbul Kesedaran

Masa tu barulah wife dia sedar, yang actually dia satu family actually perlu ambik personal insurans dengan kad kesihatan. Jadi masa dia bawa husband untuk satu sesi rawatan kat KL, dijodohkan lecturer ni terjumpa Kak Nas dan terus buat insurans dia dan anak-anak. Unfortunately untuk husband dia dah tak dapat nak apply lah sebab condition dia yang sedia adanya tengah sakit kan.

Jual Rumah

Sampai sekarang husband lecturer ni masih sakit-sakit dan perlukan constant treatment. Yang mana semua diorang kena bayar sendiri. Dah berhabis duit simpanan sampai sekarang diorang terpaksa jual rumah untuk cover semua kos rawatan. Sedih sangat. Tapi nasib baik jugalah ada rumah untuk di jual. Kalau tak ada hanya Allah je lah yang tau. Saya doakan yang terbaik buat keluarga ni.

So kesimpulannya, pleaselah be aware. Ini boleh jadi kat sesiapa saja. Sementara sihat ni cubalah fikir-fikirkan keperluan ambil insurans/takaful ye.

Sunday, February 15, 2015

TIPS MEMBEZAKAN TELEMARKETER SEBENAR DENGAN SCAMMER

Salam semua=))

Anda Mungkin Mangsa 

Adakah anda baru saja grad, baru dapat kerja dan mula mengorak langkah sebagai seorang bekerjaya? Anda baru buka akaun bank baru atas permintaan company untuk transaksi gaji? Atau, anda baru saja memohon kad kredit dan teruja bila permohonan anda lulus. Bila kad dah sampai di tangan, seketika anda menikmati tekstur nama anda yg timbul atas kad, kagum dengan permukaannya yang bersinar memancar. Lalu anda pun masukkan kad tersebut yang bagaikan penyelamat ke dalam wallet dan ia setia menemani anda kemana sahaja kaki anda melangkah pergi sejak hari itu. Tahniah!

Siapa Yang Menelefon Anda? Penipu atau Sebaliknya?

Jika anda menepati salah satu ciri-ciri di atas maka anda perlu berhati-hati! Kerana ada yang mengintip pergerakan anda. Ada insan-insan di luar sana yang cuma menunggu masa untuk mengikis wang ringgit hasil peluh keringat anda.. Mereka begitu profesional. Dari gaya bercakap hingga ke betapa terperincinya maklumat peribadi kita yang mereka miliki.. Hinggakan terlalu ramai yang tertipu dengan mereka.

Jadi, berdasarkan sedikit pengalaman yang saya lalui, suka untuk saya kongsikan beberapa tips atau cara untuk mengenal pasti antara telemarketer sebenar dan penipu.

  1. Bila anda dapat call, firstly identify no pemanggil tu. Kalau nombor henset tapi mengaku dari bank, anda memang kena rasa curiga. Tapi sekarang some scammer pun dah pandai guna fixed line ang meyakinkan. Kalau anda berada depan computer atau ada akses internet, google dulu nombor tu. Cuba cek kalau-kalau ada history aduan tentang nombor tersebut. Agak-agak macam scam tak payah angkat langsung.  
  2. Tapi not all call from unknown numbers are scammer kan. Manalah tau ada orang nak offer kerja ke apa, takkanlah memanjang takmau angkat call. Here are the tips.Telemarketer sebenar lebih profesional (of course lah kan). Selalunya bila anda angkat call, dia akan memperkenal nama dan company-nya dengan jelas. Lepas tu dia akan tanya adakah dia sedang bercakap dengan Ms A so and so untuk verification. Point penting kat sini, telemarketer sebenar selalunya akan tanya dulu, jika anda mempunyai masa untuk bercakap sekarang. Dan kalau anda kata anda sedang sibuk atau keadaan tak mengizinkan, dia akan terima dengan baik dan offer untuk call lain kali. Ini berbeza dengan scammer (most of them). Selalunya mereka tak tanya pun kita ada masa ke tak. Mereka akan bercakaaaap je terus. Telemarketer sebenar kalau tujuan dia call untuk buat promosi untuk sesuatu perkhidmatan, dia akan maklumkan dulu berkenaan apa? Dan sekali lagi minta kebebenaran dari anda samaada dia boleh teruskan atau tidak. Cara explain pun perlahan dan jelas. Dan setiap hujung explanation akan verify samaada kita faham atau tak. 
  3. Telemarketer tak akan pernah tanya no kredit kad ke, no belakang ke no depan ke tepi ke kiri kanan ke. So hati-hati jangan sampai terbagi nombor-nombor yang penting ni walaupun dia offer anda percutian percuma ke Hawaii 40 hari 40 malam!
  4. Trend scammer sekarang tiba-tiba kata nak hantar polisi insurans sebab semua pemilik kredit kad sekian kian kena ambik polisi tu. Tiba-tiba je tanya alamat penghantaran. Mula-mula kata tak ada charge, tapi bila tanya tanya, last-last baru kata kena bayar RM300++. So hati-hati juga. Beza telemarketer dengan scammer, kalau anda tolak tawaran mereka, telemarketer selalunya akan cool saja. Sebaliknya scammer akan marah atau putuskan talian secara mengejut.
Ni antara tips yang dapat saya kongsikan. Bagaimana dengan anda? Ada pengalaman dengan scammer di telefon?

Jemput juga baca pengalaman saya dengan scammer yang ermm..hampagas.. kat SINI.

Friday, February 13, 2015

UPDATE BUKU TABUNG HAJI

Sebagai seorang personal finance coach TAK (belum, soon insha Allah) bertauliah, punyalah pungpang pungpang cakap pasal dividen tabung haji lah ASB lah, saya sendiri baru je update minggu lepas. Eish eish mentang-mentanglah tak da puluhan ribu dalam tu, buat-buat tak tau je ye hehe. Setelah berpusing-pusing cari Pejabat Tabung Haji kat Perda tak jumpa, saya give up dan buat keputusan untuk update dekat Bank Islam. Nasib baiklah Bank Islam jumpa hehe. Saya update sekali buku Hadi, sebab Hadi penjaganya (dalam buku TH) adalah saya.


Anak-anak saya Alhamdulillah ada akaun TH sejak kecil lagi. Yang paling banyak duit dalam tu adalah Abang Haikal. Sebab dia kan lahir kat Jepun. So duit yang orang bagi masa lahir dulu termasuk kawan-kawan Jepun, kami convert dan simpan je dalam TH. Begitu juga dengan duit raya anak-anak semua masuk TH. Tiada yang dibelanjakan. So sebenarnya duit diorang dalam akaun tu adalah hasil sumbangan saudara-mara dan kawan-kawan Alhamdulillah. Mama dan Abah cuma topap sikit-sikit nak bagi jumlah genap time masuk akaun tu je haha. Maklumlah kami kan buat sumbangan untuk Tabung Pendidikan diorang dengan PruBSN..

Anyway, sudahkah anda semua mendaftar haji? Bila jumlah dalam akaun dah cukup RM1300 dah boleh daftar haji tau. Saya pun baru daftar sekitar tahun lepas atau 2 tahun lepas. Tak kiralah estimate dapat pergi haji tu 60 tahun lagi pun, daftar je. Ada rezeki nanti merasalah kita jadi tetamu Allah di Kota Mekah. In sha Allah amiin..

p/s: URL blog baru nak stabil hehe. Semoga lebih banyak update bermanfaat lepas ni. Amin.





DO YOU SEE ME??

Assalamualaikum semua.. Salam Jumaat=))

Adakah anda nampak saya? Saya sendiri tak dapat nak view page saya dekat laptop ni. Tapi kat iPad boleh pulak.. Dah try clear cache pun tak boleh juga. Tulah bila tak pandai nak memandai-mandai he he he.



Thursday, February 12, 2015

WELCOME TO SITISHARINI.COM

PERHATIAN BUAT SEMUA!

STORYBYCIKSITI.BLOGSPOT akan berpindah ke WWW.SITISHARINI.COM.

MINTA TOLONG UPDATE BLOGLIST ANDA SECEPAT MUNGKIN.

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEMUA=))

INSHAALLAH SAYA AKAN MELANSUNGKAN GA YANG PERTAMA SEMPENA MEMPERKENALKAN SITISHARINI.COM KAT SANA NANTI (ESOK?). STAY TUNED TO THE NEW ADDRESS TQTQ.

p/s: Saya hanya tukar domain. Masih berumah di blogspot hehe.
 
Teaser..
 

 

http://secure.web-hosting.net.my/clients/aff.php?aff=3524
Nak ada domain sendiri? Klik atas!

Tuesday, February 10, 2015

DEAR READERS, CAN I? CAN I?

sitisharini.blogspot.com


Saya nak propose sesuatu..

Boleh tak kalau saya nak tukar URL ke sitisharini.blogspot.com?

Boleh ke boleh? (Sambil kelip kelip mata)

Saya rasa I've got the rhythm of blogging. Saya rasa lebih nampak hala tuju blog ini and I kinda know what I've got to offer for you all my dear readers (ambik hati sikit tihihi).

And I think this is important for my self-branding. And I also know this has nothing to do with u haha. (Please bear with me.)

For the above reasons, saya dengan rendah hati ingin menukar url blog ini. If I do, please continue to support ye. Saya harap it won't affect the traffic as well as my followers or bloglist. Affect x ye? Any tips anyone?

p/s: Can't believe I have to google in order to spell the word 'rhythm', and lots of other words nowadays, and nak tulis traffic pun salah banyak kali. Nampak sangat dah lama tak baca buku haish!

p/s/s: Walaupun saya ada impian nak ada .com sendiri, I prefer to go for the free version first he he he. Nak tanya lagi satu, actually how much it cost eh nak ada domain sendiri? (Tengok tu nak study harga pun malas, ada hati nak buat domain sendiri pirah)

NATURAL BEAUTY

Kenapa Tak Mau Pakai Make Up?


Sejak 2 menjak ni saya rasa agak reluctant untuk apply make up. Not that I selama ni make up beria kan. Tapi sekarang saya rasa nak pakai krim pun malas, compact powder pun malas, foundation apatah lagi! Saya rasa macam dah cantik dah tapi bila sekali sekala orang ambik gambar mak oii. Banyaknya flaw hahahahaha..

Tapi tetap tak mematahkan semangat saya untuk kekal malas make up. Banyak boleh jimat/benefit kalau tak apply make up ni. Antaranya:

  • Satu jimat tak payah beli make up banyak-banyak.
  • Lepas tu jimat masa dan tenaga pagi masa untuk apply make up, lepas tu masa untuk remove make tu pulak.
  • Jimat air tak payah nak basuh muka teruk-teruk haha. Nak solat pun rasa lebih yakin.
  • Terkadang kalau cuci make up tak bersih nanti melekat pulak dekat tudung atau telekung.
  • Chemical free. Kulit lebih selamat. Concern juga kan dengan bahan-bahan kimia dalam alat make up kita tu dan takut juga akan ada kesan sampingan kalau guna berpanjangan kan. Maklumlah saya masih lagi ahli kimia dan environmentalist at heart. Tak sia-sia Puan Chong mengajar saya dulu hahaha..
(Herm yang sebenarnya, saya malas dan kedekut ha ha ha.)

Tapi untuk seseorang wanita keluar dari rumah tanpa secalit make up haruslah kena ada keyakinan yang tinggi menggunung terhadap kulit wajahnya. Kawan satu lab kat Jepun dulu, dia takkan keluar rumah tanpa make up. Sanggup bangun 5-6 pagi semata-mata nak pakai make up walaupun tak mandi he he he.

Penjagaan Diri Dengan Home Made Remedy


Ingat lagi tak entry bedak sejuk saya kat SINI? Saya masih praktis tau. Wah dah lebih kurang 40 hari ni. Sikit lagi nak habis tempoh pantang larang. Bolehlah saya tengok cermin lepas ni. Eh? Hehe. Well tapi 2-3 menjak ni asik ngelat je. Tapi nampaklah perubahan bila ngelat pakai bedak sejuk, rasa muka terus hodoh. (Over). Sebab saya pun tak ada pakai benda lain dah.

Saya ada kidnap daun aloe vera kat rumah mama hehehe. Best weh sapu aloe vera kat kulit kepala, rasa sejuk je kepala sepanjang hari macam berangin gitu haha. Patutlah petua orang tua-tua suruh tenyeh aloe vera bila demam untuk sejukkan badan. Pakai kat muka pun best tapi saya tak berani lagi nak buh banyak-banyak. Kang tetiba ter alergik ke apa, habis pulak kulitku yang sedia ada tak mulus huhu.

Home made remedy ni ada kelebihan ada kekurangannya. Kelebihan, sangat murah dan bahan pun selalu senang je didapati, dan selamat digunakan tanpa bahan-bahan kimia. Kekurangan nya pula kena rajin dan consistenly apply sebab hasil dia memang lambat, kena rajin juga masa proses penyediaan, pastu proses pembuatan kena selalu sebab tak tahan lama, pastu akan messy sikitlah sekitar masa membuat dan juga memakai.

Ewah beria benor ni. Macam organic guru pulak rasanya hahaha. Sebenarnya saya masih tak jumpa skin care yang berkenan di hati sebab tak cari pun lagi. Plus sayang duit haha. Tapi saya ada laa isi form kat Physiogel kot-kot boleh menang cabutan bertuah trial kit dia he he he..

CARA GUNA MEDICAL CARD PRUBSN UNTUK KEMASUKAN KE HOSPITAL

Salam semua=))

Siapa kat sini dah ada medical card tapi tak pernah guna? Saya! Alhamdulillah Allah kurniakan saya kesihatan yang baik. Sebenarnya saya pernah warded sekali sebab viral fever which was suspected denggi. Masa tu tahun 2011, saya baru balik dari Jepun. Saya dah ada medical masa tu, Takaful Health. Tapi sebab jakun dan tak tau sangat procedure, saya opt to admit dekat Hospital Ipoh. So tak perlulah guna medical card. Cuma lepas tu saya ada claim hospital benefit dan bill. Dalam RM900 jugaklah dapat claim. Alhamdulillah..

Saya Sakit dan Perlu Masuk Ward, Apa Perlu Buat?


  1. Kemasukan ke wad hospital panel guna PruBSN card, masa registration cuma present saja kad. Bergantung pada jenis kad yang anda ada, mungkin akan dikenakan bayaran deposit mengikut kadar yang ditetapkan oleh hospital panel (RM300/400/lain-lain).
  2. Selesai isu GL and everything, anda akan diberi bilik mengikut yang tertera pada kad. Tapi kalau nak ambik bilik yg lebih mahal pon boleh juga. Excess charges anda boleh bayar sendiri.
  3. Dapatkan rawatan denggedeng denggedengdeng sampai doktor kata boleh balik..
  4. Masa nak discaj sekali lagi kena tunggu final GL. Lepas tu kalau ada lebihan deposit, akan dipulangkan. Sebaliknya kalau tak cukup, anda kena tambah.
  5. There are cases kalau GL lambat sangat keluar, anda boleh minta balik dulu. Anda boleh juga minta tolong ejen follow up kan nak bagi speed up sikit proses. Sebab tu penting juga bila warded, inform ejen. Supaya ejen boleh tolong mana yang patut.

Take Home Message:

Coverage hanya tertakluk kepada bill rawatan yang berkaitan saja. Kalau anda minta extra menu ke, minta TV ke, atau apa-apa yg tak berkaitan dengan rawatan, itu bayar sendiri. Sama juga kalau doktor tiba-tiba nak buat procedure lyposuction sedangkan anda masuk hospital sebab demam. Lyposuction tu tak akan cover. So penting juga kita tau setiap prosedur yang doktor tu nak buat kat kita. Jangan main terima aje ye.

p/s: Ini hanya general guideline. Bergantung kepada situasi sebenar anda. 




Friday, February 6, 2015

NASIHAT MENASIHATI DI ATAS KEBENARAN DAN KESABARAN

Salam Jumaat semua=)

Alhamdulillah masih hidup hari ini menghirup udara yang Allah beri.
Semoga kita semua sentiasa di jalanNya.
Semoga setiap apa yang kita lakukan berlandaskan syariatNya.
Semoga tulisan saya ini menjadi platform nasihat menasihati di atas kebenaran dan kesabaran.
Amin.



Thursday, February 5, 2015

TAHNIAH FOLLOWER KE 100!

Terima kasih Princess Caramadaries!
Penantian saya selama berbulan-bulan akhirnya berakhir.. Welcome aboard =))
InsyaAllah saya ada sesuatu untuk awak. Tolong tinggalkan nama, alamat dan no hp untuk penghantaran hadiah yang tak seberapa di ruangan komen. (Details anda tak akan dipublish)

Tercapai dah misi 100 followers. Maka kenalah saya langsungkan GA seperti yang digembar-gemburkan ke tak? Nanti saya fikirkan strukturnya ye. Bila tiba masanya nanti, kita launch ye kawan-kawan. Please kindly support mehmehmeh.

Terima kasih juga buat semua yang menyokong blog ini selama ini. Alhamdulillah..

p/s: Next target, mencari follower ke 200 pulak?!

BOLEH KE UPDATE BUKU TABUNG HAJI ORANG LAIN?

Salam semua=))

Nampaknya entry berkenaan dividen Tabung Haji sungguh mendapat tempat di hati rakyat Malaysia yer. Menunjukkan memang ramailah tu orang menyimpan dengan TH. Alhamdulillah..

Yang sebenarnya kan..kan.. saya pun belum update lagi! Hehehe. Di zaman teknologi sekarang ni semua di hujung jari lah katakan. Saya cek dekat maybank2u je. Tapi saya lupa nak rekod berapa baki terakhir sebelum pengagihan dividen tu, so taktau lah exact amaun nye. Kenapa saya tak kira je sendiri? Biarlah yang lebih pakar dah tolong kira ha ha ha.

Boleh Ke Tak Boleh?


Bagi yang belum update buku macam saya (tihihi), dan berkira-kira nak minta tolong kat suami, isteri, anak sekalian, sila take note ya. Polisi baru sekarang ni, dah tak boleh update untuk orang lain tau. Confidentiality matter ye. Yelah mana tau kan kot ada orang yang rajin pulak p tolong update without consent.Tak boleh tolong update orang lain punya ye tanpa kebenaran bertulis dari pemilik akaun.

Tapi, Saya Ikhlas dan Jujur Nak Tolong Update


Tapi ya lah. Kadang-kadang memang ada orang yang sibuk sangat sampai tak sempat pergi kaunter TH sendiri. Kadang tu ada yang uzur dan tak dapat bergerak bebas ke sana ke mari. Macam mana pun kena minta tolong orang terdekat tolong update kan juga.

Sebenarnya boleh minta tolong wakil untuk update buku, dengan syarat bawa sekali borang yang telah ditandatangan oleh pemilik akaun.

Sebab saya baik hati (eherm eherm!), kat sini saya sertakan borang kebenaran wakil ni. Abang Veder yang tolong ambik dekat kaunter TH. Dipersilakan print. If somehow printed version dia tak cantik, boleh e-mail saya (siti.sharini@gmail.com) untuk dapatkan pdf file nya. (Update: Maaf memang tak cantik. Saya tak tau macam mana nak upload pdf, so kalau nak, boleh mention dekat comment)

Update#2 (6/2/15 9:55 am): Saya upload pdf dekat Google Drive. Cuba try link INI.

Mudahkan? Print, minta tandatangan, then terus bawa sekali pergi kaunter TH. Tak perlu anda patah balik banyak kali, pergi ambik borang dulu pastu balik rumah minta sign pastu pergi lagi sekali TH. Jimat masa, tenaga, minyak dan hassle mencari parking hehehe.



https://docs.google.com/file/d/0B3ymY6bW5VcCM1ZrNzlUNkJrdlU/edit?usp=docslist_api



ASNB pun sama. Boleh pergi ke link INI untuk dapatkan borang wakil.

Sekian. Semoga bermanfaat.



Wednesday, February 4, 2015

PERUBAHAN TARIF HARGA PELAN TAKAFUL

Wah wah tarif tu.. dah macam bil elektrik pulak kedengarannya=))

Kami dah dapat circulation, ada perubahan dari segi benefit dan harga pelan takaful berkuatkuasa 9 Feb 2015 ini.


Apa yang berubah?

  • Medical card HealthEnrich Advanced dan Premier, akan dinaikkan jumlah sumbangan minimum kepada RM300 dan RM400 respectively. 
  • Tiada lagi elaun harian kemasukan ke hospital (Hospital Benefit)

Ini main point lah. Dan applicable untuk new client sahaja. Existing client in sha Allah tak affected.

Alhamdulillah saya sempat upgrade medical card saya hari tu. HealthEnrich Premier, bulanan baru RM208. Fuh jauh tu beza dengan RM400! So siapa yang memang berkira-kira nak buat medical card saya sarankan ambik cepat. Contactlah ejen yang anda kenali as soon as possible.

Pada yang belum ada langsung pelan takaful, considerlah buat satu. Nak tunggu harga turun rasanya tak turun dah. Makin naik ada. Sebab apa? Sebab kos rawatan, ubat-ubatan pun semua naik. Nanti GST lagi kan..

Whatever it is, make sure you know and understand what u need=))

p/s: Saya dah dapat surat dari CWA inform pasal akan dikenakan cukai GST nanti ngehngehngeh.

Tuesday, February 3, 2015

Segmen Berkenalan by: Dr. Shikin

KLIK BANNER TO JOIN!

SAYA TAG The Namy Blog

Monday, February 2, 2015

TAKAFUL NYAWA VS TAKAFUL KESIHATAN - CMK #4

Hari ni insyaAllah kita bersama lagi dalam segmen CikSiti Membalas Komen (CMK). Dah 4 kali berlangsung rupanya. Bagus bagus. Semoga saya lebih istiqomah lagi pada masa mendatang=))

Kali ni kita tampilkan soalan DZ dekat entry CARA LUPUSKAN HUTANG KREDIT KAD SELEPAS MENINGGAL DUNIA . Nak senang faham entry ini, sudilah kiranya refer entry yang disebutkan tadi tu dulu ye adik-adik, kakak-kakak, abang-abang semua..

Soalan:                       

  1. TQ sebab kongsi info tentang Card Care Plan tu...jujurnya, saya tak pernah terfikir pun pasal tu masa gunakan kad kredit sebelum ni..
    Sekarang saya & wife takde kad kredit...
    Cuma guna kad debit aja.,..

    Tentang takaful nyawa ni, boleh bagi info mendalam sikit tak?
    Sebab ianya ' takaful", so it must be syariah compliance kan? Sebab purely convensional life insurance mmg di fatwa kan haram. Ada ke any special product from PRU- BSN / Etiqa Takaful yg specialize in pure " takaful nyawa" ? Or ianya sama macam benefit yg kita perolehi kalau ada medical card? ( sebab dalam medical card, kalau meninggal pun dapat benefit)..Boleh faham tak soalan saya ni? Berbelit2 saya nak karang soalan ni...hahahaha

Jawapan CikSiti:

  1. Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah kat DZ dan wife. Nampaknya DZ bijak mengurus kewangan, tanpa perlu guna kad kredit. Betul dah tu. Only spend with what we have. Tapi bagi yang guna kredit kad pun tak salah juga. Pilihan ditangan masing-masing=)
  2. Soalan kedua, adakah takaful tu syariah compliance? Takaful ni bermaksud insurans juga. Sama. Cuma istilah takaful digunakan bagi insurans yang patuh syariah, manakala insurans ni biasanya merujuk kepada insurans konvensional.
  3. Soalan ketiga, ada ke any special product from PRU- BSN / Etiqa Takaful yg specialize in pure " takaful nyawa" ? Haa yang ni saya jawab bagi pihak PruBSN sahaja ye. Yes PruBSN ada product takaful nyawa. Saya rasa maksud DZ di sini adalan pelan takaful traditional (tanpa medikal kad). Pelan traditional ni mudah dan lebih murah. Term dia pun kita boleh pilih nak berapa tahun ikut suka kita. Contoh pelan kita ada: PruBSN Protect.

PruBSN Protect

  • Secara ringkas, pelan ni akan bagi manfaat khairat kematian dan juga hilang upaya kekal. Ini memang asas. (Kalau nak tambah rider lain macam kemalangan pun boleh)
  • Pelan ni sangat affordable! Bermula dari RM20. Walaubagaimanapun jumlah bayaran sebenar bergantung kepada umur, jantina, pekerjaan, smoking status, jumlah dan tempoh perlindungan dsbnya.
  • Contohnya salah seorang klien saya: Lelaki, umur 40, merokok, kerja sebagai technichian. Bayaran bulanan RM55. Manfaat dia dapat kematian/hilang upaya kekal=RM80,000, kematian sebab kemalangan=RM20,000 (optional), contributor rider, term dia selama 11 tahun.
  • Maksudnya jika dia meninggal atau lumpuh dalam masa 11 tahun dari sekarang (sebelum umur 51), keluarga dia akan dapat RM80,000. Kalau meninggal disebabkan kemalangan, akan dapat RM100,000.
  • Term 11 tahun bermaksud dia perlu bayar RM55 selama 11 tahun. (Kes ini, isteri yang bayar untuk cover nyawa suami). Dan tempoh claim akan dibayar pun, musibah mesti berlaku within that 11 years. Kalau meninggal dunia masa umur dia 55 tahun (selepas term tamat), tak dapat manfaat. Term ni klien boleh pilih sendiri. Sebab tu kalau boleh buat term lama sikit. Tambah bayaran sikit, boleh up lagi tempoh perlindungan.
  • Tapi sebab dia ada contributor rider, kalau dia lumpuh atau sakit kritikal dalam masa 11 tahun pertama, automatik bayaran bulanan dia jadi percuma. Tak perlu bayar. (Ini juga optional)

Takaful Nyawa (Traditional) VS Takaful Kesihatan (Investment Link)

  • Persamaan 2 pelan ni, both ada manfaat kematian. Sebab manfaat kematian ni memang asas dia.
  • Pelan traditional lebih murah berbanding pelan investment link. Medical card yang biasanya membuatkan sesuatu pelan lebih mahal.
  • Pelan traditional menjurus kepada manfaat kematian yang besar. Kalau orang muda, bayar sikit pun dah boleh dapat jumlah perlindungan RM100,000 ke atas.
  • (updated) PERHATIAN! Please bear in mind, pelan takaful traditional pulangan cash value nya rendah berbanding investment link. Yes ia sememangnya untuk cater needs orang yang mencari jumlah perlindungan yang tinggi. Bukan untuk mencari keuntungan melalui takaful. Jika tiada sebarang kematian atau hilang upaya sepanjang tempoh polisi, nilai yang pemegang polisi akan dapat mungkin amat rendah.

Saya Dah Ada Pelan Takaful Kesihatan, Perlu Lagi Takaful Nyawa?

  • Selalunya pelan takaful kesihatan hanya letak sedikit jumlah manfaat kematian sebab medikal tu sendiri dah agak tinggi.
  • Perlu atau tak perlu takaful nyawa bergantung kepada liability, jumlah tanggungan, expectation, gaya hidup keluarga anda sendiri.
  • Contohlah saya bagi kalau sekarang perbelanjaan bulanan keluarga kita RM5000 sebulan. Katakan lepas ketua keluarga meninggal dunia, untuk keluarga sustain the same lifestyle as before (selama setahun), perlu ada RM60,000 dah. Maksudnya kalau ada RM60,000 manfaat kematian, setahun lepas kita meninggal je keluarga boleh hidup sama macam masa kita ada. Lepas tu mungkin keluarga kena downgrade contohnya pindah rumah lebih kecil dan sebagainya.
  • Tak dinafikan memang susah bagi kita nak commit bayar bulan-bulan untuk benda yang kita tak nampak, tak boleh pegang dan tak boleh rasa. Tapi buatlah atleast salah satu pelan, coverage rendah pun tak apa. Bila lapang nanti boleh upgrade.
  • Tak kira pelan insurans/takaful apa yang anda ada, tolong review dari masa ke semasa. Minta tolong dengan ejen tengok whether protection yang kita ada masih cukup lagi atau perlu tambah lagi.
  • Sebelum buat keputusan untuk sertai mana-mana pelan, know what you need =)

Sekian.. semoga membantu.

TEMPAT MENARIK DI UTARA YANG SAYA JUMPA MELALUI BLOGGERS

Salam Isnin semua=))

Saya ni nama je dah duduk Penang 3 tahun lebih. Tapi sangatlah noob pasal tempat-tempat kat utagha ni. In fact kalau orang datang dan tanya mana nak makan tempat best pun saya sendiri taktau nak bawak p mana. Huhu. Setakat ni kehidupan saya hanya pergi balik kerja, beli groceris, errunds, servicing clients. Baru ku sedar haha..

Anyway semenjak berblog dan berblogwalking, banyak juga tempat-tempat yang saya first time dengar. Walhal dekat je pun dengan rumah. List kat bawah ni dah lama tersimpan dalam draft. Mungkin akan lebih panjang lepas ni he he..

  1. http://aryshafayyadh.blogspot.com/2014/11/taman-metropolitan-penang.html
  2. http://arwendanish.blogspot.com/2013/11/kidland-penang-learning-and-playing-for.html
  3. http://haizanrunsah.blogspot.com/2012/10/cinta-sayang-resort-sungai-petani-kedah.html
  4. http://www.bubblynotes.com/2014/10/sesi-memanjakan-ash-di-hipopo-baby-spa.html

Anda ada tempat menarik nak kongsi dengan saya? Boleh juga saya panjangkan list ni hehehe.

Sunday, February 1, 2015

SEGMEN WWW.SITISHARINI.COM

Update: 13/04/2015

Hadiah telah dihantar melalui Pos Laju pada 11/04/2015.
Semoga selamat sampai ke destinasi.
Saya appeciate kiranya boleh inform saya bila barang telah sampai.
TQ for joining!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Update: 17/03/2015
Terima kasih semua yang join.
Senarai pemenang yang dipilih secara random adalah seperti di bawah.

66,29,16,45,36,57,6,5,34,32
13,53,10,30,58,28,41,14,55,9
Mereka yang terpilih tolong whatsapp saya di 012-2961984: nama, alamat, no phone. TQQ!
Tak ada whatsapp e-mail pon boleh ke siti.sharini@gmail.com
However, minta maaf sangat please expect some delay untuk penghantaran hadiah ya. Saya akan tunggu semua orang bagi details baru saya post in shaa Allah.
Tolong tuntut hadiah dalam masa seminggu dari sekarang yakni sebelum 31/03/2015.. If not saya cabut undi untuk peserta lain pula ye thankssss.

 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Original entry: 1 Feb 2015




Dengan lafaz Bismillah..
Hari ni buat julung kali in sha Allah saya melancarkan segmen bagi mewar-warkan penghijrahan storybyciksiti.blogspot.com ke www.sitisharini.com. Dan dengan harapan dapatlah saya menyebarkan sedikit manfaat jika ada, daripada penulisan saya yang tak seberapa kepada lebih ramai orang di luar sana.

Syarat penyertaan teramat mudah. Cuma perlu:
1) Buat satu entry dan back link ke entry ini. Nak lebih mudah boleh copy paste je code kat bawah ni.



2) Tinggalkan url entry anda di ruangan komen.

3) Nak follow blog ini untuk pun dialu-alukan juga=)

Terima kasih atas sokongan semua. Tarikh tamat, hadiah dan kriteria pemenang bakal diberitahu kelak. Stay tuned to this post. Jemput join ramai-ramai ya.
Thanks!!!!!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
UPDATE 20/2/2015

Maaf lambat saya update berkenaan segmen ini -_________-;

Tarikh tamat segmen:

15/3/2015 tepat jam 12:00 pm ye.

Hadiah (In Sha Allah):

1) Buku x 10 (Title will be various. Mungkin sama atau tak sama dengan gambar.)





--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Senarai Peserta:

  1. http://storymoryluahanku.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  2. http://aryshafayyadh.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  3. http://ummialyaanas.blogspot.com/2015/02/segmen-www.html
  4. http://kierasakura.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  5. http://enyyusnizar.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  6. http://duniamrsrongoks.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  7. http://www.syahidahfadilah.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  8. http://ibunoey.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  9. http://cikcandysour.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  10. http://sigilerceloteh.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  11. http://www.mialiana.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  12. http://cintanelly.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  13. http://keymekeymoo.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  14. http://www.mizisempoi.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  15. http://awansamudera.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  16. http://www.mamaniza.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  17. http://www.sheilainspire.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  18. http://cutiefany.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  19. http://nikainaa.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  20. http://ceriterahidup97.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  21. http://www.hanisamanina.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  22. http://mrsyatie.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  23. http://sigadisberkacamata.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  24. http://bimbinganbelajar29.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  25. http://mummysupplementshop.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  26. http://www.shelovevitamin.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  27. http://belogsheila.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  28. http://sallyadan.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  29. http://ukhti-ninja.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  30. http://sweetsouryaya.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  31. http://norshamimi.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  32. http://aleiyamustaffa.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  33. http://uyoii.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  34. http://ladiesingreen.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  35. http://dyllarezan.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitiharinicom_78.html
  36. http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  37. http://www.ayuinsyirah.my/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  38. http://vithebat.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  39. http://chenta-shima.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  40. http://www.mariafirdz.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  41. http://kisahsinenot22.blogspot.com/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html
  42. http://nenektanjung.blogspot.com/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html
  43. http://ciklapunyabelog.blogspot.com/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html
  44. http://awansayatasana.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  45. http://jombercontest.blogspot.com/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html
  46. http://www.aimisyahirah.com/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html
  47. http://www.cikgufarha.com/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html
  48. http://cuteandadorable-is-sugarmeow.blogspot.com/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html
  49. http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html
  50. http://ceriteracintadia.blogspot.com/2015/03/giveaway-penghijrahan.html
  51. http://ohresepiku.blogspot.com/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html
  52. http://www.azhafizah.com/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html
  53. http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html
  54. http://ekjozbuluh.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
  55. http://huhahuhajerr.blogspot.com/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html
  56. http://www.djmgroup.com.my/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html
  57. http://www.cikimm.com/2015/03/ga-wwwsitisharinicom.html
  58. http://www.blogparihh.com/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html
  59. http://nurulhidayahdiary.blogspot.com/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html
  60. http://adna2029.blogspot.com/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html
  61. http://amsran85.blogspot.com/2015/03/jom-join-segmen-wwwsitisharinicom.html
  62. http://umikasum.blogspot.com/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html
  63. http://cikdelimamerah.blogspot.com/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html
  64. http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html
  65. http://wani-siulatbuku.blogspot.com/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html
  66. http://aienlieyrusli.blogspot.com/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html
  67. http://cowament.blogspot.com/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html




--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terma & Syarat:
1) Segmen ini terbuka kepada semua blogger warganegara Malaysia samaada follower Cik Siti atau pun bukan.
2) Pemenang akan dipilih secara random.
3) www.sitisharini.com berhak meminda syarat, tarikh tamat segmen mahupun menukar hadiah tanpa notis.
4) Pemenang yang terpilih diminta memberikan nama, no hp dan alamat untuk tujuan penghantaran hadiah.
*Jangan takut ni hanyalah poyo semata-mata. Cik Siti tak makan orang hihi*
 
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 
 

PENGOMEN TEGAR JANUARI 2015

Salam semua=))

Wahwah sekejap betul masa berlalu. Rasa macam baru je masuk tahun baru 2015 kan. Tup tap tup tap dah pun masuk bulan Febuari. Masa sungguh mencemburui kita ewah!!

Saya nak ucapkan sebanyak-banyak terima kasih kepada semua yang sudi singgah dan komen blog CikSiti ni. InsyaAllah saya akan terus menulis selagi terdaya (amboi) dan harapnya tulisan saya ni mendatangkan manfaat buat semua. Yang tak ada dalam senarai kat bawah pun tima kasih juga tau=))


Nampaknya follower CikSiti dah jadi 97 orang. Welcome to new followers terima kasih terima kasih. Lagi 3 orang jer lagi nak cukup 100 yeay!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...