Thursday, January 15, 2015

Serangan jantung dalam diam, bersediakah kita?

Assalamualaikum semua=)

Saya baru baca update kat blog Dr. Zubaidi berkenaan serangan jantung kat sini. In summary, serangan jantung dalam diam ada yang menyebabkan kematian dalam tidur. Especially bagi pesakit diabetes ditambah dengan kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah. Penyakit diabetes ni kalau tak dikawal dengan baik, kandungan gula yang tinggi boleh buat saluran darah arteri tersumbat. Tambah pula dengan pengumpulan plak kolestrol. Bila plak ni tiba-tiba pecah tu yang jadi serangan sakit jantung atau strok. Allahuakbar..

True story

Penyakit ini sebenarnya sangat sangat common kan. Ingat lagi kawan saya kat sekolah dulu, masa kami form 3, ayah dia tiba-tiba meninggal sakit jantung. Pakcik Abg Veder (suami saya) saya pun baru kena serangan jantung hari Sabtu lepas. Semalam baru discharge dari HKL. Pakcik dia lagi seorang pun meninggal mengejut dalam bilik air few years back most probably sebab masalah jantung juga. Sebenarnya saya risau juga kesihatan suami saya ni because of the family history. Dan juga history suami saya sendiri. Boleh refer sini, sini. Saya berserah pada Allah dan doakan Abg Veder sihat selalu.

Countermeasure

Dalam pada kita berserah dan tawakkal, amatlah salah rasanya kalau kita tak usaha untuk mencegah kan. Tolonglah tolong ye semua amalkan gaya hidup sihat. Jaga makan, jaga kesihatan, jaga badan dan exercise. Saya pun kena beringat sama ni. Usia kita bukan makin muda.

Saya rasa yang paling ideal bagi umat Islam adalah amalkanlah pemakanan mengikut sunnah. Bukan setakat makan benda-benda yang disukai Rasulullah. Tapi cara, waktu,  makannya pun kena ikut sama. Makan sikit-sikit, kunyah betul-betul, makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang, dan banyak lagilah amalannya yang boleh kita cari dan amalkan.

In fact, setiap genap amalan seharian Rasulullah patut kita contohi sebab itulah cara hidup yang paling ideal. Kerana apa yang Rasulullah amalkan semuanya ilmu dari Allah. Jadi nak dapatkan hidup yang ideal, sihat sejahtera dan berjaya dunia akhirat, ikutlah seperti Rasul kita. Jangan pula bila cakap ikut sunnah Rasul bila kat part berkahwin 2,3,4 je ye abang-abang sekalian. Hot topik ni hahahaha.. Mungkin boleh up satu entry berkaitan lepas ni.

Back up plan

Berdoa supaya dikurniakan kesihatan yang baik sudah, amalkan gaya hidup sihat pun sudah, ikut sunnah nabi pun sudah, tapi kalau ditakdirkan sakit juga itu adalah ujian dari Allah. Tiada siapa yang dapat menghalangnya kan. Setiap yang hidup pasti akan mati.

Asbab seseorang untuk mati pun bukan sebab sakit saja. Boleh jadi kemalangan juga misalnya. Mati kemalangan sama mengejut macam mati sebab serangan jantung bagi saya. Sebab arwah abah saya dulu meninggal sebab kemalangan jalan raya. On the spot. Memang saya rasa kehilangan yang amat amat besar sebab terlalu tiba-tiba. Kali terakhir saya lihat arwah wajah riang ria ceria bergelak tawa, lepas tu tiba-tiba pufffff.. gone!

Kesimpulannya, semua orang akan mati. Cepat atau lambat. Sakit atau tidak. Tua atau muda. Jadi kita yang hidup ni beramallah sebaik mungkin. Bila rasa nak buat dosa, ingatlah mati. Bila rasa nak marah kat orang, suami, isteri, anak, mak ayah, ingatlah mati. Bila rasa sedih, geram, kecewa ditimpa musibah ingatlah mati. Bila rasa malas nak solat, mengaji, bangun malam, ingatlah mati makin hampir. InsyaAllah semoga kita semua terpelihara dan mati kita dalam husnul khotimah.

Katakan kalau hari ni kita dijemput pergi, macam mana dengan anak isteri, keluarga yang selama ini bergantung harap kepada kita? Please have an adequate takaful/insurance policy. Duit memang tak akan dapat menggantikan tempat orang yang pergi, tapi sekurangnya dapat menyediakan nasi di atas meja buat mereka yang tinggal.

p/s: Al-Fatihah untuk arwah abah.

6 comments:

  1. sakit jantung ni makin common kan.. dulu2 macam pelik dan rare dengar org sakit jantung..

    ReplyDelete
  2. menggerunkan..mudah2an kita selalu di bawah lindunganNYA...

    ReplyDelete
  3. Serangan jantung tak mengira usia... tua muda kan.. takut dengar...

    ReplyDelete
  4. Sekarang heart attack ni memang xkira usia dah.

    ReplyDelete
  5. memang takut kan sekarang. betol faktor pemakanan kita yang banyak menggunakan minyak sekarang pun jadi salah satu punca kan

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...