Saturday, January 24, 2015

BAKI MINIMUM PURATA TH (ASB)? - CMK #3

Bertemu lagi kita dengan segmen CikSiti membalas komen ewaahh.. Jom tengok persoalan daripada Tuan Puteri kita dekat entry sebelum ini


Soalan:

Salam sis..nk tanye..baki purata minima tu adalah baki last dlm acct kita semasa 31.12.14 ke?
ReplyDelete

Jawapan CikSiti:

Bukan. Baki purata minima tu bukan nilai baki last pada 31.12.14. Maafkan CikSiti ye. I should rephrase the word. Patutnya bukan baki purata minima. Sebetulnya, purata baki minimum setiap bulan bermula dari bulan 1 hingga bulan 12 tahun 2014. Konsep pengiraan dividen(bonus) ni boleh digunapakai for both TH dan ASB.

Nak lebih senang kali ni kita buat 3 contoh juga kali ni ye. Pinjam nama Ramli, Raymond dan Ramasamy (you happy now DZ tihihi). Nak senang cerita kita round about kan aje jumlah dividen adalah 10% untuk ketiga-tiga kes. Dan semua bermula dengan baki akaun pada 1/1/14 adalah RM1000. Tak perlul CS tekan calculator =P 

1) Ramli

Pada permulaan Januari 2014, baki dalam akaun Ramli ada RM1000. Selama setahun dia tak pernah usik duit dalam tu. Tambah tak, tolak pun tak (dah cukup bagus budak ni hehe). Sehinggalah 31.12.14 pun tetap ada RM1000.

Berapa baki minimum Ramli setiap bulan?
Baki minimum dalam akaun pada Jan 2014 = RM1000
Baki minimum dalam akaun pada Feb 2014 = RM1000
Baki minimum dalam akaun pada Mac 2014 = RM1000
Baki minimum dalam akaun pada Apr 2014 = RM1000
Baki minimum dalam akaun pada Mei 2014 = RM1000
Baki minimum dalam akaun pada Jun 2014 = RM1000
Baki minimum dalam akaun pada Jul 2014 = RM1000
Baki minimum dalam akaun pada Aug 2014 = RM1000
Baki minimum dalam akaun pada Sep 2014 = RM1000
Baki minimum dalam akaun pada Okt 2014 = RM1000
Baki minimum dalam akaun pada Nov 2014 = RM1000
Baki minimum dalam akaun pada Dis 2014 = RM1000

Berapa pulak nilai purata baki minimum Ramli?
Tambah semua nilai kat atas, bahagi 12 = RM1000 (lah jugak)

Jadi, berapa dividen yang Ramli dapat?
RM1000 x 10% = RM100

2) Raymond

Pada permulaan Januari 2014, baki dalam akaun Raymond ada RM1000. Bermula Jan 2014 jugak,Raymond akan tambah RM100 dalam akaun dia tepat pada hari terakhir setiap bulan sampailah ke bulan Dis.(Anak sapa ni bagus sungguh). Jadi nilai dalam akaun dia makin lama semakinlah bertambah.

Berapa baki minimum Raymond setiap bulan?
Baki minimum dalam akaun pada Jan 2014 = RM1000
Baki minimum dalam akaun pada Feb 2014 = RM1100
Baki minimum dalam akaun pada Mac 2014 = RM1200
Baki minimum dalam akaun pada Apr 2014 = RM1300
Baki minimum dalam akaun pada Mei 2014 = RM1400
Baki minimum dalam akaun pada Jun 2014 = RM1500
Baki minimum dalam akaun pada Jul 2014 = RM1600
Baki minimum dalam akaun pada Aug 2014 = RM1700
Baki minimum dalam akaun pada Sep 2014 = RM1800
Baki minimum dalam akaun pada Okt 2014 = RM1900
Baki minimum dalam akaun pada Nov 2014 = RM2000
Baki minimum dalam akaun pada Dis 2014 = RM2100

Berapa pulak nilai purata baki minimum Raymond?
Tambah semua nilai kat atas (RM18600), bahagi 12 = RM1550

Jadi, berapa dividen yang Raymond dapat?
RM1550 x 10% = RM155

3) Ramasamy

Pada permulaan Januari 2014, baki dalam akaun Ramasamy ada RM1000. Bermula Jan 2014 jugak,Ramasamy akan keluarkan RM100 dari akaun dia tepat pada hari terakhir setiap bulan sampai tinggal RM100.(Parah ni). Jadi nilai dalam akaun dia makin lama semakinlah berkurang

Berapa baki minimum Ramasamy setiap bulan?
Baki minimum dalam akaun pada Jan 2014 = RM900
Baki minimum dalam akaun pada Feb 2014 = RM800
Baki minimum dalam akaun pada Mac 2014 = RM700
Baki minimum dalam akaun pada Apr 2014 = RM600
Baki minimum dalam akaun pada Mei 2014 = RM500
Baki minimum dalam akaun pada Jun 2014 = RM400
Baki minimum dalam akaun pada Jul 2014 = RM300
Baki minimum dalam akaun pada Aug 2014 = RM200
Baki minimum dalam akaun pada Sep 2014 = RM100
Baki minimum dalam akaun pada Okt 2014 = RM100
Baki minimum dalam akaun pada Nov 2014 = RM100
Baki minimum dalam akaun pada Dis 2014 = RM100

Berapa pulak nilai purata baki minimum Ramasamy?
Tambah semua nilai kat atas (RM4800), bahagi 12 = RM400

Jadi, berapa dividen yang Ramasamy dapat?
RM400 x 10% = RM40

Amacam boleh macam ni? So apa pengajarannya di sini?? Jangan jadi macam Ramasamy adik-adik sekalian. Parah parah =P

Okay serius sikit. Hnss hnss. Kesimpulannya,baki minimum tu memang dia akan ambik nilai paaaalinggggggg rendah dalam bulan tersebut. Kalau 1 hb awak ada RM Sejuta dalam akaun, tiba 30 hb awak keluarkan RM 999,999, maka dia ambik kira nilai RM1 yang tinggal tu je. Ingat tu..

p/s: Timing juga penting bila nak masukkan atau withdraw duit dari TH/ASB.
p/s/s: Jika ada staff PNB atau TH kat sini atau sesiapa lebih tau dan mendapati info saya salah, tolong bagitau ye.


19 comments:

  1. ahaaa....baru lah faham cara pengiraan nya

    ReplyDelete
  2. hahahaha..yeayyyy! Ramasamy ada! hahaha

    ReplyDelete
  3. Bagusnya ada jawapan.
    Saya nak tanya pun tak pi jenguk asb lagi.
    Takda masa lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak update lagi sebenarnya =P haritu ramai bebeno orang..tp sebenarnya sbb sikit jer duit lam tu hehe

      Delete
  4. wahhhh menarik ni. ni yang rasa nak kira buku akaun ni hihihihi. sebab tak update lagi

    ReplyDelete
  5. Salam CikSiti. Mohon ajarkan timing yg betul nak masuk dan withdraw duit dari TH. Tqvm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam... kalau ikutkan FAQ dari ASB, nilai untuk bulan akan dikira nilai sejak dari 1hb. so kalau nak topup paling lewat ialah 1hb.... kalau topup 2hb dah leh dah... dan nilai tu kena kekal dari 1hb ke akhir bulan...

      Delete
    2. Tq encik Syamrizal tlg jwb soalan..dividen akan dikira mengikut baki terendah dlm bulan..kalau nk dividen utk bulan depan dikira dgn tinggi, eloklah masukkan duit hujung bulan ni.

      Delete
  6. kalo x cukup 12 bulan simpan. purata tu bahagi 12 ke atau bahagi 4 bulan saya baru buka ni ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cik meerasmoochie,

      awak baru buka akaun yer..maaf saya tak pasti jadi tak berani nak cakap. tapi nanti kalau saya tau, saya bgtau ye. sorry!

      Delete
  7. Salam cik siti, Kalau 1hb ada RM 1000 dalam ASB, pada 15hb terpaksa keluar RM 500, lepas tu ada rezeki lebih masuk RM 700 pada 30hb. BAki minimum ambil yg mana satu ye... Tq/Pn Liza

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam..RM500,,
      sebab dia kira baki terendah je.

      Delete
  8. Slm. Nak tnye. Klu jan15-dec15 kite da savings dlm tabung haji. Tapi awal jan16 ni nak kene kuakan duit itu utk deposit rumah. So kirenye dpt x dividen 2015 tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm.. Maaf cik saya kurang pasti. Rasanya dapat tapi mungkin sikit?

      Delete
  9. Bila tarikh/ waktu yg sesuai nk simpan tiap2 Bulan ?

    ReplyDelete
  10. Bila tarikh/ waktu yg sesuai nk simpan tiap2 Bulan ?

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...