Friday, January 23, 2015

DIVIDEN TABUNG HAJI 2014 = 6.25%, BONUS HAJI = 2%

Assalamualaikum semua. Salam Jumaat=)

Berita Baik Untuk Pemegang Akaun Tabung Haji

So, berapa duit ada dalam Tabung Haji tu?? Hehe amboi Cik Siti suka hati kau je nak tanya duit orang yer. Bukan ke P&C tu. Takpe kawan-kawan semua boleh jawab dalam hati. Cik Siti bukan boleh dengar pun suara hati anda =P

So semalam Tabung Haji dah announce DIVIDEN TABUNG HAJI 2014 = 6.25%, BONUS HAJI = 2%. First thing first, marilah kita bersyukur dulu alhamdulillah. Banyak ke sikit ke tetap rezeki yang Allah bagi. Yang tak ada akaun TH pun bolehlah bersyukur jugak, sambil tu pasanglah niat nak bukak akaun TH lalu terus berniat haji. Niat siap2 dari sekarang sebagai semangat. Allah kan menurut sangkaan hambanya =)) InsyaAllah aminnnnn..

Cara Kira Bonus Tabung Haji

Dividen + bonus = 8.25%

Tapi!
Kiraan ini hanya applicable untuk:
1) Pemegang akaun TH yang belum pernah pergi haji,
2) Jumlah simpanan dalam akaun TH kurang daripada RM9980 (nilai purata kos haji)

Bagi orang yang jumlah simpanan dia melebihi RM9980, bonus 2% tu hanya dapat untuk RM9980 sahaja. Lebih daripada tak kira untuk bonus ye.

Haaa confuse tak? Hehe.

Okaylah sempena hari Jumaat yang mulia, biarlah saya bagi siap dengan contohnya sekali. Kita bagi 2 situasi ye pinjam nama Ahmad dan Ali sat. Kita assume Ahmad dan Ali dua-dua belum menunaikan haji lagi ye.

1) Ahmad

Katakan Ahmad punya baki minimum purata dalam akaun TH (dari Jan hingga Dis 2014) bersamaan dengan RM5000.

Jadi dividen + bonus Ahmad adalah,
RM5000 x 8.25% = RM412.50

2) Ali

Katakan Ahmad punya baki minimum purata dalam akaun TH (dari Jan hingga Dis 2014) bersamaan dengan RM15000.

Jadi dividen + bonus Ahmad adalah,
(RM9980 x 8.25%) + (RM5020 x 6.25%) = RM1137.10


Update 2:33pm

Sebab ada yang bertanya pengiraan bonus bagi orang yang sudah menunaikan haji, maka kita tambah lagi satu contoh ke 3 ye.

3) Ah Seng (Alhamdulillah telah memeluk Islam dan nama muslimnya Husin) telah pun menunaikan haji tahun lepas (Alhamdulillah lagi sekali)

Katakan Ah Seng punya baki minimum purata dalam akaun TH (dari Jan hingga Dis 2014) bersamaan dengan RM50000. (Orang kaya nampaknya Ah Seng, Alhamdulillah murah rezeki)




Jadi dividen Ah Seng adalah,
RM50000 x 6.25% = RM3125

Nampak tak? Ah Seng atau Husin hanya dapat dividen sahaja. No bonus. Sebab apa? Sebab syarat penerima bonus mestilah orang yang belum pernah mengerjakan haji.


OK boleh faham tak? Harap-harap clear lah ye. Kalau saya salah tolong betulkan ye. Later today saya nak share pulak salah satu cara nak menyimpan secara konsisten demi menunaikan tuntutan rukun Islam ini insyaAllah. Stay tuned...


Bermula pada Isnin, 26 Januari 2015 para pendeposit boleh menyemak pengkreditan Bonus Pendeposit TH 2014 melalui kaunter TH atau ATM bank-bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic.
p/s: Rujukan sini dan FAQ TH.
p/s/s: Dividen TH pun not bad juga kan =))
p/s/s/s: Baca entry berkaitan kat sini.
p/s/s/s/s: Mohon pemilik nama Ahmad dan Ali dan Ah Seng dan Husin jangan terasa =P

REFER MACAM MANA KIRA BAKI MINIMUM PURATA DI SINI.

38 comments:

  1. Rugi tak simpan banyak-banyak tahun lepas :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. DZ, barang yang lepas jangan dikenang.. usaha lebih baik tahun ni insyaAllah =))

      Delete
  2. Kakak ada dengar juga berita dari radio ikim pagi tadi
    Nanti balik kakak nak kira jugalah sebab semua ASB kakak dah lama kakak masuk di TH
    Cuma kakak dah pergi haji mungkin kiranya macam yg 2nd method itulah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak saya dah update entry.mengikut pemahaman saya tak ada bonus bagi yg sudah mengerjakan haji. Wallahualam.. lebih tepat nanti Isnin p update okay=))

      Delete
  3. klau yg dh penah p haji cmna plak kiranya?x penah ambik tau...biar je dia biak2 kt dlm tu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah update entry.rasanya hanya darab 6.25% Zai =))

      Delete
  4. boleh tahan jugak bila tambah ngan bonus tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. not bad untuk pelaburan yang risikonya rendah dan boleh kata hampir takkan ada kerugian.wallahualam..

      Delete
  5. Alhamdullialah buat AhSeng..hahaha

    Kalau edit lagi, bagilah contoh Ramasamy pulak ya,,,:P

    ReplyDelete
  6. dulu kecik2 ada lah wat TH ni..tp xupdate pun..ntah wujud ke x akaun iols tu
    nti igt nak buatlah tuk satu famili ni..thx for the info

    ReplyDelete
    Replies
    1. El, bila ada masa nanti jengahlah TH tu.mana tau dah beranak pinak duit yang deposit masa kecik2 dulu kan..rezeki tuu

      Delete
  7. Assalam cikSiti..terima kasih kerana sudi bertandang ke 'rumah' sis JM..so ini adalah kunjungna balas ye. Aha..Zumal, CT, Kak Zakie pun adak at sini heee..Hai!!!! korang ahakss

    jika di sebut dividen dari Tabung Haji x pernah mengecewakan..so untung kepada mereka yg byk menyimpan besar la habuan nya..bagi sis JM yg cukup2 mkn ni tetap bersyukur dan akan terus menabung :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam JM..terima kasihhhh juga =))

      Alhamdulillah kan..sikit atau banyak mesti syukur..

      Delete
  8. Salam sis..nk tanye..baki purata minima tu adalah baki last dlm acct kita semasa 31.12.14 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam fiza..bukan..minimum dlm akaun setiap bulan dari bulan 1 sampai 12, tambah semua pastu bahagi 12 balik. dapatlah nilai purata =))

      nanti saya buat entry lagi satu explain sikit yer.

      Delete
  9. moh ler kita menyimpan di sini ;)

    ReplyDelete
  10. apakah maksud baki minimum purata dalam akaun TH (dari Jan hingga Dis 2014)?sy bingung

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolong refer entry ini http://storybyciksiti.blogspot.com/2015/01/3-ciksiti-membalas-komen-kiraan-dividen.html

      Delete
  11. alaa masuk entry ni terus blurrrr sobssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak awat yg blur tu kira sakura?
      ala senagn je kira, kalau balance kurang dari 9980, darab je dgn 8.25%..

      Delete
  12. Masuk zakat bonus dia 10.25% sebenarnya. Lepas ni Maybank dengan CIMB akan buat produl loan Tabung Haji pula. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk orang yang simpanannya lebih 12 ribu dan cukup haul mungkin ya juga kan..

      Delete
  13. Ah Seng... Alhamdulillah masuk islam... Kaya pulak tu..Terima Kasih Cik Siti. Penjelasan Sgt clear.

    ReplyDelete
  14. Tak sama dengan kiraan oleh
    tabung haji

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin tak sama.ini hanya anggaran mengikut pemahaman saya. sebab tu saya pun update buku baru boleh tau nilai sebenar

      Delete
  15. Kena tolak zakat 2.5% sekali. Baru blh dapat nilai bersih seperti dalam buku akaun tu.

    ReplyDelete
  16. Bukan ke pengiraan untuk ahmad
    Dividen + Bonus
    15kx6.25+9980x2%

    ReplyDelete
  17. Sori kak..bru tgok btol2 pengiraan atas td..

    ReplyDelete
  18. rumus pengiraan TH dan ASB mmg x sam yea cik siti?

    ReplyDelete
  19. rumus pengiraan TH dan ASB mmg x sam yea cik siti?

    ReplyDelete
  20. Assalammualaikum wr WB menariknya...th

    Kalo simpan rm10k berapa dividen

    ReplyDelete
  21. Assalammualaikum wr WB menariknya...th

    Kalo simpan rm10k berapa dividen

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...