Friday, May 30, 2014

PruClinic Care

Assalamualaikummm..

Salam Jumaat. kat Penang hujan dan mendung hari ni.. Sejuk fuh fuh fuh. Saya pula selsema bertambahlah sejuk sreeeeetttt he he he. Selalu kita lupa akan nikmat sihat. Bila dah selsema, sakit tekak semua, barulah rasa alangkah bestnya time sihat kepala tak sakit, nak buat kerja pun senang. Syoknya masa sihat, makan semua rasa sedap. So everybody lets be thankful for our health today okay. Alahh selsema sikit je ni, ada orang sakit lebih teruk dari kita tau.

Anyway, Alhamdulillah client saya punya application medical card baru approved semalam. Dia ambik PruMy Child untuk anak umur 2 tahun beserta dengan PruClinic Care.

Apa benda PruClinic Care tu? Dia adalah kad untuk outpatient. Boleh digunakan kat memana panel clinic Prudential. Jadi rawatan tak perlu apa-apa bayaran. Semua dicover oleh Prudential. Kalau budak2 lagilah selalu demam selsema batuk semua kan. Berbaloi tau ada kad ni. Bayaran rider ni untuk kanak-kanak bawah 18 tahun hanya RM16 sahaja sebulan. (Plus premium for basic coverage)

Best kan..hospitalized tak payah bayar, pergi clinic tak payah bayar. On top of that policy ni serve as education saving juga untuk anak kesayangan.


Friday, May 23, 2014

Jangan tangguh!

Assalamualaikum..
Tahun lepas ada sorang ejen share cerita ni pasal kawan dia yang meninggal sebab accident. Kawan dia ni memang duk bercadang nak buat insurans dengan ejen ni. Tapi asik tangguh je sampailah ke akhir hayat, tak sempat nak langsung nak buat.
Part yg paling sedih bila immidiate family members mai kat ejen ni masa dia visit nak kebumi tu. Then cakap terima kasih kat ejen sebab buat insurans untuk si mati tu. Memang the hardest part la bila cakap yg dia sebenarnya tak sempat pun ambik insurans. Kesian kat family dia kan..
So pengajarannya kat sini. Jangan tangguh. Bila terdetik nak buat insurans tu cepat2 proceed sebab benda nak jadi sekelip mata. Tak tunggu gaji naik, tak tunggu bonus masuk, tak tunggu ekonomi stabil.

Wednesday, May 21, 2014

Penyakit wanita

Assalamualaikum.

Seorang client saya baru lepas buat operation untuk buang cyst minggu lepas. Unfortunately kami tak dapat claim sebab sebelum dia buat medical card, dah pernah buat operation yang sama. So kira macam exclusion lah. Seorang lagi colleague saya juga baru lepas operate buang lump daripada breast. It was not cancerous tapi kalau dibiarkan lama-lama jadi masalah besar pulak.

Kalau nak tau, PruBSN ada coverage untuk penyakit-penyakit wanita macam ni. Boleh attach sekali dengan medical card, Takaful Puteri nama rider dia. Jadi bil rawatan untuk operation n hospitalized treatment semua cover, on top of that, dapat lagi lump sump RM 50,000 (minimum option). Kalau Prudential, boleh ambik stand alone PruLadies, yang ni murahlah bayaran premiumnya.

Saya baca blog kisah pesakit kanser ni memang terkesan di hati. Sudahlah kena berperang dari segi fizikal dan emosi. Kalau boleh biarlah dari segi kewangan tak perlu nak risau lagi dengan buat persediaan awal.


Monday, May 19, 2014

Pre-mature baby

Assalamualaikum.

Dalam entry sebelum ni saya ada mention kalau baby lahir pra matang selalunya perlu tunggu 2 tahun sebelum boleh apply insurans. Tahun lepas saya ada tolong sorang junior saya apply medical card untuk anak dia yg lahir premature. Masa tu umur anak 8 bulan. Masa apply ada requirement kena ada report doctor, report health history and so on. Last-last underwriter call saya kata diorang tak dapat luluskan application sebab satu, baby premature and dia underweight sikit, dengan a few pasal history sakit dia lah walaupun tak pernah warded. Lepas umur 2 tahun dia suggest untuk reapply. So kami tengah tunggu lah ni baby umur 2 tahun.

That's why saya suggest ambik insurans untuk baby sejak dalam kandungan lagi. So that even baby lahir awal dari sepatutnya pun, medical card dah ada. PruBSN boleh apply seawal 20 minggu pregnancy, PruMy Child at 18 weeks. Benefitnya bukan setakat medical saja, plus boleh saving untuk education juga.

------------------------------

Nak tau details boleh contact saya Siti Sharini 012-2961984, siti.sharini@gmail.com


Friday, May 16, 2014

Seizure

Assalamualaikum..

Saya nak share pasal suami saya kena seizure (atau fit atau sawan) tahun lepas. Masa tu umur 29 tahun. Dia yang selama ni tak pernah masuk hospital, tak ada history sakit yang teruk-teruk, tiba-tiba saja diserang sawan kat rumah. Hari tu weekend, so kami kat rumah. Bila saya tengok, tangan dia sebelah tengah menggigil dan bahagian lain badan dia macam numb. Bila panggil dia langsung tak sedar. Dalam hati saya punya panik tak terkata. Tapi Alhamdulillah saya tenangkan diri dan cuba attend kat dia walaupun sebenarnya tak tau cara macam mana. Lepas episod fit tu Alhamdulillah dia sedar dan nampak almost sihat. Tapi saya memang suruh dia pergi cek sebab nak tau sebab apa dia kena dan takut kalau jadi lagi.

So mula-mula kami pergi panel klinik dekat rumah. Doktor suggest pergi hospital. So kitorang pun pergi hospital KPJ Penang. Bila pergi terus doktor admit untuk buat a few tests. Buat CT-Scan, MRI untuk cek otak, ECG untuk cek jantung. Then transfer ke Gleanegles Penang untuk buat EEG test untuk cek brainwave. Hasil semua test tu, report semua normal (Alhamdulillah), the doctors can not find out the reason kenapa boleh jadi seizure tu. Tapi still, doktor tak bagi dia drive for 6 months kot ke 2 years..sebab if the seizure episode occur masa tengah drive akan membahayakan dia dan other drivers as well. Dan kena monitor dalam masa setahun, kalau jadi lagi kemungkinan seizure tu memang akan berkekalan dan selalu jadi.

Alhamdulillah all hospital bills borne by his company punya insurance. Tapi sebab kitorg pergi emergency tu kan weekend, company punya GL hanya akan keluar Isnin. So nak run all the test tu during weekend, hospital minta deposit RM1000 kalau tak silap saya. So kitorang back up lah dengan PruBSN punya medical card. Overall everything went well lah..

Jadi advice saya kat sini,
1: Jangan ingat kita muda kita takkan dapat sakit. Sakit jadi bila-bila tak kira usia.
2: Walaupun ada insurance provided by company, ambillah personal insurance juga. Sebab company punya insurance ni limited, hanya cover masa kita bekerja dengan company tu je.
3: Isteri sekalian, kalau suami anda tak ada insurans, advice lah kat dia suruh buat. Lebih-lebih lagi kalau suami sorang je yang kerja. Kalau suami sakit nanti, boleh dapatkan rawatan dengan cepat tanpa nak risau macam mana nak bayar bil hospital.

Waiting period

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak share pasal client kecil saya umur setahun lebih. Ayah dia kawan sekolah husband saya. Alhamdulillah bulan Nov tahun lepas, ayah dia ni apply insurans medical card beserta saving for education plan untuk anak kesayangan ni. Diorang ambik PruClinic Care juga so saya propose dia ambik PruMy Child.

Dalam bulan March hari tu kami dapat call daripada member ni kata anak dia sakit demam panas, ada rashes merah-merah. Bawa pergi klinik pun tak elok, bawak pergi emergency kat hospital Pantai Ampang pulak. After ambik darah semua doc suruh balik. Then x elok juga lagi akhirnya admit dalam seminggu juga.

Memang rezeki anak ni Alhamdulillah sangat medical card dia dah lepas waiting period. So semua kos ditanggung oleh Prudential. Covered bil semua tak payah bayar, hopitalized benefit dapat dalam RM1800++, pastuh claim pre-hospitalized lagi RM350++.

Kalau ayah dia lambat apply medical card hari tu, dah tak dapat guna sebab waiting period ni senang cerita full coverage bermula selepas 4 bulan dari tarikh insurance bermula. Kalau nak tau secara details bolehlah direct tanya saya. Ini cuma basic guideline saja.

Wednesday, May 14, 2014

Insurans anak buat cepat-cepat

Assalamualaikum.
Ini pengalaman saya sendiri apply medical card untuk anak sulung. Haikal nama diberi. Sekarang umur 5 tahun:)

Haikal lahir kat Japan. Masa umur dia 4 bulan pernah kena warded kat sana sebab pneumonia atau nama melayu nya radang paru-paru. In fact dia juga diagnosed with childhood asthma. Consistantly kena makan ubat cairkan kahak. Dia eczema dan allergic pada telur n susu jugak -_-;

Masa tu kami tak buat insurans lagi. Guna insurans company husband je. Bila balik Malaysia masa tu tahun 2011 kitorang terus apply medical card prubsn. Haikal umur setahun setengah masa tu.
Unfortunately, application Haikal kena reject sebab history sakit dia. Lepas 6 bulan kitorang try apply semula, Alhamdulilah lepas. Tapi dengan exclusion, segala penyakit berkait pernafasan tak cover. Pastu kena tambah RM16 dari jumlah awal sebagai loading. Kami redha je lah. Atleast sakit lain masih cover n dpt secure simpanan untuk pendidikan dia juga.
Oleh itu nasihat saya, cepat-cepat buat medical card untuk baby sementara dia sihat dan tak ada rekod masuk hospital.

PruBSN Takaful Langkah Elakkan Berhutang Selepas Kematian

Assalamualaikum.
Saya buat blog ini dengan tujuan untuk berkongsi cerita dan pengalaman saya sebagai ejen berkaitan dengan insurans. Cerita-cerita benar yang saya alami dan ada juga cerita yang dikongsikan oleh kenalan dan ejen insurans yang lain. Semoga bermanfaat dan menjadi peringatan buat kita semua.

Jadi dengan lafaz Bismillah saya kongsikan satu pengalaman benar rakan sekerja suami saya.
Alkisah abang ni bekerja sebagai engineer, dan isterinya bekerja sebagai cikgu. Diorang ni dah anak anak 4 orang begitu kalau tak silap saya. Lebih kurang 2 tahun lepas si isteri pergi dulu, meninggalkan suami dan anak-anak yang masih kecil. Jadi sebagai suami suami mestilah sedih sangat kan ditinggalkan isteri. Tinggallah suami seorang terpaksa menguruskan anak-anak dan rumah tangga.

Keadaan keluarga ni sebelum musibah Alhamdulillah cukup lengkap makan pakai semualah tiada kurangnya. Tapi bila isteri meninggal dunia, keluarga yang dulu di support dengan 2 mata pencarian, sekarang tinggal 1 saja. Loan rumah, loan kereta, bil api air, belanja sekolah anak-anak sekarang semua suami yang kena tanggung. Pengurusan nak keluarkan duit pampasan kematian pulak mengambil masa berbulan-bulan nak settle..

Jadi suami tadi setelah habis berfikir, terpaksa ambil personal loan untuk cover semua perbelanjaan bulanan dia sekeluarga. Sudahlah hutang yang ada tak berhabisan, terpaksa tambah lagi hutang. Tau tau je lah personal loan interest tinggi kan. Apapun saya doakan keluarga ini selamat dan semoga diorang dah boleh catch up financially sekarang. Kalau isteri ada ambil insurans/takaful, mungkin suami tak perlu buat personal loan nak cover perbelanjaan. Selalunya duit pampasan kematian insurans paling cepat 3 minggu dah boleh dapat pada keluarga.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...