Wednesday, January 7, 2015

ASB, Tabung Haji dan Takafulink.

Assalamualaikum semua selamat pagi=)

Siapa kat sini ada akaun ASB? Atau lain-lain skim daripada PNB? You all dah update buku ke sempena tahun baru 2015 ni? Pada yang tak tahu, dividen plus bonus ASB tahun ni adalah 8.5%. Saya lalu pejabat pos, dan masuk Maybank kelmarin punyalah ramai manusia nak update buku masing-masing. Saya tak update pun. Sebab hampir semua duit dalam ASB saya dah keluarkan dan salurkan ke tempat lain. Kalau ada pun mungkin saki baki saja hehe.

Pada saya dulu ASB ni saya guna sebagai platform untuk letak emergency fund. Not exactly as investment tool. Sebab apa? Sebab dia liquid (senang dikeluarkan) dan murah (tanpa caj pengendalian, pengeluaran berbeza dengan unit trust). Walaupun pulangannya rendah sesuai dengan risiko yang sangat rendah juga, tapi it's better than nothing. Nak dibandingkan kalau simpan dalam saving account, lagilah rendah!

Tapi sekarang saya lebih selesa guna Tabung Haji untuk simpanan emergency (plus persediaan haji). Sebab apa? Sebab dia memang berlandaskan syariah, dan lebih mudah dikeluarkan sebab boleh link dengan Maybank2u je sekarang hehe. Walaupun pulangan dia lebih rendah berbanding ASB tapi kita tak perlu bayar zakat lagi dah sebab TH dah bayar on behalf kita. Maksudnya pulangan tu semua milik kita. Tapi zakat pun mengikut haul yang sepatutnya. Kalau sikit duit dalam tu sebab asik withdraw je, taklah kena zakat pun. Tapi janganlah asik-asik withdraw je. Nanti camno nak p haji tuan-tuan puan-puan sekalian. Hehe.

Source

But seriously, kalau anda berkira-kira nak buat perancangan kewangan, the first step is to have an emergency fund dan pelan insurans yang berpatutan. Lepas tu barulah nak invest ke lain macam unit trust ke. Lepas tu barulah boleh intai-intai saham, hartanah dan sebagainya. Janganlah daripada zero saving, terus-terus nak p invest kat bursa saham. Kena pulak siap buat loan untuk invest. Tak kena gaya, merana nanti. Investment is not a gamble. Kena mengikut peringkat dan perlu ilmu pengetahuan ye.

Saya rasa ramai juga yang tahu, mencarum insurans/takaful pun ada saving juga. Sebenarnya duit yang dibayar monthly tu akan di invest kat dana-dana macam kat bawah ni contohnya (PruBSN Takafulink). So hasil investment tulah yang akan create saving tu pulak. Dan duit tu boleh dikeluarkan bila-bila masa as long as baki yang ada dalam akaun mengikut guideline yang ditetapkan. Kesimpulannya, pelan takaful juga boleh digunakan sebagai saving/investment tool.

Dari website PruBSN, captured on 7 Jan 2015.

Sekian saja kelas kewangan kita hari ni. Apa-apa nak tanya dipersilakan. Mana yang saya tau saya jawab insyaAllah..

6 comments:

  1. Kita semua kena bijak melabur yer ^-^

    ReplyDelete
  2. setuju 200% :)

    Cuma satu saya nak tanya..(since awak agen PRU-BSN Takaful)

    Saya guna Etiqa Takaful
    Wife saya PRU-BSN Takaful
    Both of us, medical card ( plus lil saving tu la,mostly for medical purposes)
    Our monthly payment for the said insurance takaful, are almost teh same ( plus minus RM2 aja)

    Dari saya punya, setiap 6-8 bulan,saya terima check as a surplus/keuntungan bersama hasil investment...wife saya, tak pernah dapat pun :P ( dah > 5 tahun wife saya dgn PRU-BSN Takaful).

    So Q saya ialah: memang PRU-BSN takde sharing surplus tu kah?
    PS:saya tak tanya lagi agent PRU BSN wife saya..keh keh keh

    ReplyDelete
    Replies
    1. DZ thank youu=)

      Jawapan ringkas: PruBSN adan sharing surplus. Semua syariah compliant plan kena ada sharing surplus according to requirement.

      Jawapan panjangnya lepas ni saya ulas lagi insyaAllah..

      Delete
  3. Tetap kena ada saving demi masa depan sebab kita tak tahu apa yang berlaku..

    ReplyDelete
  4. sorang anak agi belum ada tabung haji..

    ReplyDelete
  5. Best kelas kewangan ni..

    Boleh asah minda lagi berkenaan ni :D

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...