Saturday, January 31, 2015

KERJAYA SEBAGAI EJEN TAKAFUL

Bismillahirrahmanirrahim..

Income

Alhamdulillah tahun ni dah 3 tahun saya join bisnes takaful sebagai part-timer. Income Alhamdulillah bolehlah buat tolong belanja rumah dan sekarang buat bayar loan rumah. Dari segi income saya tak boleh kata banyak sebab saya sendiri pun masih belum capai target lagi. Sebab adat dalam bisnes ni the more you do the more you get. So kalau orang yang memang fokus and willing to work hard, then insyaAllah. Semua rezeki dari Allah =))

Tolong Orang

But it's more than the income itself actually. Saya suka dapat tolong orang dapatkan perlindungan takaful ni. Kalau orang sakit, masuk hospital, meninggal dunia, kita tolong claim dan ringankan beban kewangan keluarga. Kan seronook tu. Walaupun bukan tolong dengan duit kita hehe.

Ingat Mati, Ingat Sakit

Bila saya start join bisnes ni saya rasa lebih mudah mengingat mati. Lebih rasa saya perlu perbaiki diri setiap hari sebab ajal bakal menjemput bila-bila masa. Saya rasa lebih mudah untuk bersyukur dengan nyawa yang Allah beri. Syukur dengan kesihatan yang saya nikmati, kesempurnaan anggota badan yang membolehkan saya berjalan, bergerak bebas, melihat, bercakap, mendengar. Hatta dapat berkelip mata pun sesuatu yang patut kita syukuri, Sungguh semuanya mengingatkan saya kepada kebesaranNya. Subhanallah!

Self Development

Dalam industry takaful perlukan kita sentiasa bersifat positif. Nak maju ke depan kena positif. In fact tak kira lah profession apa yang kita pilih hatta suri rumah sepenuh masa pun, kalau kita positif insyaAllah laluan hidup kita terasa lebih mudah. Sebagai muslim saya rasa positif ni sebenarnya adalah sentiada bersangka baik dengan Allah, beriman kepada Allah. Kan Allah kata, tak ada keraguan, kesedihan bagi orang yang beriman.

Banyak lagi self development skill lain yang saya dapat hasil daripada join bisnes ni. Macam kebaikan berpagi-pagi, dhuha, communication dan banyak lagilah. And you have leader dan team mates yang sama-sama akan tolong kita saat kita down.

Ilmu Pengurusan Kewangan

Hasil attend training provided by the Prudential/PruBSN saya dapat juga timba banyak ilmu pengurusan kewangan, faraid. harta pusaka dan sebagainya. Alhamdulillah banyak saya dapat belajar. Dan sekarang saya cuba pula kongsikan kat awak-awak semua yang sudi baca blog saya ni insyaAllah=)) Semoga bermanfaat.


6 comments:

  1. Menarik..
    Teringin nak cuba sesuatu yang baru...
    Part time jadi agen takaful....hmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish kalau DZ nak jadi agent, boleh sangat tu..
      come drop by our office kat Phileo Damansara!

      Delete
  2. Apapun yg kita buat kena ada minat..InsyaAllah boleh berjaya.. good luck yer..=D

    ReplyDelete
  3. Sesekali saya pun ada juga belajar tentang takaful. Semoga dapat menyedarkan ramai orang tentang kepentingan takaful ni. All the best Cik Siti! =)

    ReplyDelete
  4. semoga makin berkembang maju k..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...