Friday, July 25, 2014

Jahit samping raya 2014

Assalamualaikum semuaa:)

Siapa yang masih masuk office lagi hari ni? Saya!! Hihi orang takdok cuti macam ni lah gayanya.. Itu pun nasiblah dapat apply cuti hari Rabu gak. So merasalah Haikal, Haris n Hadi beraya 3 hari. Tapi baju raya 2 pasang sorang jerrrrr   -_______- Lagi sehari tu kita pakai lah baju jalan yang ada yer anak2 sekalian. Tak pun pakai balik baju melayu kang rugi jer beli mahal2 pakai sekali. Well taklah mahal tapi bila darab 3 tu yang jadi mahal eheh. Mama setiap tahun pun pakai baju yang dah ada jer tau.

Ha kan dalam checklist raya 2014 raya saya hari tu, ada kata nak jahit samping kan. Eherm eherm.. Alhamdulillah dah siap dah Haikal & Hadi punya. Haris jer belum lagi. Saya ni menjahit ikut suka hati sendiri je. Saya suka nak menjahit je. Buat pola ke iron2 ke memang saya tak minat sangat. Ibaratnya macam nilah dulu saya drive nak bawaaakkk jerrr jalan stret, tak suka nak berhenti ke parking ke naik bukit ke tak nak. Ha teringat lak kisah dulu hihi. Nak tau tak saya nak citer ni..hihi.. Dulu saya konon2 nak bawak moto, pinjam moto kawan pergi jalan kampung tapi dekat jelah. Tapi nak patah balik saya dah tak tau nak u-turn. Last2 saya turun dari motor, tinggalkan motor kat situ, balik jalan kaki. KESKESKES. Eh terpanjang pulak perumpaan saya ni. Maafkan saya.


Oklah berbalik kisah menjahit samping, saya main jahit je agak2. Bolehlah nampak ala2 samping tu kira oklah. Budak2 jer pun, bukannya nak pakai buat menikah. HEHEHE.. Pakai samping getah je.. Kain guna kain pelikat abah dia yang kami beli kat Terengganu RM10 selai. Tapi kecik beno jadi husband saya takmo pakai. Saya pun apa lagi ZASSSS gunting ler hihi. Jimat kan, modal seploh hinggit je dapat 3 samping. Jimat duit abah kan.. Masa nak jahit pun taklah lama pun kalau tak ada gangguan dari askar2 ataupun tiba2 askar menangis minta tushu -_-

Teaser jer ni. Lom siap lagi ni nak lipat sket tang pinggang tu pastu jahit
sembat je lah kang..

Anyway you all tau tak mana nak cari songkok murah eh? Semalam saya tanya kat Perda RM18. Huh nak beli 3 kalu dah RM54 amboi..beli lom tentu pakai. tapi tak beli kang berebut pulak sbb sekarang abg Haikal jer ada songkok.

Wednesday, July 23, 2014

Takaful suami saya

Tadi saya pergi KPJ Penang ingatkan nak submit medical report form untuk diisi oleh Doc Muthu. Oh biar saya cerita backgroundnya. Saya apply additional plan takaful (PruBSN Protect) untuk suami saya. Sebelum ni pun memang dia ada 2 insurans, 1 medical card PruBSN n satu lagi Etiqa PVS. Disebabkan Etiqa PVS ni monthly dia mahal (RM100) dan coverage sikit, dia pun terminate seiringan dengan nak pakai duit untuk deposit rumah. So sekarang dia nak buat balik lah lagi satu life insurans demi saya dan anak2. Tapi nak bayar monthly RM50 sahaja. So saya buatlah, untuk umur, pekerjaan n smoking status suami saya ni, dgn bayaran RM50 sebulan, dapat coverage RM65,000. Which is, kalau tiba2 husband saya ni dipanggil menghadap Ilahi (T___T), paling kurang adalah juga RM65,000 ni untuk kegunaan saya n anak2.

Feb 2013

Proposal form saya dah submit minggu lepas. Tapi mcm yg saya expect, disebabkan history sakit dia (boleh refer sini), maka tu lah yg sekarang ni kena medical report bagai. Semoga Allah permudahkan. Silap saya juga bertangguh-tangguh buat ni. Sampaikan husband pun kata "kalau abi mati sekarang, kesian dekat sayang n anak2..." Maka saya pun kenalah berusaha gigihkan tengah2 hari buta pergi KPJ.

Anyway tadi tak dapat settle sebab nak kena ada sign patient pulak. Maka esok Insya Allah akan bertapak ke KPJ lagi. Nasihat saya untuk u all semua kan, cuba cek dengan husband, dia dah ada buat insurans/takaful ke tak? If belum proposelah dia buat. Insha Allah sangat bermanfaat suatu hari nanti. Boleh je tanya kat saya bila2 kalau tak ada kenalan ejen yg berdekatan.

Segmen Puasa & Kueh Raya Pertama

 
 
Assalamualaikum semua..
First time nak join segmen anjuran Macam² Ann  ni hehe. Bercerita pasal pengalaman puasa dan buat kueh raya pertama erm erm..
 
Pengalaman puasa masa kanak-kanak ribena riang ria dulu2..rasanya saya start belajar puasa masa darjah 2. Ada jugak kadang2 puasa yangyok hihi. Paling ingat masa darjah 3. Saya puasa tapi curi makan cikedis adik sikit. Sikitttttt sangat sebesar zarah jer kot sebab teringin sangat2. Padahal bukan lapar sangat pon. Lepas tu cepat2 campak bawah kusyen yang lebih tu. Agaknya memang muka bersalah tak pandai menipu kan, sepantas kilat kantoi dengan arwah abah saya. Dia siap boleh jumpa lagi cebisan kat bawah kusyen tu -____-;
 
Lepas tu abah terus suruh saya makan nasi. Dia kata alang2 dah curi makan tu, baik makan terus sampai kenyang. Saya kata takmau! Nak puasa lagi! Hahahaha boleh tak. Abah kata mana boleh dah, dah makan, buka terus jelah. Lepas tu arwah abah suruh saya buat kerja rumah. Angkat kain kat jemuran. Dia kata lagi ha tulah dah tak nak puasa sangat sini tolong buat kerja -________- Sambil tu dia boleh jerit dekat kawan dia yg duduk kat blok belakang bagitau saya curi makan sebab tu kena buat kerja! Masa dulu kami duduk flat Navy kat Perak. Memang malu gilerrr oooooiiii. Such a great lesson for me. Anyway saya sangat respect arwah abah saya ni. Dia memang ada cara tersendiri mengajar saya. Al-Fatihah untuk arwah abah. Love u much abah <3 p="">
 
Kuih raya pulak..dari kecik memang saya kena paksa tolong mak buat kuih raya. Masa tu saya rasa ya Allahurobbi boringnya! Masa tu bukannya saya suka makan pun kuih raya sangat. Saya tukang gentel2 atau tekap je lah tapi. Kadang2 buat kuih sambil tersengguk2. Mama paling suka buat tart nenas dengan jem yang self-made punya. Eeee nak gelek2 tu memang tak boleh tahan. Bila saya gelek habis bunga2 dia hilang mcm tayar botak dah jadinya haha. Kisah dulu2..sekarang saya suka pulak makan kuih raya hihi tak sabar tunggu raya nak makan kuih raya boleh? :p
 
Sekian memori daun pisang dari saya hihihi.



Saturday, July 19, 2014

Puding gula hangus

Assalamualaikum..
Hari ni kita try buat puding ye kawan-kawan. Mak saya suka buat dulu ni. Senang je ni bahan pun sikit je.

Bahan-bahan:
10 biji telur
1 tin susu sejat
1 cawan gula pasir
3 sudu gula pasir untuk buat gula hangus.

Cara buat:
Masukkan 3 sudu gula dalam loyang untuk buat gula hangus. Panaskan loyang dgn api kecik jee sampaii dia jd brownish. Ratakan kat seluruh permukaan loyang pastu biarkan sejuk.

Pecahkan telur dalan satu bekas, tabah gula yg secawan td tu. Kacau sampai rata, masukkan susu, kacau sikit lagi. Lepas tu masuk dlm loyang gula hangus dan kukus! Lebih kurang 40 minit atau sampai masakah hehe.

Panaskan gula sampai hangus. Hangus sikit rasa pait2
sikit match dgn puding yg manis

Telur, susu sejat cair, gula

Semua bahan yg dah dikacau bersama

Gula hangus yg dah sejuk

Masukkan telur semua td dlm loyang gula hangus.
Boleh tapis so yg ketul2 telur xmasuk skali.

Saya kukus guna periuk nasik.
On saja suis then tungguuuuuu..

So mehla kita tunggu tengok jadi ke tak..Jeng jeng jeng :p




Friday, July 18, 2014

Innalillah..#MH17

Ya Allah yang Maha Besar..Allahuakbar..suami kejutkan saya bgn sahur dengan flashing news flight MAS terhempas lagi. To be honest dengan pencarian MH370 yg masih ongoing, saya terus absorb berita terhempas tu dengan tenang. If Allah wills, anything is possible. Memang percaturan Allah itu diluar jangkauan kita kan..



Setinggi-tinggi takziah buat keluarga mereka yg kehilangan orang-orang tersayang dalam kapal tersebut. Bagi yang muslim, semoga husnul khotimah milik mereka. Seorang crew cabin adalah senior saya di STF dulu, atas saya setahun, dorm sebelah saya T_T

Sekali lagi..takziah dan Al-Fatihah.. Sungguh mati itu pasti.

Thursday, July 17, 2014

Jalan oh raya!

Assalamualaikum..
Wahhhhh Prai tengah hujan lebat la ni. Dengan guruh kilat sabung-menyabung cukup lengkap. Alhamdulillah semoga hujan yg turun membawa rahmat buat semua.

Tapi adanya saya di sini (ewah) bukanlah nak cerita pasal hujan. Saya nak share je sikit2 pasal keselamatan jalan raya. Kes traffic accident ni memang hari2 je ada kan tak kira lah kat mana2 pun. Saya ada follow FB Jabatan Bomba. Memang kadang tu sehari 5-6 kes accident. Lebih teruk yang melibatkan nyawa lah kan.

Last week pun saya came across accident seen kat Jalan Baru area Shell tu. Patutlah jalan jem. Rupanya ada accident motor langgar kereta rasanya. Saya tengok sorang dah terbaring kaku. Tak tau status kecederaannya teruk mana Ya Allahuakbar.. Insaf saya. Betapa kita ni makhluk yg lemah kan. Tak kiralah apa social status kita ker, kuat mana ke cantik mana ke, bila Allah nak tarik sekejap je kan. Peringatan buat kita semua.

Dalam kesempatan ini (ewah lagi :p) saya nak comment sikit pasal insiden road bully yg tersebar luas kat FB dan internet baru2 ni walaupun takdak sapa mintak saya komen. Seriously, hal ini sepatutnya benda kecik antara pemandu wanita dan uncle tu saja. Tapi dengan viralnyer video yg merakam detik2 tu, tu yg jd mcm besaq gila. Apa pun nasib baiklah uncle tu tak cedera kan.. Setiap kali ada 'hot incident' macam ni terserlahlah keprihatinan semua, siap dengan komen2, share video, share details peribadi org terlibat.. Belum masuk yg edit2 gmbr lagi. Hebat betul teknologi sekarang kan. Peringatan untuk saya, if we don't have anything nice to say, don't say anything at all. We are not in their shoes, we actually don't know the exact situation. Andai benar pun (memang nampak benar dlm footage sy tengok kat berita) orang itu bersalah, tak ada gunanya kita maki hamun dia sampai sumpah 7 keturunan ke apa. Sebabnya,
  • First of all, bukannya kita orang yg teraniaya tu (salah satu doa yg makbul adalah doa orang teraniaya).
  • 2nd, Perbuatan memaki hamun atau membuli di alam cyber dikhuatiri mendatangkan dosa lak kat kita.
  • 3rd, tak elok membuka aib orang walaupun dia buat salah. Kita ni kira masih selamat sebab Allah tutup aib kita.
  • 4th, people makes mistake and they can always bertaubat. Bila Allah perkenankan, In shaa Allah dosa dia diampunkan. Kita ni patut risaukan dosa diri sendiri dulu sebelum risaukan dosa orang lain. Apa pun tak salah menegur cara baik. Berlapang dadalah.

Semua ni pengajaran untuk kita kan.
  • Pengajaran pertamanya, if anything like kereta kena langgar ke happen, cuba bertenang dan jangan cepat naik angin. Bawak beristighfar dan cari jalan penyelesaian secara elok. Pasti ada hikmahnya. Allah kan bersama orang yang sabar.
  • Pengajaran kedua, sentiasa bersedia memaafkan orang lain yg berbuat kasar dgn kita mcm yg ditunjukkan uncle tu. Bagus kan..

Wallahualam.. Paling penting, sentiasa berhati-hati bawak kereta! Ingatlah orang tersayang:)

-------
At times, unfortunate things are just due to happen. Memang kita tak boleh elak. Kita hanya boleh prepare. PruBSN pun ada cover accident. Boleh propose kat husband masing2 ye.

Monday, July 14, 2014

Plan Pengganti Gaji

Salam..

Saya nak share pasal plan pengganti gaji oleh PruBSN Takaful. Kitorang ada PruBSN Protect, Protect Plus, Crisis. Semua ni bawah traditional Takaful. Yang ni tak ada medical card tau.

Saya nak sangat share especially kat wife2 and mak2 macam kita. Walaupun kita kerja, still suami yg menyumbang punca pendapatan utama untuk keluarga kan. Kalau kita tak kerja lagilah.. 100% bergantung pada suami. Suami bayar rumah, kereta, makan minum, bil api air, sekolah anak, pakaian, belanja dapur semualah..Just imagine ye, kalau suatu hari suami kita pergi kerja. Petang kita tunggu tak balik sampai ke malam. Sampai esok. Sampai bila2 tak balik. Kalau tiba-tiba suami meninggal sebab sakit atau accident. Apa akan jadi pada kita dan anak2? Kena ingat, dengan perginya suami, punca pendapatan pun hilang sekali.

Macam mana nak bayar sewa rumah?
Siapa nak tanggung belanja sehari2?
Kalau pun ada simpanan, berapa lama simpanan tu boleh bertahan?


Bila jadi macam ni terpaksa isteri lah kena keluar bekerja mencari rezeki untuk anak. Dahlah sedih suami dah tak ada. Kena pulak tinggalkan anak2 untuk keluar bekerja. Kalau isteri ada qualification tak palah..tapi kalau yang tak pernah bekerja sebelum ni?

Imagine pula bila suami pergi, dia tinggalkan RM100,000. Kalau belanja rumah bulan2 RM3000, boleh bertahan selama 2.8 tahun! Maksudnya dekat 3 tahun kita tak payah keluar bekerja sebab ada pengganti income suami tadi. Boleh tumpukan perhatian kat anak2 sambil perlahan2 planning untuk seterusnya. Kalau RM100,000 tu dilaburkan semula, lagi lama boleh bertahan sebab ada dividen kan.

Yang paling menarik, plan ni sangat affordable. Bayaran bulanan bermula daripada RM50 dah boleh dapat. Kalau umur 20an lagi murah sebab muda lagi kan. Kalau isteri nak buat, dan bayarkan untuk suami pon boleh. Kalau suami tiba-tiba sakit kritikal atau total permanent disability, bayaran bulanan pun tak payah bayar dah.

So isteri-isteri semua, bertindak sekarang untuk melindungi diri dan anak-anak in case apa2 jadi kat suami suatu hari nanti. Sebarang pertanyaan, boleh tanya saya terus.


Sunday, July 13, 2014

Resepi percik arwah nenek dan nasik hujan panas

 Salam semua.

Alhamdulillah semalam dapat buat ayam percik untuk berbuka. Resepi asalnya saya belajar drpd arwah nenek kat Teregganu dulu. Percik tu kitorang panggil golek. Arwah nenek makan ikan je so selalunya buat ikan goleklah. Dulu lebih thrilled sebab kami masak guna dapur arang, pastu kepit ikan guna buluh yg ditebang sendiri kat blkg rumah. Perghhh. Dulu nak beli ikan pun mcm nk bperang tunggu peraih ikan lalu kat tepi jalan dari pagi. Sesalu peraih ikan pon bawak motor laju gila dah sampai nak terkeluar anak tekak kena panggil dia suh berenti.. Kenangan betul..

Meh lah saya share sikit cara nak buat ayam percik versi nenek saya ni.
Bahan kisar:
- Bawang besar 2 biji
- Halia sebesar ibu jari
- Lengkuas sebesar ibu jari juga
- Serai 6 batang
- Kunyit (saya guna serbuk kunyit)
- Cili kering 2 biji atau ikut citarasa



Bahan lain:
- Ayam sebelah dipotong 4
- Santan 500 ml
- Gula melaka sekeping
- Asam keping 2-3 keping (saya lupa langsung nak bubuh masa masak ni T__T)
- Garam

Cara-cara membuatnya:
1. Well, kisar bahan kisar kat atas tu. Pastu masuk dlm periuk dan buka api. Tak perlu tumis. Campur sekali santan, gula melaka dgn asam keping. Masak sampai mendidih.
2. Saya guna magic pan untuk bakar ayam. So panaskan pan dulu. Sapu kuah percik tadi kat ayam dan masuklah dalam pan dan tutup. Lepas seketika cuba cek tengok, kalih2 sikit dan tambah lagi sapuan kuah percik. Ulang hat ni lah sampai ayam masak dan sampai pueh hati heheh. Dah siap leh lah hidang sekali dgn kuah percik tadik.

Senang jer kan. Cuma nak membakor tu lah. Cubalah yer.


,

Sambil tu saya masak juga nasik hujan panas. Ini mak saya selalu buat dulu. Tapi resepi nye saya agak2 je dulu tak pernah belajar. Tau makan je. Bahan dia cuma minyak sapi, susu krim, serai, bawang, halia, kismis, garam sikit. Semua ni masuk je sekali masa masak nasi. Saya tak bubuh rempah apa2 sebab nanti senang sikit budak2 nak makan. Lepas tu agak2 nasik dah nak kering, saya titikkan pati ros dekat 2 3 tempat nak bagi kaler merah. Dulu mak saya buh warna hijau sekali tapi saya tak ada pewarna hijau. So merah je lah. Tu saja kali ni. Selamat berbuka semua:)



Saturday, July 12, 2014

Tips memotong tomato



Salam semua..how's your weekend so far? Semoga baik2 je ye..

Saya nak share a very simple tips nak potong tomato. Kan kalau nak potong bulat2 untuk nasi ayam tu macam susah sikit sebab kulit dia licin. Lagi2 kalau pisau tumpul macam pisau kat rumah saya -___-

Caranya senang je..
Toreh atau tikam sikit kat permukaan kulit tomato tu dengan hujung pisau supaya kulit dia ada bukaan sikit. Lepas tu baru letak mata pisau kat tempat yg dah luka tu dan potong macam biasa. Hehe tak macam tips pun. Saya je yang baru discover semalam. Hehe.


Saya ada baca kat fb orang share tulisan sorang doktor ni. Tak ingat dah nama dia apa. Tapi in summary dia kata dalam bulan Ramadhan ni selalunya budak-budak kecil yg beum puasa lagi akn mengalami kekurangan nutrien. Sebab siang hari mak2 tak masak. Anak makan benda2 tak sihat macam sosej, nugget, biskut roti tak pun panaskan lauk semalam je. Ada pulak tu yg bagi makan lauk beli kat bazar yg dikeluarkan dari peti sejuk. Kata dia lauk2 ni kalau letak kat peti sejuk pun tapi belah bawah, masih boleh tercemar dgn bakteria. Kalau nak simpan lebih sehari, kena letak kat freezer. Terus saya pun buang segala lauk2 yg tak habis tersimpan lam peti sejuk tu berhari2 dah T__T Siap ada acar buah yang dah berbulan tak ada orang makan. So pagi tadi once for all clear peti sejuk. Herm mewah betul makanan yg sebenarnya kita ni kan.. Kesian kat mereka kat Syria, Palestin sana. In fact kat dalam Malaysia ni sendiri pun pasti ada je yg kurang berkemampuan dan daif. Terus rasa syukur dan semoga nasib saudara2 kita semua terbela. Amiin..

Saya rasa ni peringatan yg baik utk saya. So pagi td saya masak nasi goreng untuk budak2. Cuma bubuh roasted chicken errr lauk nasi ayam yg hsband masak semalam. Tapi saya make sure lah masih elok ye. Dengan campur blended mixed veggie yg saya dh rebus dulu. Yelah budak ni kan mmemilih tak mau makan sayur. Dah blend siap xlah diorg nmpk sayur tu hehhe..









Friday, July 11, 2014

Happy Birthday to me

Alhamdulillah..today I turned 1 year older. Ya Allah.. I've been in this world for 30 years. Saya risau. Jika 30 tahun yg saya lalui tak cukup bermanfaat dan tak dapat menolong saya ke di akhirat nanti. Banyaknya dosa, banyaknya amalan baik yang saya tinggalkan.. Allahuakbar..

Setiap detik yg kita lalui sbnrnya mendekatkan kita kepada mati.. Berapa detik lagi yang kita ada? Tiada siapa yg tahu. Allah yang Maha Besar, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Andai Kau cabut nyawaku biarlah aku dalam keadaan beriman, matikan aku dalam husnul khotimah. Aku ingin ke syurgaMu ya Allah..

Jadi azam saya, saya nak menggunakan tiap detik yg tersisa ni utk membaiki diri ke arah lebih baik. Semoga saya diberi kekuatan melawan hawa nafsu yg leka dan suka bersenang-lenang dan membuang masa..Amin Ya Rabb..

Maafkan saya memang emosi sikit. Mungkin akibat banyak melihat membaca tentang perkembangan di Gaza. Seiringan ini saya doakan Allah melindungi saudara2 kita yg teraniaya, di seluruh pelosok dunia. Kepada yang mampu bolehlah bagi sumbangan. Semoga usaha kita diberkati Allah..



Sehari di Hospital Bukit Mertajam

Assalamualaikum..

Saya cuma nak share pengamatan saya seharian kat hosp BM. Ramai ibu2 lah yang saya jumpa. Yang tetap setia jadi penunggu setiap kali anak sakit. Macam tu lah kita mak mak ni kan hehe. Anak sakit kenalah cuti. Ada patient yg admit sebab demam panas patu develop macam lebam2 kat kulit. Ada baby yang cirit-birit, ada yang lelah..Macam-macam penyakit kan..

Salah seorang patient yang saya jumpa nama dia Fadil, umur 10 tahun. Penghidap kanser tulang stage 4. Ceria je budaknya walaupun berkerusi roda, berambut botak dan pakai mask penutup mulut dan hidung. Dia siap ajar saya main game kat handphone dia lagi. Suara lembut dan perlahan je. Dia hari-hari datang hospital untuk cek darah n check up. Dia disahkan kanser since hujung tahun lepas. Treatment dia buat kat hospital Pulau Pinang.. Then dah undergo siries of chemotherapy.. Kesannya rambut semakin hari semakin nipis. Seminggu sebelum raya ni dijadualkan buat operation buang kanser dekat tulang peha dia. Allahuakbarr..saya doakan yg terbaik buat adik ni. Dan ibunya jugak yg sentiasa tabah dan setia menjaga dan mengasihi anak ini. Menjelang tengahari tu after dapat result blood test saya tengok diorang bergegas2 pulak. Rupanya kena transfer ke hospital Pulau Pinang sebab result darah yg kurang baik..Allah..


Insaf saya. Betullah.. jika kita rasa kita susah, ada yang lebih susah. Subhanallah Maha Suci Allah.. Semoga saya dikurniakan sifat sabar dan syukur setiap hari setiap saat..apatah lagi dalam mengasuh, menjaga dan mendidik anak-anak.

Bila sakit kritikal macam ni..bukanlah masalah kewangan saja yg timbul. Bertarung dengan kesakitan, dengan rawatan, kena ulang-alik ke hospital, sokongan ahli keluarga, kekangan masa.. Macam2 lagi kan.. Teringat masa arwah nenek sakit dulu..Saya pun semalam banyak teringatkan arwah. Mungkin next entry boleh cerita..


Tuesday, July 8, 2014

Tips breastfeeding di bulan Ramadhan

Assalamualaikum..

Eceyh beriya jer macam nak share tips. Sikit je sharing, kawan saya yang bagitau ni. Kawan kepada kawan saya yang share tips untuk maintain milk supply semasa berpuasa..

Sewaktu sahur, ambil:

- whole meal

- 11 biji kurma

- 1.5-2 liter air putih

Huhu banyaknya kurma tu..saya makan kurma setakat mampu je. Ada tu 5 bijik, ada tu 3 bijik, kdg2 sebijik. Depends larat tahan manis ke tak dengan cukup masa ke tak hehe. Air pun setakat mampu tapi sehabis boleh minum banyak2 lah..
Baby Hadi pun dah setahun lebih. Sehari menyusu 8 oz jer kat nursery. Saya berazam nak bf sampai cukup 2 tahun inshaAllah. Apatah lagi dia kan allergic susu lembu. Then kitorang discover dia allergic telur juga. Sama macam abang Haikal. Esok ni appointment dia p ambik injection vaccine 1 tahun kat Hospital Bukit Mertajam, tanah tumpah darah saya melahirkan dia hehe. Kenapa kena ambik kat hospital? Sebab takut jadi bronchospasm. Ha nanti saya sambunglah.
Later inshaAllah saya share prosedur ambik vaccine untuk baby yg ada allergic ya. Selamat 10 Ramadhan..

Friday, July 4, 2014

Biskut jejari coklat

Hai semua dah start buat kuih raya ke? Ke dah siap tempah? Tihihi..Saya dan kuih raya, memang kami tak sehaluan. Saya kureng minat buat sbb saya tau sy memang xteliti sgt orangnya, Especially bab2 nak mencantikkan paras rupa kuih tu memang fail. Pernah dulu saya tolong mama buat tart nenas, mak saya yang buat adunan semua. Saya cuma tekap je. Bukan tekap lah tapi picit kuarkan dari adunan, pastu buh jem pastu gulung tu. Taktau lah proses apa orang panggil tu. Natijahnya, bila bawak balik asrama, tart nenas saya tu semua orang takmau makan. Sebab paras rupanya yang sedih. Tak ada langsung ciri2 bunga. Nampak macam dugong je T_____T Tapi lepas semua kuih raya orang lain habis, barulah ada suara2 yang minta nak makan tart nenas saya yang sedap walaupun tak jelita itu huhu.

Oklah tamatkan saja kisah silam usah dikenang..Saya just nak habaq pagi td sy berjaya try resepi biskut coklat yg sgt senang dibuat malah sesuai utk org xberseni macam saya. Resepi biskut jejari coklat saya jumpa kat Fieza.net. Tiga bahan je yg diguna: Roti, coklat masak & nestum. Tapi saya xguna oven, bakar roti guna magic pan je. Macam terhangit sikit sebab sambil buat, sambil pack barang budak2 maduk dalam beg nursery. Tapi celup dengan coklat xnampaklah hangitnye hehe.








Saya mula buat pkul 7.15am, pkul 7.35am dah siap. 20 menet je. Tapi saya buat guna 2 keping roti je. Saja nak test. Pastu bagi budak2 makan wat brekpes. Oklah kan roti juga tu hehe.







Apa model ni..makan sampai tak nampak produk -_-;

Nanti boleh buat lagi betul-betul punya. Saya pun tak rasa lagi sebab kan ker puasa heheh. Tapi rasanya sedap lah tu sebab diorang makan sampai habis heheh.


Masak acar timun Terengganu style

Alhamdulillah semalam balik sempat lah masak sikit. Feveret saya dulu ni arwah nenek selalu masak acar timun ni.

Nak buat pun senang je. Blend halia, bawang merah n bawang putih sikit pastuh tumis sekali dgn cili kisar. Dah naik minyak tu, masuk je timun. Then buh cuka, gula garam. Biar mendidih sat, pastuh tutup lah api. Siap lah.. Alhamdulillah sedap juga hihi..