Wednesday, January 28, 2015

CARA LUPUSKAN HUTANG KREDIT KAD SELEPAS MENINGGAL DUNIA

Bismillahirrahmanirrahimm..

Siapa guna kredit kad kat sini? Angkat tangan. Saya pun baru je guna setelah 3 tahun bekerja kat bumi Malaysia ni. Sebelum ni ada guna credit card masa kat Jepun. Saya buat loan rumah dengan Maybank, automatic dia 'hadiahkan' sekeping kad kat saya hehehe.

Tak Salah Guna Kredit Kad

Ya memang tak salah guna kredit kad pun. In a way sangat memudahkan urusan jual beli dan pengurusan kewangan kita. Provided that kita guna sistem guna-bayar. Jangan guna lepas tu tak bayar, atau bayar sekadar jumlah minimum. Itu pun tak salah, bank lagi suka sebab boleh charge interest banyak. Salah tu tidak, tapi confirm masalah. Hehehehe.

Perlindungan Hutang Kredit Kad Selepas Meninggal Dunia

Hutang kredit kad wajib dibayar. Sebagai muslim saya pasti semua tahu kan. Kalau seorang pemegang kad meninggal dunia dan meninggalkan hutang tertunggak, maka waris wajib membayar bagi pihak si mati.

Tapi tahukah anda bahawa sesetengah bank menyediakan khidmat perlindungan hutang kredit kad andaikata pemegang kad meninggal dunia atau hilang upaya kekal?

Saya bagi contoh Maybank, ada provide Card Care Plan. Tapi kita kena apply ye untuk servis ni. Kalau tak apply, tak dapatlah. Dan kena bayar juga. Bayaran adalah mengikut berapa banyak hutang yang kita ada. Contoh kalau Maybank Ikhwan Visa kad, bayarannya RM0.28 untuk setiap RM100. So lagi banyak hutang, lagi tinggilah bayaran untuk perlindungan ni. Benefitnya bila kita meninggal, atau hilang upaya kekal, automatic segala hutang kita akan diwaivekan (limit to RM100,000). Kira lupuslah. Terma & syarat, sila rujuk laman web berkaitan ye.

Walaupun untuk kad ini kena bayar untuk dapatkan perlindungan tapi bagi saya masih berbaloi. Sebab apa? Bayangkan kalau kita tiba-tiba meninggal dunia, tinggalkan hutang kredit kad RM50,000. Tanpa perlindungan insurans, waris kena bayar. Kalau harta yang kita tinggalkan cukup untuk bayar hutang okaylah lagi. Kalau tak cukup? Kesian kat waris, anak-anak kan. Patutnya kita tinggalkan harta supaya waris yang tinggal boleh sustain kehidupan.

Kalau kredit kad Bank Islam, perlindungan takaful ni dapat secara automatik. Tak perlu apply dan ianya percuma. Dan bank-bank lain anda boleh cek sendiri ya. Saya rasa banyak juga tempat yang implement benda ni. Sesiapa yang berkira-kira nak apply kad baru bolehlah consider 1) pilih kad patuh syariah, 2) kad yang ada perlindungan insurans/takaful.

Cara Menguruskan Hutang Kredit Kad Selepas Meninggal Dunia

Kalau dah meninggal, macam mana pula nak uruskan ye tak? Sebab tu kita kena manage dari sekarang, semasa hidup ni. Sebab maut boleh menjemput kita bila-bila masa, jadi eloklah bersedia awal seperti di bawah:
  1. Jangan berhutang - Paling senang. Peace of mind. Apply sistem yang saya mention kat atas tadi. Lepas guna terus bayar. Lepas guna terus bayar. Hati pun senang.
  2. Pilih kad yang menyediakan perkhidmatan perlindungan takaful - Macam saya mention kat atas. Cuba cek balik kad yang anda guna sekarang. Maybe it's time to change to a beter one.
  3. Tinggalkan harta banyak2 - Macam yang kita tahu, bila je seorang muslim meninggal dunia maka waris wajib menguruskan hartanya dengan membayar hutang, menunaikan wasiat, lepas tu baru dibahagikan mengikut faraid. Kalau harta ada banyak, tapi hutang pun banyak juga, sebolehnya biarlah harta melebihi hutang. Barulah ada surplus kan.
  4. Dapatkan insurans/takaful nyawa - Ini pun salah satu cara juga. Kadang-kadang orang terpaksa berhutang sebab desakan dan sebagainya. Tapi dalam masa yang sama harta dan pendapatan pun tak banyak (which become the push factor untuk seseorang berhutang). Kalau ada insurans nyawa ni sekurang-kurangnya boleh guna untuk bayar hutang bila dah meninggal atau hilang upaya kekal. Bukan hutang kredit kad saja, hutang dengan kawan-kawan, saudara mara pun boleh dibayar. Jadi tak perlulah waris yang tinggal pulak kena buat loan sebab nak bayar hutang si mati.

p/s: Anda ada cara tersendiri atau pengalaman dalam hutang-piutang ni? Bolehlah share dengan CikSiti=))

10 comments:

  1. TQ sebab kongsi info tentang Card Care Plan tu...jujurnya, saya tak pernah terfikir pun pasal tu masa gunakan kad kredit sebelum ni..
    Sekarang saya & wife takde kad kredit...
    Cuma guna kad debit aja.,..

    Tentang takaful nyawa ni, boleh bagi info mendalam sikit tak?
    Sebab ianya ' takaful", so it must be syariah compliance kan? Sebab purely convensional life insurance mmg di fatwa kan haram. Ada ke any special product from PRU- BSN / Etiqa Takaful yg specialize in pure " takaful nyawa" ? Or ianya sama macam benefit yg kita perolehi kalau ada medical card? ( sebab dalam medical card, kalau meninggal pun dapat benefit)..Boleh faham tak soalan saya ni? Berbelit2 saya nak karang soalan ni...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. DZ, banyak soalan nih kena buat satu entry nak jawab he he he..

      Jawapan ringkas:
      Yes, takaful mesti syariah compliance.
      And yes, kita ada plan cover meninggal/TPD sahaja.

      Saya cuba explain lagi dlm entry baru yer insyaAllah..

      Delete
  2. Istilah waris tu... Termasuk adik beradik ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengikut faraid kalau si mati tak ada anak lelaki, adik beradik pun berhak dapat harta pusaka..tp bagi pengurusan hutang ni, kalau tiada siapa yg nak tolong lunaskan hutang eloklah adik beradik tolong kan..wallahualam

      Delete
  3. Baik tinggalkan harga dari tinggalkan hutang kan ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu DZ..semoga kita semua dikurniakan limpah rahmatNya =))

      Delete
  4. uuuish isu serious ni..
    kalau boleh CT tanak ada kredit card
    takot beyond control..

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang bagus

    thanks sis :)

    salam perkenalan dan jemput ke blog nana jika kelapangan

    ReplyDelete
  6. Apakah Anda dalam kesulitan keuangan? Apakah Anda perlu
    pinjaman untuk memulai bisnis atau untuk membayar tagihan Anda? Kami meminjamkan pinjaman kepada perusahaan lokal, internasional dan juga pada tingkat yang sangat rendah 2%.
    Kami memberikan pinjaman kepada orang yang membutuhkan bantuan.
    Terapkan Sekarang Via Email: kellywoodloanfirm@gmail.com
    Terima kasih dan Tuhan memberkati
    Ibu Kelly

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...