Wednesday, January 21, 2015

Abang Veder Sakit Mata

Assalamualaikum semua.

Sakit mata sejak hari Selasa lepas


Suami saya si Encik Abang Veder sakit di bahagian mata. Dah seminggu dia mengadu sakit. Hari Ahad lepas pergi cek kat Klinik Intan Permatang Pauh, dapat ubat titik, ubat tahan sakit dan ubat tahan gatal. Doktor kata ketumbit. Makan ubat yang dapat tu tapi takde improvement.


Pergi klinik kali kedua, mata semakin teruk


Pagi semalam dia bangun mata sebelah memang tak boleh buka. Saya hantar lagi pergi klinik yang sama. Kali ni doktor tambah antibiotic pula. Diagnose diberi, masih lagi ketumbit. Tapi lepas kami makan dinner kat rumah, saya nampak mata dia makin merah, bengkak dan isi yang sepatutnya kat bawah kulit tepi mata tu terkeluar sampai ke bahagian anak mata.


Tawaf hospital


Saya pulak yang risau tengok keadaan dia. Terus saya minta advise kat kawan-kawan medical practioner kat whatsapp group sekolah and they all advise kami pergi ER. Lebih kurang pukul 10 malam kami pergi KPJ Penang yang paling dekat dengan rumah, full house. Pergi pulak Bagan Specialist pun full house. Kami balik saja sebab doktor yang available kat ER hanya general doctor saja. Kalau dia tengok pun mungkin dapat advise benda yang sama macam doktor kat klinik. Terfikir juga nak pergi Hospital Seberang Jaya atau Pantai Hospital, tapi bila fikir balik kalau warded nanti susah saya nak ulang-alik nanti.

Infection, alergik ubat dan bernanah


Pagi tadi saya drop Abang Veder kat KPJ. Oh dia tak boleh drive sebab tak dapat lihat dengan jelas so saya jadi driver 2-3 hari ni. Jumpa specialist and the doctor did check thoroughly mata Abang Veder siap ambil gambar lagi dan explain satu-satu. Dia advise for admission. Sebab mata dia memang dah agak teruk conditionnya. Kami admit under company saya punya group insurance. So tadi lunch hour saya pergi hantar GL yang admin issue.

Take home message:


  1. Sila ambil tahu pasal medical benefit yang disediakan oleh company anda. Jika ada, make sure you all tahu berapa limit tahunan, limit per admission etc. Penting ni. Pastikan juga dia boleh cover tanggungan kita sekali ke tidak. Sesetengah company memerlukan pekerja dia untuk bayar certain amount untuk cover immidiate company sekali.
  2. Sila back up dengan personal health insurance. Sebab insurance yang disediakan company kadangkala sangat limited. Contoh company saya cover RM30,000 setahun, RM5,000 per admission. RM5,000 untuk sakit biasa-biasa cukuplah tapi kalau perlu operation mungkin bil lebih mahal lagi. So yang tak cukup tu bolehlah cover dengan personal insurance.
  3. Insurance provided by company boleh dipinda bila-bila masa oleh mereka. Kadang-kala tanpa persetujuan atau kesedaran pekerja. Kalau kita semata-mata bergantung pada company, risiko agak tinggi. Kalau kita berhenti kerja, perlindungan pun stop juga.

*Semoga kesihatan Abang Veder pulih seperti sediakala. Amin.

6 comments:

  1. Semoga cepat sembuh..susah jaga sakit mata ni...n bahaya juga...

    ReplyDelete
  2. uuish x dapat bayang sampai isi trkeluar tu.. huurm.. KPJ full house ? uish jarang gitu.. get well soon..

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...